#4:Armada

3 1 0
                                    

Khai berada di alam mimpi
Yang dimana ianya bukanlah miliknya.
Tetapi milik orang lain
Apa yang dilakukan disana?
Armada menyerang Khai secara tiba-tiba?

"Jadi inilah.... Armada" tanya Khai didalam hatinya setelah dapat mengelakkan diri daripada di langgar lari oleh Armada. Armada itu kurus kering tetapi mempunyai tangan Kiri yang besar. Mempunyai ekor yang tajam tetapi pendek. Armada itu keluar dari sekatan di dinding dan memandang ke arah Khai. Muka Armada itu seperti muka makhluk asing seperti di dalam cerita Aliens. Mukanya bengis dan mulutnya penuh dengan air liur yang meleleh. Armada itu menyediakan dirinya untuk menyerang kali kedua. Khai yang memandang Armada itu terus menyediakan diri dan memikirkan strategi untuk melawan raksasa itu. "Tangan dia besar. Kalau aku cuba tumbuk dia. Mesti aku yang kene dulu. Dia pantas macam Usain Bolt. Takkanlah nak elak? Sampai bila? Cepat Khai fikir cepat! Dia akan serang kau bila-bila masa je!" Pikir hatinya apabila dia datang ke dunia mimpi tanpa sebarang persediaan khas untuk melawan makhluk itu.

Khai terus membuka kekudanya. Dia pernah belajar silat di kampungnya semasa dia berumur 10 hingga 15 tahun dan selepas itu dia sudah semakin lupa sedikit akan teknik silat yang dipelajarinya ketika itu. Armada itu menyerang dengan laju. Semakin lama semakin dekat dengannya. Khai mula mengelak dan cuba menampar belakang badan makhluk itu tetapi akibat terlampau pantas. Dia tidak dapat mencapai belakang badan makhluk itu walaupon secubit. "Dia pantas! Macam mane nak buat!?" Tanya hatinya geram kerana tidak dapat menyentuh makhluk itu walaupun secubit. Armada itu sembat berpusing semula dan terus menyerang kembali ke arah Khai. Khai tanpa berfikir terus melompat tinggi setinggi 5 meter. "Whoa!! Seriuslah?!" Jeritnya kerana tidak pernah sekali pon terpikir dia dapat melompat setinggi itu tanpa menggunakan momentum kelajuan seperti di sukan sekolah. Apabila Khai menyentuh tanah kembali dia dapat melihat semula bahawa makhluk itu sedang menyerangnya kembali. Khai pun cuba mengelak sehabis mungkin dan bermula dari situ khai mendapat teknik elakkan yang bagus apabila berada di dunia mimpi tetapi apabila gilirannya untuk menyerang. Makhluk itu masih lagi menjadi lebih pantas apabila dia hampir menyentuhnya.

Sudah berkali-kali makhluk itu dan juga Khai cuba untuk bertarung secara dekat tetapi masih lagi tidak dapat menyentuh sesama sendiri walaupon sudah beberapa kali mencuba nasib. Setelah beberapa kali mencuba kelihatan bahawa kedua-kedua mereka penat. Armada itu masih lagi berdiri tegak tetapi mengah kerana sudah beberapa kali menyerang dengan laju tetapi masih juga tidak dapat menyentuh Khai. Khai yang kepenatan juga berpeluh dengan sedikit lebat di badannya. Walaupon dia berada di alam mimpi. Dia dapat merasakan peluh itu seakan-akan benar walaupon berada di alam mimpi. Armada itu menguatkan tangannya yang besar itu dan bersedia untuk melanggar Khai lagi. Khai yang sibuk berfikir strategi tadi bangun dan memikirkan strategi yang baru untuk melawan makhluk aneh itu. "Kalaulah aku ambik senjata yang dorang bagi malam tadi. Mesti aku dapat tembak kepala dia!" Jerit hati Khai sambil menggengam tangannya geram kerana tidak menerima senjata yang diberi oleh wanita misteri itu.

Khai masih lagi memikir dan terus memikir. Sambil dia memikir strateginya. Dia melihat kembali kepada dua orang yang berada di bawah lampu terang itu. Seperti sedang bermesra. Ibarat seorang keluarga atau adik beradik. Tiba-tiba seorang pemuda yang berada di bawah cahaya terang itu bertukar menjadi seorang pemuda yang pemarah. Babak di bawah cahaya itu menunjukkan pemuda itu sedang marah apabila berada di tempat kerja. Amarahnya tidak dapat dikawal dan selalu mengherdik orang di sekelilingnya. Kemudian babak itu bertukar kepada kesedihan dimana pemuda itu balik dari kerja dan lantas bergerak menuju ke hospital berdekatan.

The DREAMERWhere stories live. Discover now