Bab 23

5.8K 188 0
                                    

'Zafa kau jangan lah macam ni.Dari semalam kau tak makan.'Adlin risaukan keadaan rakannya itu.Lemah sangat Zafa tu.
'Aku kisah apa? Bukannya aku dihargai pun.Tak payah hidup lagi bagus.'
'Kau ni kan takkan sebab jantan tak guna tu kau buat cam ni.Baby kau macam mana? Tak kesian ke?'Preti menunjuk ke arah perut Zafa.
'Aku tak pregnant pun.Saja nak buat Zul sedar'Zafa menundukkan mukanya.Dia menangis.
'Zafa kau janganlah macam ni.Kau tak pregnant pun kau kena jaga kesihatan kau.'Adlin mengusap belakang badan rakannya itu.Sedih melihat rakan baiknya menangis.
'Aku nak jumpa dia malam ni.Aku nak betulkan semuanya'
'Suka hati lah.Asalkan kau bahagia.'
Belum sempat Zafa ingin menelefon Zul, cermin telefon pintarnya sudah menunjukkan nama Abang Sado~Love.Zafa mengangkat panggilan itu.
'Hello Assalamualaikum Zafa.Betul ke awak pregnant? Dah berapa minggu?'
'Actually,saya tipu awak saya pregnant. Just nak buat awak sedar'
'Kenapa awak tipu? Awak nak malukan saya depan semua orang?'
'Kalau awak nak jawapannya jumpa saya dekat tempat yang saya akan sms nanti.Bye'Zafa menutup telefon segera.
'Aku akan jumpa dia malam ni'semua menganguk tanda faham tentang keinginan rakannya itu.

Tepat pada pukul 9.00 malam Zul sudah berada di kafe yang dimaksudkan Zafa.
Zafa masuk ke kafe itu dengan muka yang masam.Zafa duduk di hadapan Zul.
'Zafa kenapa awak malukan saya?'
'Sebab awak main perempuan lain'
'Awak dah kenapa? Tak ada tipu helah lain ke nak guna? Pregnant? Ingat main-main ke? Ke awak nak pregnant betul-betul?'
'Shut up.Buat apa ada anak dengan awak.Awak pergilah kahwin dengan dia.Ceraikan saya.'Zafa mengalirkan air mata.
'Zul? Hai.Terjumpa pulak awak kat sini dengan wife awak yang over ni kan?.'Zul dan Zafa terkejut dengan suara itu.Mereka memandang wajah itu.Wani berada betul betul di tepi meja.
'Zul kau memang.Arghhh.Pergi mampus lah dengan perempuan ni. 'Zafa berlari keluar.Ramai orang di dalam kafe tersebut melihat pergaduhan itu.Zafa tidak endah akan pandangan-pandangan mereka terhadapnya.
Zul mengejar Zafa dari belakang.Meninggalkan Wani,kekasih lamanya begitu sahaja.
'Zafa tunggu saya.'Zul menjerit.
'Zafa! Zafa! Zafa!'Zul menjerit lagi.
Setelah beberapa kali dipanggil barulah dia berhenti betul-betul di hadapan lampu isyarat.Lampu isyarat merah dan semua kereta berhenti membenarkan pejalan kaki melintas jalan raya.
'Apa awak nak? Awak tak cintakan saya.Saya akan pergi jauh dari hidup awak'Zafa menangis
'Maafkan saya.Saya masih tak dapat cintakan awak sepenuh hati saya.'Zul memandang Zafa dengan wajah yang muram.
'Baiklah.So leave me alone.Buat apa kejar saya? Saya nak awak pusing badan awak dan pergi dekat dia.Kalau awak pusing balik badan awak menghadap saya maknanya awak sayangkan saya kalau tak maknanya hati awak bukan untuk saya'Zafa mengesat air matanya.
'Baiklah.Kalau itu yang awak nak, saya akan buat'Zul membelakangi tubuhnya.Dia memegang dadanya.Pedih hatinya tiba-tiba apabila dia mahu berjalan pergi meninggalkan Zafa.
Zafa yang berada di belakang tersenyum dan mengelap air mata yang ingin tumpah.
'He doesn't love me and it's true'Zafa seperti tidak keruan.Dia berjalan seperti orang tidak betul.Dia tidak mengendahkan kereta yang lalu lalang.Dia terus berjalan tanpa hala tuju.
Shreetttt.....Boommmm
Zul terkejut dan berpaling ke belakang.
'Ya Allah,Zafa.'Zul menangis dan terus ke arah sekujur tubuh yang jatuh pengsan dilanggar oleh sebuah kereta.
'Zafa sayanggggg.Tolong...tolong...call ambulans' Zul mencempung tubuh Zafa yang dipenuhi darah.Orang ramai menelefon ambulans segera.
Zul mengucup-ngucup dahi Zafa.Baju kemeja putihnya dipenuhi darah milik Zafa.Kini nasi sudah jadi bubur.Disebabkannya Zafa kemalangan.Terasa dirinya seperti seorang lelaki yang paling tidak guna.

Sayang kau Abang SadoWhere stories live. Discover now