BAB 18 - Kebenaran

71 6 3
                                    

" Zaf ! Kita kena balik London nanti. Syarikat kita ada problem " kata Daniel yang baru masuk ke dalam bilik kerja Zafran di rumah Madam. Zafran tetkejut mendengar suara Daniel hingga hampir jatuh dari kerusi.

" Aduh kau ni..aku tahulah. Aku dah beli tiket flight. Lusa kita pergi " ujar Zafran mendatar. Dia tahu semua tu sebab syarikat itu ada di bawah kuasa dia dan Daniel. Maka, setiap berita tentang syarikat akan dia tahu juga.

" Laju bhai buat kerja. Aku baru nak minta duit nak beli tiket kat kau.. Hehe " balas Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Zafran menayangkan riak wajah menyampah. Macam la kau tak de duit. Haih

" By the way, kau beli tiket untuk diorang tiga tak ? " Tanya Daniel lagi. Zafran mengangguk.

" Tapi, aku tak beritahu diorang lagi. And.. aku tak tahu Darlene nak ikut tak. " Sambung zafran. Daniel membuat simbol 'okay' dengan tangannya.

" Dah dah. Pergi keluar. Aku nak tengok anime. Bye ! " Zafran melemparkan pen ditangannya untuk menghalau Daniel. Pen itu mengenai tepat ke kepala Daniel.

" Sakit bangang ! "

Daniel membaling semula pen itu lalu keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kuat.

" Relai pintu woi ! " Marah Zafran. Dia meneruskan cerita Attack On Titan Season 4 Part 2 nya semula.

" Rumbling, rumbling, it's coming ! " Zafran turut mengikut lirik lagu tersebut.

:

Tok tok tok

Pintu bilik Vicky diketuk dari luar. Darlene yang sedang bermain telefon di atas katil gelabah mencari tudung untuk disarung. Takut Zafran atau Daniel yang datang.

" Siapa tu ? " Tanya Darlene sambil menyarungkan tudung sarung yang dibeli Madam ke kepalanya

" Daniel. Darlene busy ke ? " Tanya Daniel dari luar bilik itu. Pintu masih tidak dibuka.

" Okay. Tunggu jap Darlene keluar "

Akhirnya Darlene membuka pintu itu sedikit supaya keadaan di dalam bilik tidak dapat dilihat.

" Err..lusa kami nak balik London sebab ada problem syarikat kat sana. Darlene nak ikut tak ? Tapi, Zafran dah beli dah la tiket. " Ujar Daniel sambil melihat muka Darlene di antara pintu bilik.

" Hmm..tak kot. Sebab Darlene bukan ada kaitan pun dengan syarikat tu. Lagipun, Darlene nak cari kerja kat sini. " Ujar Darlene lembut. Walaupun dia teringin nak pergi ke luar negara, namun dia tidak mahu menjadi beban kepada Zafran dan Daniel di sana. Disebabkan itu jugalah dia mahu mencari kerja di Malaysia.

" Nak buka business ke ? Daniel boleh tolong nanti "

Darlene mengangguk. " Tak payah susah-susah. Abang Darlene ada. "

" Ouh..okay. Kalau nak apa-apa cakap je. Nanti kami boleh tolong " kata Daniel sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.

Darlene membuat simbol okay lalu menutup pintu itu semula. Dia beruntung kerana ada orang yang mahu menolongnya dan ambil berat tentangnya sekarang.

Tiba-tiba telefon bimbit Darlene bergetar minta diangkat. Seseorang menelefonnya.

Nama tertera adalah Vicky !

" Ehh..nak angkat tak ni ? Kenapa tiba-tiba call ni ? Hmm " fikir Darlene di hadapan telefonnya.

Akhirnya dia mengangkat telefon itu

" Hello.. " suara Darlene diperlahankan dan dilanjutkan.

" Lambatnya angkat call. Terkejut ke ? " Jawab suara itu dari sana. Suaranya tidak sama seperti suara yang Darlene kenal.

MR. SPLIT [EDITING]Where stories live. Discover now