BAB 2

50 6 1
                                    

RUMAH AGAM DHARMAWALA.

Kali terakhir Ariella ke situ, kehadirannya tidak diterima. Dia yakin kali ini pun sama cuma yang dia tidak faham, kenapa datuk yang dia tahu selama ini membenci dirinya sanggup merayu supaya dia datang ke perjumpaan keluarga malam itu?

Pfft, keluargalah sangat. Ariella menjulingkan matanya meluat sambil melangkah ke pintu utama.

Pembantu utama rumah dan keluarga, Bahari, menyambut di muka pintu. Ariella terus dibawa ke ruang utama di mana seluruh ahli keluarganya sudah sedia menunggu. Melihat muka serius masing-masing, dia tahu dia lewat. Anehnya, dia sedikit pun tidak peduli.
Dah memang dia tak mahu pun ada di situ. Kisah apa kalau lewat tiga jam sekali pun?

"Ariella!" Dharma menyambut bersama senyuman lebar sesudah bangun berdiri. Siap mendepangkan tangan tanda kedatangan Ariella sangat-sangat dinantikan.

Ariella curiga. Apa yang sedang berlaku ni? Namun roman wajah tetap cuba dimaniskan.

"Hai." Ariella melambai kecil. Ada beberapa wajah yang tersenyum tapi masih ramai yang memandangnya beku. Kesemua mereka itu ahli keluarga yang hampir tidak pernah ditemui sejak dia dilahirkan ke dunia.

Ada bapa dan ibu saudara, iaitu kakak dan abang kepada bapanya. Pak Budi dan Ibu Cendana, Pak Kareem dan Ibu Dewangga, beberapa anak mereka yang Ariella tak tahu namanya. Kecuali Anika, seorang sepupu yang tua setahun daripadanya. Yang dianggap pewaris keluarga. Juga Nina dan Emmy.

"Atuk yakin kesemua kamu masih ingat lagi dengan Ariel, walaupun dah lama sangat dia tak datang ke sini," kata Dharma memulakan perbincangan malam itu.

"For a good reason," getus Anika dari tempatnya, perlahan. Yang lain-lain tidak beri reaksi, atau bijak menyembunyikan perasaan masing-masing demi menghormati Dharma.

"I can see that many of you don't want me here so... boleh tuan beritahu saya kenapa tuan nak saya datang malam ni?" Ariella bersuara tenang. Panggil datuk pun dia tak sudi, lebih selesa bertuan.

"Kau tak boleh ke hormat sikit dengan atuk?" getus Anika. "We surely don't like having you here..."

"The feeling's mutual," pintas Ariella selamba. Satu sengihan tak ikhlas dihulurkan kepada Anika.

Anika ketap bibir. Datuknya dipandang.
"Atuk boleh tengok sendiri kan perempuan ni macam mana? Orang macam ni yang atuk nak wariskan keris sakti keluarga kita?"

Bulat mata Ariella pandang semua wajah yang ada di situ, sebelum mata berhenti di muka datuk.

"Um, what the hell is she talking about?" soal Ariella.

Anika menjeling. Dharma melepaskan nafas panjang.

"Baiklah." Renungan Dharma kini lurus ke wajah Ariella yang masih tercegat di ruang tamu itu, menanti jawapan. "Ariella, sudah tiba masanya untuk kamu penuhi takdir kamu sebagai waris keluarga Dharmawala."

Ariella terdiam. Matanya terkebil-kebil. Dia pandang kiri dan kanan, masing-masing tidak bereaksi. Barangkali mereka semua sudah tahu, kecuali dia.

Apa, waris keluarga?

Waris?

APA?!

Ariella tergelak kecil. Kedua-dua tangan diangkat ke atas.

"Wait, wait. Uhm... waris?"

Dharma mengangguk. "Ya, waris. Nina..."

Nina, seorang lagi sepupu Ariella yang jauh lebih muda bingkas bangun. Sebuah kotak kayu panjang yang terletak di atas meja di tengah-tengah ruang itu diangkat dan dibawa dekat dengan datuk.

Dharma mengambil kotak itu daripada tangan Nina. Penutupnya dibuka. Sebilah keris tajam berwarna keemasan bersinar terang ke arahnya, menghantar satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

"Sebagai waris, keris ini akan jadi milik kamu," tambah Dharma. Kali ini ada senyuman di bibirnya. Ikhlas atau tidak, Ariella tidak dapat membacanya.

Ariella yang masih terkejut hanya kaku di tempatnya berdiri. Dalam ramai-ramai manusia yang ada di ruang tamu itu, kenapa dia yang dipilih? Dia yang tidak pernah diakui sebagai keluarga? Dia yang dicampak jauh hanya kerana bapanya mengahwini seorang wanita asing? Dia yang tidak pernah ada nilai di mata mereka semua?

Tetapi belum sempat Ariella buka mulut untuk membalas apa-apa, satu balingan keris yang muncul entah dari mana mengejutkan kesemua mereka.

~~bersambung

Pewaris Puteri BestariWhere stories live. Discover now