4

36.6K 2.3K 114
                                    

POKOK bunga kaktus yang sama tinggi dengannya itu disiram dengan hati yang riang. Kemain elok pula mood Manees hari ini. Mungkin sebab Laith tak ada untuk menyakitkan hatinya. Dalam diam Manees juga mempersoalkan dimanakah lelaki itu berada. Bukan apa, tak adillah kalau Manees saja dikurung dalam rumah dan Laith pula berseronok di luar. Ini sangat tidak adil ya bagi Manees!

"Manees tak payah buat pun tak apalah, itu kerja Mak Jah..." sapa Jahlina seraya membuka pintu rumah. Bakul kain yang dipegang itu Jahlina letakkan di dalam rumah sebelum mendapatkan Manees yang masih lagi menyiram pokok bunga itu.

"Tak apalah, Mak Jah. Manees tak ada benda yang boleh dibuat. Lagipun dah lama Manees tak siram pokok macam ni. Dah lama tak balik kampung..." tutur Manees dengan lemah lembut.

"Meh sini paip tu," ujar Jahlina seraya mencapai getah paip itu daripada Manees.

Manees hanya diam menuruti kata Jahlina itu. Kakinya menapak menjauhi Jahlina dan mula mendekati gazebo bersaiz sederhana besar yang berdekatan dengan mereka.

"Mak Jah..." panggil Manees.

Rasanya sudah tiba masa untuk dia bertanya tentang Laith. Manees dah penat berteka-teki seorang diri. Sudahlah Manees punya overthink tak boleh nak dibendung. Sekali overthink, kalah ketinggian kerajaan Ayah Pin.

"Laith tu siapa sebenarnya? Maksud Manees, apa pekerjaan Laith, identiti Laith. Dan Alara tu anak dia dengan siapa?" soal Manees bertubi-tubi

Jahlina yang mendengar pertanyaan Manees itu pusing memandang Manees. Getah paip ditangannya itu terjatuh. Hampir tercengang dia.

"Manees tak tahu Laith siapa?" soalnya dengan nada yang terkejut.

Manees menggeleng perlahan. Apalah Mak Jah ni, kalau Manees tahu, tak adanya dia nak tanya.

"Ma... Manees tak kenal Laith tapi Manees ikut aja dia balik sini? Ya Tuhan..." Jahlina menutup air paip dan mengorak langkah ke arah Manees.

"Kenapa? Laith tu seseorang yang Manees tak patut kenal ke, Mak Jah?" soal Manees ragu-ragu. Takutlah dia dengan riaksi Jahlina sekarang. Rasanya seperti dia sudah buat kesilapan terbesar. Tetapi! Bukannya dia yang rela hati ikut Laith balik ke sini. Laith yang mengandongnya masuk ke dalam kereta. Ini dah lebih kurang kes culik pun ada juga.

Jahlina melabuhkan duduk di sebelah Manees. Okay, it's storytelling time!

"Manees nak Mak Jah mula dari mana?"

"Daripada siapa Laith sebenarnya dan macam mana dia boleh buat Manees terkurung dekat sini. Semuanya, Manees nak tahu semuanya. Termasuk Alara," pinta Manees.

Sudah tentulah dia patut tahu tentang semuanya. Dia adalah mommy olok-olok  Alara sekarang! Takkan dia nak jadi orang bodoh yang tidak tahu apa-apa tentang keluarga ini?

Mana tahu kalau Laith sengaja bawa Manees ke sini kerana ingin menjual organnya? Mungkin juga menjadikan Manees sebagai mommy Alara itu hanyalah sebuah alasan supaya Manees menetap di sini? Tak kelakar okay. Sumpah tak kelakar.

"Okay sebenarnya Laith tu..."


API dapur ditutup sebelum Manees bergerak mencapai pinggan kosong di atas rak. Sambil itu Manees sibuk menggerakkan badannya mengikut irama lagu Cool for the Summer itu dengan rancak.

"I can keep a secret, can you?" Manees bersedia untuk menari seperti trend tiktok yang sering muncul di FYPnya. Tak ada orang pun di dapur ketika ini, jadi bolehlah dia menari tarian haram ini. Bibir bawahnya digigit perlahan bagi menjiwai lagi keseksian lagu dan tariannya.

"Got my mind on your body and your body on my mind..."

Pinggulnya dilenggokkan tanpa memerhati keadaan sekeliling. Dah seksi habislah tu rasanya. Kalau bangla tengok pun mesti tergoda. Manees yakin!

The Yakuza's Addiction | EbookWhere stories live. Discover now