[BOOK 1 OF THE PROSOPAGNOSIA SERIES]
Inspired by The Witch Part 1: The Subversion
Codename: Proso
Seorang perisik negara yang terlibat dengan perisikan kegiatan dadah. Daripada sekecil-kecil tauke dadah kepada sebesar-besar organisasi pembuatan dada...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Woi perempuan rambut hazel!"
Jeritan yang bergema di sekeliling ruangan markas tersebut mematikan langkah seorang gadis. Gadis yang berkaca mata bulat itu serta-merta menggigil sebelum perlahan-lahan melangkah mendekati empunya suara tersebut.
"Kau ni muka je cantik, tapi lembap pula," ujar lelaki berbadan sasa itu tatkala menunjal dahi gadis tersebut dengan kasar. Gadis itu hanya merelakan dahinya ditunjal. Riak wajahnya jelas terpampang ketakutan. Seluruh tubuhnya menggigil hebat.
Melihatkan keadaan gadis itu, lelaki tersebut menarik senyuman sinis. Jika tidak difikirkan gadis ini yang bekerja di bawah bosnya, sudah lama dia akan menggunakan perempuan tersebut untuk kepentingan peribadinya. Apatah lagi jika bukan menjadi kambing hitam untuk setiap kerja kotor yang geng gangsternya lakukan.
"Kau tak ada kerja kan harini?" Soalnya, masih mengekalkan senyuman sinis.
"A-Ada, t-tapi dah h-habis. K-kenapa?"
Mendengarkan itu, senyuman lelaki tersebut menjadi semakin meleret.
"Aku ada kerja untuk kau. Kau lawa, apa kata kau..." Sengaja lelaki itu menghentikan percakapannya apabila perlahan-lahan menyentuh hujung rambut perempuan tersebut. Tindakan refleks, gadis itu menolak tubuh sasa lelaki miang itu menjauhinya. Tolakan itu tidaklah sekuat mana tetapi cukup untuk buatkan lelaki itu terkedu seketika. Dia menggempal penumbuknya kuat. Tiada mana-mana lagi perempuan yang berani menolak tawarannya sebelum ini.
"Berani kau, tak guna!"
Dia terus menggenggam kuat leher gadis tersebut. Raut wajah perempuan itu serta-merta berubah pucat akibat tekanan kuat pada leher, seolah-olah tengkuknya boleh patah pada bila-bila masa. Riak lelaki itu bengis seolah-olah ingin membunuhnya sekarang juga. Kru-kru yang berada di sekeliling hanya beriak selamba seperti perkara terbabit sudah biasa berlaku dalam markas ini.
Gadis itu cuba untuk meleraikan pegangan lelaki bertubuh sasa tersebut dengan sedaya upayanya. Tetapi semakin dia mencuba, semakin kuat lelaki itu mencekiknya.
"Woi! Apa kau buat, hah!"
Sergahan yang dahsyat itu berjaya menghentikan tindakan lelaki itu. Tubuhnya sedikit mengeras sebelum dia menghempas tubuh perempuan tersebut ke atas lantai dengan kasar. Gadis itu terbatuk seketika sambil tercungap-cungap mencari nafas. Dia berusaha untuk mengawal nafasnya yang tidak teratur itu.
"Sh*t," ujar gadis malang itu, berselang-seli antara bernafas dan mendesis kesakitan.
Dalam hatinya, berbakul-bakul sumpahan dan carutan dihadiahkan kepada lelaki yang menganggunya itu. Boleh sahaja dia membalas balik, malah lebih daripada 'boleh'. Tetapi disebabkan penyamaran yang perlu dia kekalkan sepanjang misi ini, dia tidak mampu berbuat lebih dari sepatutnya.
Dalam kesamaran, gadis berkaca mata ini dapat menangkap perperangan mulut yang berlaku antara lelaki tersebut dengan seorang lagi lelaki bersut kemas berwarna kelabu, berdiri tidak jauh darinya. Gadis itu yakin, lelaki bersut itu mesti ketua besar yang digembar-gemburkan selama dia bekerja di sini.
Ya, dia merupakan antara rekruit baharu dalam organisasi pembuatan dadah ini juga merangkap asisstant bosnya. Tugasnya layak sebagai seorang pembantu iaitu membantu bosnya dalam menguruskan kerja, menyusun strategi pemasaran dan menganggar untung rugi seperti syarikat-syarikat lain. Tetapi bezanya cuma satu, syarikat ini menghasilkan dan mengedar pelbagai jenis dadah ke seluruh negara, beroperasi dalam bayangan masyarakat.
"Aku tanya kau ni, apa kau buat kat dia!"
Lamunan perempuan itu serta-merta terhapus sebaik melihatkan kejadian di mana ketuanya sedang mencengkam kolar leher lelaki miang itu. Tak lama apabila si bos menghadiahkan sebuah penumbuk, kuat sehingga menyebabkan mangsa jatuh menyembah bumi. Penumbuknya bukan main kepalang kerana hidung lelaki itu pecah, mengeluarkan cecair merah pekat yang banyak.
Reaksi gadis itu? Dia tercengang tidak percaya. Pandangannya kembali normal, tidak samar-samar seperti tadi.
"Kau okay?"
"Hah ya!" jawab gadis itu tanpa lengah. Sungguh, pada mulanya dia bebal yang amat tetapi melihatkan keadaan penganggunya yang nyawa-nyawa ikan itu buatkan dia tersenyum puas hati.
"Kalau begitu, aku pergi dulu. Jangan lupa rawat leher kau tu," pesan sang ketua sebelum mula melangkah pergi. Tatkala itu, dia berhenti seketika lalu memandang tajam ke setiap orang yang berada berdekatan.
"Ingat semua! Aku tak boleh terima ada kes buli-membuli antara kru dalam markas ni. Sekali lagi aku dengar atau nampak, dalam sekelip mata saja aku boleh buat kepala korang hancur berkecai. Faham?"
Serentak, kesemua kru berhampiran mengangguk penuh ketakutan. Tiada seorangpun yang berani untuk bertentang mata, apatah lagi ingkar dengan arahan bos itu. Ketua itu tidak bersuara malahan terus berjalan pergi dari kawasan tersebut.
Gadis itu pula bingkas berdiri sambil memperbetul kedudukan cermin matanya. Dia membersihkan sisa-sisa kotor yang melekat pada pakaian, impak jatuh terhempas pada permukaan lantai yang bertahun tidak dicuci. Sempat lagi ekor matanya menjeling sekilas ke arah lelaki miang yang terbaring tidak sedarkan diri. Hujung bibirnya naik, mengukir senyuman sinis.
"Kena tumbuk sikit dah jatuh. Kau tunggu, aku akan balas berkali ganda bila misi ni dah selesai. Urgh..." rungutnya dalam hati kemudian berlalu pergi.
Baru sahaja dia membuka pintu utama dari dalam,
"Police! Hands up!"
"Damn, this is bad," rungut gadis itu lagi sambil perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangan ke atas, menyerah diri. Dia tahu, tiada guna dia berlawan tika ini. Apa yang dilihat, pasukan polis di hadapannya ini bukan biasa-biasa dan dia tidak boleh mengelak kemungkinan besar mereka tidak mengenalinya.
Dia, seorang perisik negara yang dilindungi identiti sebenar oleh kerajaan. Perisik yang bergerak senyap sehinggakan majoriti pasukan pertahanan di negara tidak mengenalinya.
Well, dia sudah terbiasa sangat dengan hal itu.
Pasukan polis itu tidak membuang masa, beberapa orang daripada mereka cepat-cepat meletakkan gari pada kedua-dua tangan wanita tersebut dan menundukkannya ke lantai. Selebihnya terus masuk ke dalam, berjaga-jaga, berbalas tembakan dengan kru-kru lain sebelum satu organisasi itu tumpas pada tangan mereka dalam beberapa jam selepas itu.
"Not bad," kata gadis itu sambil tersenyum sinis apabila dia dan beberapa orang tahanan yang lain dimasukkan ke dalam sebuah lori milik polis tersebut.
Mungkin rata-rata tahanan di sini berasa sedih, kecewa, marah dan menyesali hidup tetapi terbalik dengan perisik itu. Dia duduk tenang, memandang setiap orang bersamanya dengan satu senyuman penuh makna.