"Aniya, aku amik gambarlah. Nanti mesti kau nak kan?"

"Majayo. Ambil banyak-banyak."

"Arraseo.."

Disebabkan tidak tahan dengan apa yang dia nampak, panggilan tersebut dia matikan lalu membalas chat dari orang misteri tersebut.

"Thanks for the info. Thank you very much!"

"Your welcome. Kau berhak happy, tapi bukan dengan dia."

"Okey"

Chorong melempar fonnya begitu sahaja membuatkan Jhope yang sedang tidur lena terbangun.

"Kau kenapa? Mr Shin dah masuk kelas ke?" Soal Jhope separuh mamai.

"Aniya. Belum.."

"Habistu?" Jhope meregang-regangkan badanya. Selesa betul tidur dalam aircond.

"Tolong bagi nota untuk kelas hari ni. Aku nak balik..rasa tak sedap badan pula.." kata Chorong lalu mengemas barang-barangnya dalam keadaan yang segera.

"Tiba-tiba je?"

"Eoh! Aku rasa macam sakit kepala sangat. Tolong eh." Kata Chorong.

"Macam mana kau nak balik? Dah call V? Atau suruh Momo hantar balik."

"Takpe. Aku balik sendiri. Jangan lupa bagi aku nota. Aku balik dulu..thanks Jhope."

"Eoh! Hati-hati di jalan. Kalau ada apa-apa call aku tau."

Kata Jhope. Chorong hanya mengangguk lalu bergegas keluar dari kelas dengan perasaan yang kecewa.

Macam ni ke rasanya sakit hati? Tapi kenapa rasa dia kali ni sakit sangat eh? Macam ni ke yang V rasa bila dia tengok Chorong dekat dengan Jinyoung? Takkan lah sesakit ni namja tu rasa? Sakit betul dia rasa. Rasa macam kena tikam dengan pisau yang sangat tajam sekarang.

CHORONG: Awak dekat mana? Tak masuk kolej lagi?

V: Saya ada tournament hari ni. Waeyo?

CHORONG: Goodluck Kim Taehyung.

Chorong menamatkan panggilannya begitu sahaja. Tak sangka V tipu dia sekarang ni. Tournament? Tahik dia lah menipu macam tu sekali.

***

"Hey.." Nayeon menyenggol lengan Chorong beberapa kali.

Makanan yang dia oder, langsung tak disentuh. Sedangkan Jungkook dah habis separuh pinggan.

"Aku penat.."

"Penat apa?" Soal Nayeon..

"Aku penat dengan perangai kawan baik Jungkook." Jawab Chorong.

Nayeon dan Jungkook saling bertatapan antara satu sama lain. Apa namja tu buat kali ni?

Jungkook melepaskan chopstick miliknya lalu menelan air dengan banyak.

"Dari segi mana kau penat? Penat tengok sikap dia yang kuat cemburu atau sebab dia malas ke kolej? Mana satu?" Soal Jungkook sedikit serious kali ni.

"Aku penat berhubungan dengan dia."

"Kenapa? Hubungan kau dengan dia baik-baik je kan? Takkan lah Jinyoung tu cari masalah pulak?" Soal Nayeon terkejut.

"Molla..aku cuma rasa penat. Patut tak aku putuskan hubungan ni?" Soal Chorong.

"Yah, kau kenapa? Yah Park Chorong.." Nayeon mula gelabah apabila melihat Chorong tiba-tiba menitiskan air mata namun pantas dia lap.

"Apa namja tu buat dekat kau? Yah bagitahu aku.." desak Nayeon.

"Aku cari dia!" Jungkook bersiap untuk bangun namun terus di halang.

"Jangan. Aku masih belum nak putus. Aku cuma penat. Jangan bagitahu dia masalah ni. Aku merayu." Kata Chorong.

Jungkook menghembus nafas beratnya lalu kembali duduk. Makanan dia tidak di sentuh lagi sebab dah takde selera.

"Nayeon ah, hantar aku balik boleh?" Soal Chorong.

"Boleh."

"Bagus. Balik dan berehat. Tenangkan fikiran kau. Namja tu memang suka sakitkan hati orang tapi dia tak mungkin buat jahat dibelakang kau. Aku kenal dia." Kata Jungkook.

Chorong hanya tersenyum. Kenal tak semestinya tahu semua kan? Dia yakin semua orang tak tahu hubungan V dengan Heejin. Jimin yang rapat dengan V pun, mungkin tak tahu tentang ni.

"Habiskan makanan kau baru kita balik. Oppa, kalau Momo cari cakap je saya tak masuk kelas untuk hari ni. Boleh kan?"

"Boleh. Temankan dia.."

"Itu pasti!"

-TBC-

To be honest. Season 2 ni more kepada story Vrong than Jimin and Tzuyu. Hope you guys like it.

I'm NOT Single 2 | KthTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang