Kepala menggeleng lemah. aplikasi Chat dibuka sebelum nombor tidak dikenali terpapar depan mata. Xian Ling mengerutkan wajahnya. Pelik. Kenapa—panjang sangat ayatnya? Dua mata dipincingkan, selajur pesanan tersebut ditekan.

Saat itu, Xian Ling tercenggang. Apa yang sudah terjadi? macam mana boleh—

"Mi Amore, esok aku datang kedai kau dan sila sediakan duit ganti rugi aku. Pukul 11 pagi sharp dan jangan nak melarikan diri. Selamat malam dan moga bermimpikan aku. aku izinkan sebab aku tahu kau tengah fikirkan aku-Lucifer"

Xian Ling tergadah. What?!

"Macam mana dia dapat nombor aku ni?! Eeee!" Xian ling mula menatal permukaan telefon tersebut dengan lincahnya bersama omelan kecil dan ya—hati toksah cakap, dah hangus gamaknya. apa lelaki ni perasan sangat? dasar kentang berakar depan! selepas itu—nak bayar ganti rugi? Jangan harap!

SEND!

Selajur Xian Ling menghela nafas panjang.

"Haih, mana dia dapat nombor aku? entah-entah dia minta dekat lelaki ada Nur tu. haih, masalah" keluh Xian Ling pasrah. Sekarang—bagaimana? Sebelas pagi esok kut. Terus terang, dia tiada mood pula mahu membuka kedai. Namun, tempahan ada perlu disiapkan. Alahai.

Telefon pintar terus diletak tepi. Xian Ling mula meratapi nasib seraya merehatkan lengan atas dahi. Serasanya, dia bertidur terlebih dahulu. esok saja fikir. Moga Allah jaga dia.

"Dari aku mimpi dia, baik aku mimpi Christian hogue ke?—micheal yerger ke? Stephan james ke apa. ini? Mamat sepanyol yang berhidung tinggi? Muka kerek. Fengkuang De!"



***

"

Maaf, encik salah Nombor"

Lucifer Laiv tertawa kecil. bibir bawahnya dibasahkan sekilas. gajet canggih itu dimatikan sebelum meletak atas meja kerja. Sebatang rokok dihidupkan seraya tubuh bersandar pada kerusi. Tidak lama kemudian, kepulan asap mula berkeluar dengan banyak dari dua ulas bibir tersebut. Lucifer menghela nafas.

Nasib saja Luth Hades Rafael sudi mahu memberi nombor Xian Ling kepada dia. pada mula jejaka berkerjaya doktor itu tampak curiga terhadap dia. namun dek Elijah, Luth Rafael hanya menurut.

"Bagi saja Luth. Lelaki ni dari hari itu gian nak bermakan kek sampai menganggu bini aku. Annoying sungguh!"

Saat itu, Lucifer berdecit lidah. Elijah lelaki sengal! Tahulah nak menipu tapi, perlu kah cakap dia gian mahu bermakan kek sehingga menganggu Lucy? Since when duh?! Dasar mash potato!

Dua mata nya mula bergerak pada atas meja. Beberapa keeping gambar dan kertas mula menjadi santapan mata. lama dia merenung sebelum sekeping gambar digapai. Lucifer meleretkan dua ulas bibirnya. Smirk.

Gambar Xian Ling sebelum menganut agama Islam. Fikirnya gadis itu—ada sakit dek mempunyai bulu alis dan mata berwarna Galuh. Namun, telahannya salah. sememangnya Xian Ling mempunyai rambut Galuh yang asli. Menarik.

Dua matanya tertancap pada gambar itu tanpa berkerdip. Xian Ling tampak berbeza. Rip Jeans. Singlet hitam dan iya bertatu. Namun, kala ini? Blouse, bertudung dan berpakaian longgar. Tampak lebih berseri dan agak polos.

Seketika itu, Lucifer menarik sengih.

"Dia dah buat aku jadi gila. Darn it!"

"Lucifer"

Selajur, monolog dalam kepala Lucifer terhapus. Kepala diangkat. Kemudian itu, Lucifer tayang senyum nipis tatkala pancaidera miliknya digamit kelibat dua lelaki. Samuel dan Manuel. Lekas, Lucifer meletak gambar tersebut atas meja kerjanya kembali.

"Bila sampai Malaysia? Alskan?" sapa Lucifer mendatar. Diperhati dua lelaki depannya tak bekerdip. Manuel dan Samuel adalah—kembar tidak seiras. Dia berkenal dengan dua jejaka ini ketika sekolah lagi. sama seperti Alskan.

Ketiga sahabatnya mahu bekerja dengannya dan sejujurnya, Lucifer terharu. Ketiga lelaki ini sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk menjaga dia.

Kawan baik. orang kepercayaan dia.

"Semalam. Alskan lewat sedikit. Ada hal katanya. Kau bagaimana? Baik semuanya?" sahut Manuel bersahaja. Rambut diselerakkan seraya melabuhkan punggung pada kerusi. Penat! jetlag masih belum hilang.

Seketika itu, Lucifer angguk. Faham.

"Ruby ada di Malaysia" beritahu Lucifer sambil meregangkan leher. Rokok dikapit pada celahan bibir. Entah kenapa dia patut memberitahu hal ini kepada sahabatnya. Kebiasaannya dia mengendahkan.

Selajur Samuel membentuk alis. Apa?

"Mana kau tahu?"

"Aku kena serang dengan dia dekat kelab. Tengah Bandar sana" laju Lucifer bercerita dan perihal itu mengundangkan gelak tawa daripada Manuel. Puft! Again?

Samuel geleng kepala.

"Aku sebenarnya tertanya-tanya Lucifer. Apa—kau tidak beri dia peluang? Iyelah, dia cinta mati pada engkau macam tiada esok hari" ujar Samuel sedikit hairan. Dua tangan melipat ke dada.

Sepanjang perkahwinan sahabatnya bersama Ruby dahulu, asyik berdingin saja. Ada saja Ruby cuba mahu mengambil hati, namun—Lucifer kerap kali menyanggah. Orang kata, terima perempuan yang kita suka itu lebih baik tapi, entahlah. Dia blank!

Lucifer diam. Dia tidak segera menjawab. Peluang? Sebenarnya, ada. Cuma gaya hidup Ruby tidak selari dengan gaya hidupnya. Ruby suka berhibur. Setiap malam ahad pasti akan ke kelab malam untuk berseronok. Malah, Ruby agak tidak serius dalam mahu mengambil tahu masalahnya. Seperti—masalah dia, dia saja yang perlu hadap. Haih.

Saat itu, kepulan asap rokok dihembus. Banyak.

"Ada tapi kau tahu dia bagaimana, Samuel. Aku 'A' dan Dia 'Z'. dia Cuma mahu bersenang dengan aku. bila susah? Berlari ke rumah keluarga. Aku tak mahu merasa apa Danazell's rasa. no" ulas Lucifer sambil merenung kosong pada rokok di celahan jari tangan.

Betul. Dia tidak mahu menerima nasib seperti Danazell's. aturan keluarga dan kemudian? Huh! dia mengenali Danazell's ketika usia yang sangat muda. Remaja. Mak ciknya itu dikenenkan kepada Danazell's. susah senang bersama? Heck!

Manuel dan Samuel berjeda seketika. Masing-masing hilang kosa kata. Mereka mengerti tapi;

"Habis, kau nak Jadi pemaksa? Macam Danazell's memaksa Haisa dahulu?" tebak Samuel.

Seketika itu, Lucifer menarik sengih panjang.

"Why not? At Least, Haisa pernah menjadi hak dia bukan?" lanjut Lucifer tidak beriak. Dia tidak salahkan Danazell's. jurang usia dan rasa dendam terhadap Albert kala itu, membuatkan Nur Haisa menerima tempias. Namun—tetap happy ending. So what?

Manuel mengeluh sembunyi. Kepala yang tidak gatal digaru. Dia sudah mati akal mahu membidas. Apatah lagi mahu menegur. Saat Lucifer sudah menjadi nekad, tiada siapa mampu nak menyanggah.

Saat itu, perhatian Manuel terhenti pada beberapa kepingan gambar. Spontan dia mencapai sebelum menilik. Siapa? Selajur wajah Lucifer dicari.

"who is she?"

Serentak itu, Lucifer dan Samuel kalih pandangan. Tumpuan diberi kepada Manuel. Serta merta, Manuel beriak tidak faham. wajah Lucifer dan gambar seorang gadis dalam gambar tersebut mula ditatap silih berganti.

Sekejap, jangan kata ini—"

"Lucifer, dia—"

"Yes, aku dah jumpa perempuan untuk aku"

Serentak itu, Samuel dan Manuel tercenggang. Masing-masing berwajah terbega tidak percaya. What the, seriously?!

"Macam mana kau dan dia—shit! Serius?!" Samuel tergadah. Wajah Lucifer diperhati tidak berkerdip. Biar betul. Balik Malaysia sahaja dan jumpa jodoh terus? wow!

Saat itu Lucifer tertawa kecil. deng me!

"I'm damn serious. Dia akan menjadi majikan kau berdua tidak lama lagi. she's mine. Forever be Hold, Mi Amore"

NOVEL |HER FORBIDDEN GABRIELWhere stories live. Discover now