Bab 1

575 35 3
                                    

"Sayang.. Sayang dah basuh kain dalam bakul tu?"

"Dah." Harith tersenyum. Tangannya naik melingkar ke bahu Syakila. Matanya tertumpu pada televisyen yang terpasang di hadapan mereka.

Sesekali rambut panjang Syakila turut dilurut penuh kasih. Kasihnya tumpah pada Syakila sejak mereka masih kanak-kanak lagi.

Masih dia ingat, semasa dia berumur 10 tahun Syakila masih kecil. Sudah lama dia kenal dengan keluarga Syakila. Keluarga Syakila juga banyak membantunya kerana dia yatim piatu.

Masa itu dia menjaga Syakila seperti Syakila itu adiknya. Saat meningkat remaja, kasihnya pada Syakila tak pernah berkurang. Malah kasih itu mekar dari dahulu sampai sekarang.

Walaupun sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga, dia tidak pernah jemu untuk memanjakan dan membelai Syakila seperti di awal perkahwinan mereka dahulu. Dia yakin cinta di hatinya kini hanya pada Syakila. Dia tidak akan duakan Syakila. Itu nekadnya.

"Hmm.. Boleh tolong picitkan betis I tak? Lenguhlah." Syakila mengadu manja.

"Boleh. Apa saja untuk you." Lalu Harith menarik kaki Syakila dan diletakkan ke atas ribanya. Betis yang mulus tanpa seurat bulu itu dipicit lembut.

"Penat sangat ke kerja kat office?" Soal Harith seraya matanya menatap wajah cantik Syakila.

"Penat." Syakila rebahkan kepalanya ke bahu Harith.

Harith tersenyum lagi.

"You berhenti je lah kerja tu. I kan lebih daripada mampu untuk tanggung you."

Terus Syakila tegakkan kembali kepalanya.

"You tahukan I tak nak jadi suri rumah. I tak nak master I tu sia-sia."

"I pula tak nak tengok you letih macam ni. I sayang you, Kila." Harith cuba memujuk walaupun dia tahu pujukannya takkan mencairkan hati Syakila.

Syakila buang keluh.

"Berapa kali kita nak kena bincang benda yang sama ni Harith?" Soalnya serius. Wajah kacak suaminya ditatap dalam.

Harith menarik nafas panjang. Dari nada suara Syakila yang berubah, dia tahu Syakila tidak suka dia sebut tentang berhenti kerja.

"I nak anak, Kila. You selalu beri alasan you penat, tak ada masa nak jaga anak nanti. Habis tu sampai bila kita nak hidup berdua macam ni? You tak bosan ke?"

Syakila turunkan kakinya dari riba Harith lalu bangun berdiri.

"Umur I belum masuk 30 tahun. Nanti I dah ready, I beritahu you." Syakila terus atur langkah pergi dari situ. Dia tidak betah berlama-lama di situ apabila Harith sudah mula membangkitkan soal anak.

Harith raup rambutnya ke belakang. Perbincangan mereka tak pernah sampai ke penghujung.

Syakila selalu melarikan diri saat dia menyebut tentang anak. Hidupnya betul-betul sunyi. Melihat teman-teman lain sudah mempunyai cahaya mata, dia juga teringin. Lagi-lagi umurnya sudah hampir ke angka 40-an.

Mata Harith kembali memandang televisyen. Kerana kasih dan sayangnya pada Syakila, dia menunggu. Menunggu entah untuk berapa lama lagi.

******

"Anak, anak, anak. Tak habis-habis dengan anak. Orang tua ni tak faham bahasa agaknya aku tak nak beranak. Bukannya mati tak ada anak." Syakila hempaskan punggungnya ke atas katil. Kasar.

"Kalau tak sebut pasal anak, tak boleh kot." Terkumat-kamit mulut Syakila mengata suami sendiri.

Malas fikirkan Harith, telefon bimbit yang sedia ada di birai katil dicapai.

Aplikasi whatsapp dibuka. Laju jemarinya menscroll mencari nama Syafiqah. Nama kekasih gelapnya yang disimpan sebagai nama perempuan.

Pesanan yang dia belum baca dari Syafiqah dibuka dan dibaca.

+ I miss everything about you, baby.

+ I can imagine how your curve with night gown right now. And your sexy body inside my arms. Oh, how I miss you.

Syakila ketawa kecil. Perempuan mana yang tak suka bila ada yang merinduinya lebih-lebih lagi jika dari seseorang yang 'istimewa.'

+ Esok kita jumpa ya. At cofee bean. Lunch time.

+ Sure baby. Can't wait.

Syakila tersenyum. Bahagia pula bila ada yang memanggilnya baby. Terasa seolah-olah dia dihargai.

Dengan Harith? Nak dengar Harith panggil dia sayang pun payah inikan pula baby. Berangan jelah.

Terdengar bunyi pintu bilik dibuka dari luar, cepat Syakila rebahkan badannya ke atas tilam. Kelopak matanya ditutup rapat. Berpura-pura tidur.

"You.." Suara garau Harith kedengaran.

Syakila buat-buat tak dengar.

"I miss you."

Syakila batukan tubuh. Malam ini dia tiada hati mahu melayan Harith. Badannya betul-betul penat. Jiwanya juga penat.

"You dah tidur?" Harith labuhkan duduk di sisi Syakila. Jemari kasarnya hinggap ke bahu Syakila yang berlapik baju tidur nipis. Bahu itu diusap lembut.

"Kan I cakap I penat. You tak faham bahasa ke?" Syakila mendengus keras. Tadi sebut pasal anak, sekarang boleh pula tiba-tiba Harith sebut rindu. Dasar lelaki kan!

"Hmm.. Yelah. You tidur lah dulu." Harith tarik selimut hingga ke bahu Syakila. Sekilas bibirnya mendarat ke tepi kepala Syakila.

"Sweet dreams." Ujarnya dan mengatur langkah keluar dari bilik tidur mereka dengan perasaan kecewa. Ya, kecewa. Syakila begitu dingin dengannya sejak akhir-akhir ini. Perbualan mereka kerap berakhir dengan pergaduhan.

Tidak mahu syak wasangka terus menguasai fikirannya, Harith membawa diri ke bilik kerja.

Sudah beberapa malam dia tidur di situ. Dan Syakila langsung tidak datang mencarinya atau bertanya kenapa dia tidur di situ.

Sadis sekali hidupnya. Ada isteri tetapi sama saja seperti orang yang tak beristeri. Bak kata Ajmal baik membujang dari tidur sendirian.

Masuk ke bilik kerjanya yang suram, Harith labuhkan duduk di sofa berangkai tiga yang menjadi tempat beradunya saban malam.

Badannya direbahkan dan mata terus merenung siling putih seolah-olah ada sesuatu yang menarik untuk matanya terus terpasak di situ.

Syakila mengintai kelibat Harith dengan ekor mata. Setelah dipastikan Harith tiada di dalam bilik, Syakila sebak selimutnya hingga terjatuh ke atas lantai.

"Sweet dreams konon." Ajuk Syakila dan terus betulkan duduknya. Belakang badan disandar pada kepala katil. Dia sebenarnya belum mengantuk.

Lantas telefon bimbit yang disorok di bawah bantal tadi diambil.

Dia mahu menyambung berbalas mesej dengan Syafiqah. Hanya Syafiqah yang mengerti hati dan perasaannya. Hanya Syafiqah yang tahu menjaga hatinya. Bukan Harith.

Harith hanya tahu menyakitkan hati dan menjengkelkan.

Aku Ingin Bahagia (Ebook)Where stories live. Discover now