"Qays elok-eloklah. Mana tuala aku ni, "

"Lah.. Saya tengah hulur lah dekat awak ni, "Qays tahan ketawa. Yang sebenarnya dia sengaja jauhkan sedikit tuala itu dari tangan Aira.

"Dah kalau kau hulur.. Mana?? "Aira mula geram dengan si Qays ni. Sengaja pula dia nak kenakan aku kan?!

"Awak tu buka la pintu tu luas sikit. Tengok mana tuala ni. Memang tak dapat nak ambillah kalau hulur tangan pun sikit je, "

"Kau gila ke apa? Lepas tu kau boleh la ambil kesempatan kan? Eh Qays, elok-eloklah bagi aku tuala ni. Kau ingat aku main-main ke? "Marah Aira. Seseksi-seksi dia, dia masih ada rasa malu tau. Tambah pula tetiba kena sebilik dengan Mamat poyo ni. Meluat betul dia.

"Haih, ye lah. Nah tuala ni, "

"Ha lagi satu aku nak kau pusing badan kau menghadap dinding sampai aku cakap aku siap pakai baju. Kau jangan nak pandai-pandai toleh belakang, "Aira beri amaran siap-siap ketika dia dalam bilik air.

"Sebelum ni seksi-seksi depan saya okey je. Lepas tu, saya pula yang nak kena tundukkan pandangan. Kenapa malam ni awak macam... "

"Stop it, Qays! Aku cakap tu buat je lah. Yang kau nak lebih-lebih sangat dah kenapa, "geram Aira. Biarlah bila dia nak rasa malu pun. Tapi... Betul juga apa Qays cakap. Sebelum ni dia siap pakai seluar pendek paras peha lagi depan lelaki itu. Tak cukup itu siap bersinglet lagi. Why malam ni dia rasa... Malu?

"Okay.. Fine. Kalau dah siap cakap. Keluarlah,saya dah pandang dinding ni ha, "balas Qays. Dia bukannya lelaki kejam tapi kalau setakat nak mengusik tu ya ada lah sifatnya yang itu. So, tak kenal maka tak cintalah jawabnya. Pelbagai rancangan sudah diatur untuk buat hati si minah sombong ni lembut dengannya.

Perlahan-lahan Aira keluar dari bilik air dengan berkemban.

"Kau jangan pusing eh selagi aku tak cakap siap, "sekali lagi Aira memberi amaran. Takut betul dia.

"Kalau saya pusing jugak? "

"Qays!! Kau jangan nak macam-macam eh, "

"Alah.. Bukannya apa pun. Saya kan suami awak, "balas Qays sambil dalam diam dia tersenyum senget.

"Suami yang aku tak nak pun, "ucap Aira buat Qays tersentap tiba-tiba. Mata Qays julingkan ke atas. Lupa yang dia tak setaraf pun dengan Aira sebenarnya. Buat apa dia yang nak beria mahu Aira juga sukakannya.

Padahal, hakikatnya Aira takkan sesekali pun suka dia. Aira lagi bencikan dia ada lah. One day... Macam mana kalau Aira jumpa lelaki yang lebih baik dari dia? Adakah dia akan terpaksa lepaskan gadis itu? Gadis yang dia cinta tanpa ada satu sebab pun.

Qays hanya diam tidak membalas apa sehingga Aira selesai menukar pakaian.



































"MACAM mana Qays, first day jadi husband to this naughty girl? "Tanya Dato' Mikail dengan bibirnya terjungkit senyum. Aira hanya buat tidak tahu. Dia masih ada rasa tidak puas hati dengan babahnya itu. Dah kenapa pandai-pandai jodohkan dia dengan Qays ni.

Datin Hanna cuit siku Aira. Diam pula Aira ni.

"Kamu okey ke ni? "Selalu Qays duduk je makan sekali mesti Aira akan memekak bising. Tapi pagi ni macam muram je. Tak habis lagi ke rasa marahnya itu?

"Yeah. I'm just fine mommy. Tapi, tetiba tekak Aira ni rasa tak berselera pula. Aira naik atas dululah, "matanya sengaja pandang ke arah Qays dulu sebelum bangun dari situ.

"Macam tu je kamu biar suami kamu Aira? "Tegur Dato' Mikail. Dia bagi Aira kahwin sebab dia nak Aira belajar and tahu bertanggungjawab. Bukan ini yang dia mahukan.

"Suami yang Aira sendiri tak nak babah. I'm tired babah. Please, don't talk about this. Aira naik dulu, "semua tak faham dia. Semua tak sayangkan dia. Dah tahu dia tak suka Qays kenapa semua orang nak juga Qays jadi suami dia?

"It's okay Da... Ermm babah. Saya okey je. Lama-lama nanti dia okeylah tu, "potong Qays.

"Qays sabar ye dengan Aira. Mommy dah tak tau macam mana nak ajar Aira. Agaknya mommy yang terlalu manjakan Aira sangat sampaikan... Dia liar macam ni. Maafkan mommy dan babah sebab... Minta Qays jadi suami Aira walaupun kami tau yang Aira... "

"Mommy, babah... Qays terima Aira sebab Qays sukakan Aira. Qays tak janji yang Qays dapat beri kemewahan kepada Aira macam mana mommy dan babah beri pada dia. Tapi Qays harap... Qays dapat lembutkan hati Aira, dapat ubah Aira untuk jadi yang lebih baik, "tiba-tiba dia rasa sebak. Dia tak mampu nak berjanji sebab dia takut dia tak mampu nak ubah Aira, dia tak mampu nak buat Aira cintakan dia balik. Tapi jauh di sudut hatinya, dia berharap sangat Aira berubah.

"Mommy, babah tak kisah Qays. Kami yang patut bersyukur dapat menantu macam kamu. Alhamdulillah. Terima kasih sangat sebab... Terima Aira seadanya, "Datin Hanna bersyukur sangat. Dia tak kisah pun apa latar belakang keluarga Qays sebuah dia tahu Qays orang baik.

"Apa ni pagi-pagi dah buat drama air mata ni, mommy, babah? What's going on? "Datin Hanna, Dato' Mikail dan juga Qays serentak memandang ke arah gerangan suara tersebut. Tak berkelip mata Qays.

Erkk...















9/1/2022...

Muehehehe... Belum terlambat kan? Happy New Year guys.. Sorry.. Lama menghilang.. Hihihi..

Have a good day semua...

Don't forget to vote and comment ya?

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now