BLURB

4 0 0
                                    

PRE ORDER TELAH DIBUKA!!! BOLEH CONTACT PENULIS UNTUK BELIAN :-)

Gara-gara salah faham yang berlaku di lorong pada malam itu, Diyana dilarikan oleh dua orang lelaki lalu dibawa ke sebuah rumah untuk disoal siasat. Tidak cukup dengan itu, dia diberikan amaran untuk tidak membuat laporan polis mengenai apa yang telah disaksikannya di lorong tersebut.

"Aku tahu macam mana dan di mana nak cari kau. Faham?" - Raul

Ketika menghadiri temuduga yang dijalankan, sekali lagi dia bertemu dengan lelaki itu lalu jatuh pengsan! Raul yang menolongnya telah menawarkannya untuk menjadi PA lelaki itu. Biarpun adanya cerita mengenai lelaki itu dengan aktiviti tertentu sehingga dia digelar Mr. Cosa Nostra, Diyana yang menganggur bersetuju bekerja untuk Raul. Kemunculan Isabelle, isteri tidak jadi Raul membuatkan situasi mula kacau-bilau. Satu persatu kejadian berlaku sehingga mendesak Raul membuat keputusan untuk berkahwin dengan Diyana. Diyana yang menurut kata emak dan ayahnya bersetuju berkahwin dengan Raul, biarpun tanpa sebarang cinta terhadap lelaki itu.

"Oh! Bilik ya Cik Yana?" soal Raul dengan nada sinikal.

"Err... yalah! Kan ni bilik bos. Dah tu, bos cakap saya ni tidur lasak mengalahkan beruang, kan?" - Diyana

Bila dah sebumbung, masing-masing saling mengenali hati budi. Diyana mulai suka pada Raul yang ternyata pandai ambil hati.

"Err... apa gunanya kalau ingat pun?" – Diyana

"Eh! Mestilah ada gunanya. Kalau abang ingat dengan pesanan sayang tu, maksudnya abang ni suami yang setia tau. Setia! Mana nak cari?"- Raul

Sepupu Isabelle, Antonio yang tiba di Malaysia mula membuatkan keadaan mulai goyah. Inspektor Haris semakin giat memburu untuk menumpaskan aktiviti haram di Malaysia. Raul pula mula menjauhkan diri dan bersikap dingin dengan Diyana. Diyana kecewa kerana tingkah lelaki itu tidak seiring dengan kata-katanya dan seandainya perpisahan itu lebih baik dan memudahkan kerja Raul, dia pasrah.

"Remember, piccola. You are mine. Mine!"- Raul

"You should know you place. Kau tu cuma PA dia aje, okey!"- Isabelle

Bagi Raul, dia tidak akan menyerah kalah. Tapi, mampukah dia melawan niat keluarga Tabasco yang berdendam dengan keluarga Costa sejak dahulu? Mampukah dia mempertahankan rumah-tangganya dengan Diyana yang baru saja dibina? 

PA MR COSA NOSTRAWhere stories live. Discover now