"Jadi.. dialah yang akan menetap di sini?" Tanya Rafia.

"Dia lelaki ke perempuan? Boleh ke dia duduk di kampung setelah terbiasa di bandar?" Celah Fatin dengan ragu-ragu.

"Ya, dia akan menetap di sini tak lama sahaja lagi! Dan adik sepupu aku tu adalah perempuan! So, kalau secara jujurnyalah aku katakan pada korang, adik aku tu sangat suka kehidupan kampung berbanding dari bandar! Sekarang pun dia sedang busy belajar tentang bioteknologi, kimia, sains, dan sebagainya! Dia nak menjadi seorang petani dan memajukan industri ekonomi tani di negara kita! Selain itu, hanya buat pekerjaan macam tu sahaja yang membolehkan dia hidup di kampung! Kebetulan, Tok Wan ada tanah yang luas di kampung ni! So, dia nak usahakan tanah tu!" Jelas Eira.

"Bukan tanah dan rumah tu.. milik kau ke, Eira?" Tanya Rafia dengan wajah serius.

"Memang tanah dan rumah tu diwariskan atas nama aku! Tapi, tak semestinya aku tak boleh beri kepada adik sepupu aku untuk digunakan, betul tak! Aku percayakan harta tu pada dia untuk dia majukan kawasan ni!" Jelas Eira dengan santai.

"........"

"Haha! Lagipun, aku senang bila akan ada orang jaga rumah Tok Wan! Takdelah rumah tu akan terbiar macam tu sahaja!" Tawa Eira dengan senang hati yang langsung membuat Rafia bungkam.

"Apa nama dia, Eira?" Tanya Fiqah yang langsung mengubah topik perbicaraan mereka.

"Nur Safiyyah, 15 tahun! Maksud dari nama ni adalah cahaya yang bersih murni membawa ketenangan! Itulah adik saudara aku!" Jawab Eira.

"Huish, masih muda!" Ucap Kemy dengan nada kagum.

"Yeah~ muda-muda tapi berbisa!" Sahut Eira.

"Orangnya macam mana? Maksud aku keperibadian dia!" Tanya Kemy.

"Dia kuat, positif, berani, kuat agamanya, dan sopan! Orangnya pun cantik dan sungguh manis!" Jawab Eira sambil tersenyum.

"Kau macam rapat sahaja dengan dia!" Tegur Fiqah.

"Mungkin kerana kami sama-sama perantara! Lagipun, aku kagum dengan semangat dia! Dia menerima diri dia sebagai perantara, bahkan sanggup mengabaikan kehidupan selesa yang akan ia capai semata-mata untuk menetap di sini sebagai perantara, dan mewarisi kedudukan tok wan! Dari orang bandar yang nyaman, dia memilih untuk tinggal menjadi orang kampung! And dia juga berhasrat untuk menyambung pengajian di sini hinggalah ke alam universiti agar dapat sentiasa berada di kawasan sini sahaja!" Jujur Eira dengan senyuman lembut.

Mendengarkan kata-kata tersebut, mereka empat gadis langsung sedar bahawa ketua mereka itu benar-benar senang dengan kehadiran sang adik sepupu. Mereka juga berfikir bahawa perkara itu juga merupakan sesuatu yang baik bagi mereka! Mereka tidak ingin terpisah dari Eira begitu sahaja. Jika ketua mereka itu menetap di kampung ini, maka sukarlah mereka ingin bertemu dengan mudah. Jadi, perkara itu sungguh membuat hati keempat-empat gadis itu merasa lega dan kembali tenang.

"Ah, so tentang keputusan kau.." Ucap Fatin yang tiba-tiba teringat akan sesuatu.

"Keputusan?" Ulang Eira dengan wajah yang bingung.

"Kau nak ikut ke cadangan Syahiril tu?" Tanya Kemy yang kembali mengingat punca tekanan yang dialami oleh Eira pada awal tadi.

"Hmm.. aku rasa.. tak! Mustahil aku akan biarkan Emir bersembunyi di kawasan yang berbahaya ni! Even aku tak tahu kenapa Syahiril bertegas untuk biar Emir berada di sana, tapi aku tak boleh biarkan sesiapa di bawah jagaan aku untuk berada dalam bahaya! That's why aku tubuhkan team keselamatan dari awal!" Jawab Eira dengan tegas.

"Baguslah kalau macam tu!" Ucap Fatin dengan nada lega.

"Kalau soal tempat tu.. kita boleh juga tanya Abang Hadwan! Dia pun menetap dekat sinikan..." Cadang Kemy.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now