15

47 6 0
                                    

Skrin telefon yang gelap masih tiada tanda untuk bercahaya.

Tidakkah ada perasaan ingin tahu tentang dirinya? Sehingga hari ini, Rafi masih lagi tidak menghubungi dirinya.

Hujung bibir digigit, menahan amarah api yang bergeledak ingin meletup keluar.

" Daripada kau tenung lama-lama sampai nak pecah telefon tu, apa kata kau yang mulakan rentak dulu"

Ah, sudah tentu tidak ! Dia juga punya ego perempuannya. Ketika mereka mula berkenal dahulu, sudah banyak kali dia mulakan langkah pertama. Sampaikan sudah masuk ke alam pertunangan.

" Ego kau tak akan tercalar, bahkan kau yang akan merana sebab rindu"

Tidak faham sungguh dia dengan Raniyah. Kalau rindu, telefon saja lah.

" Kau tak faham Dania. Rafi bukan macam Tengku Zyian"

Dania mengangkat tinggi kening kanan. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Raniyah.

" Rafi jenis tiada perasaan, Tengku Zyian pula jenis tidak reti malu untuk meluahkan perasaan"

Dengan muka yang diselambakan saja Raniyah tayang. Langsung tidak peduli dengan muka Dania yang sudah naik merah.

" Ah, kau jangan nak kutuk kesayangan aku ya, Raniyah" jari telunjuk tepat dihalakan ke muka Raniyah. Berani mati kawannya ini mengutuk buah hati dia secara depan-depan.

Anak mata dijuling ke atas. Menyampah dengan Dania.

" Aku cakap benda betul"

" Memang betul, tapi ayat kau salah"

Raniyah menggaru hujung kening yang tidak rasa gatal.

" Tengku Zyian tak reti malu? What do you mean, dia bukan tak reti malu cuma... Terlebih berani"

" People said, lelaki sejati adalah lelaki yang berani meluahkan perasaan dia kepada orang yang dia sayang. So, in your case better kau periksa betul ke Rafi ni lelaki sejati"

Sempat lagi Dania menyelitkan ayat jenaka.

Riak wajah Raniyah semakin suram. Bibirnya tersenyum paksa tanpa sengaja.

" Kalau bukan lelaki sejati, macam mana boleh ada keluarga"

Perlahan saja ayat yang dilontarkan. Cukup dia saja yang dapat dengar.

Betulkah keputusannya ini? Hatinya bakal dihancurkan sekali lagi tapi untuk apa? Dia bukan ada hati dengan Rafi. Salah.

Memang benar, dia sukakan Rafi tapi keadaan tidak mengizinkan.

Ah, belum kahwin lagi niat dah salah. Raniyah menepuk dahi tanda dia sangat kesal dengan keadaan sekarang.

" Tak payah nak rindu sangat lah, esok jumpa lah tu. Sampai tak nak keluar bilik pun tak apa"

Mahu saja dia sekeh kepala Dania. Bagi berus otaknya supaya bersih dari dirty minded.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝖡𝗅𝗂𝗇𝖽 𝖣𝖺𝗍𝖾Where stories live. Discover now