Angin pada malam tahun baharu dinikmati oleh Tengku Zafran Mikael dengan emosi yang bercelaru. Dia sedang menonton himpunan manusia yang sedang berkumpul di hadapan Time Square, London untuk menyambut acara besar sebentar lagi.
Tengku Zafran yang berumur 26 tahun dan menetap di London bersama rakannya mendapat sebuah berita yang tidak disangka-sangka pada hari ini. Ibu bapanya yang menetap di Malaysia telah kembali ke rahmatullah bersama-sama adik kesayangannya akibat kemalangan jalan raya yang ngeri.
Tengku Zafran menyaksikan acara besar itu dari atap bangunan pejabatnya, King Group. Dia berdiri di hujung penjuru bangunan pencakar langit itu sambil menitiskan air matanya dengan deras sekali.
Hanya tinggal 5 saat sebelum jam 0000 tengah malam. Para pengunjung di Time Square mula membuat countdown.
" 5 ! "
" 4 ! "
" 3 ! "
" 2 ! "
" 1 ! "
" Yeayyy !!!! Happy New Year !! " Sorak para pengunjung di hadapan bangunan Time Square itu. Percikan bunga api menghiasi bandar London.
" Bye dunia..Aku nak pergi dah.. " Ucap Zafran perlahan. Dia melompat dari bangunan itu. Zaf sempat mengelap air matanya sebelum terjun ke bawah.
" Zaf !!!! " Jerit seorang lelaki yang sebaya dengannya berpakaian serba hitam. Lelaki itu sempat menarik tangan Zaf ke atas semula. Hanya tinggal beberapa saat sebelum dia gagal selamatkan Zafran.
Zafran terkejut apabila terasa seperti tangannya ditarik seseorang.
" Lepaskan aku! Aku dah tak nak hidup ! " Jerkah Zafran kepada lelaki yang sedang menariknya ke atas semula.
" Kau dah gila ke Zaf ! Aku tak tahu apa yang dah jadi, tapi bunuh diri bukanlah pilihan ! " Balas lelaki bername tag Putera Daniel di poket kanan baju kemejanya.
Zafran terdiam. Dia menundukkan mukanya. Zafran mula tersedar dengan apa yang dia telah lakukan.
" Danny..boleh aku tanya kau something? " Zafran masih menundukkan mukanya. Dia tak sanggup melihat muka Daniel kerana apa yang telah dia lakukan.
Daniel tidak menjawab. Dia masih berusaha untuk menarik tangan Zafran. Mukanya sudah dibasahi peluh kerana menarik seorang manusia yang ingin bunuh diri daripada bangunan 30 tingkat.
" Kau naiklah atas dulu. " Balas Danny dalam keadaan semput. Zafran akur lalu menarik tiang besi disebelahnya hingga dirinya naik ke atas semula.
Zafran dan Daniel terbaring di atas lantai kerana keletihan.
" A-apa..yang kau nak..tanya tadi ? " Tanya Daniel dengan dada yang turun naik.
" Kenapa kau selamatkan aku ? Aku dah tak ada sesiapa lagi untuk aku sayang. Aku dah hilang arah tujuan bila family aku dah tiada. " Balas Zafran panjang lebar. Dia memandang ke arah Daniel yang sedang terbaring di sebelahnya.
Daniel tersenyum nipis. Dia baru sahaja diberitahu oleh rakannya di Malaysia tentang kematian keluarga Zafran petang tadi.
" Kau silap..mereka masih ada lagi. Selagi kau ingat pada mereka, mereka tak akan mati. " Balas Daniel mendatar. Zafran memandangnya.
" Cukuplah dengan semua ni..kalau kau rasa mati boleh buat diri kau tenang..pergilah. Aku tak akan halang " kata Daniel sebelum bangun dari baringannya. Dia berjalan ke arah pagar besi yang dijadikan tempat bunuh diri tadi.
Zafran hanya mampu diam dan melihat rakannya itu. Dia terasa sebak dengan kata-kata Daniel itu.
" Aku minta maaf, Danny. Family aku dah tak ada. Jadi, aku dah tak rasa nak hidup lagi.. " kata Zafran dengan nada sebak. Dadanya turun naik.
ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SPLIT [EDITING]
RandomTengku Zafran Mikael dikenali sebagai Mr. SPLIT dan merupakan usahawan berjaya di London yang juga merupakan lelaki ketiga terkaya di dunia. Namun dia mempunyai pelbagai personaliti yang saling bercelaru. Yang hanya mampu dikawal oleh orang yang kua...
![MR. SPLIT [EDITING]](https://img.wattpad.com/cover/293432065-64-k312397.jpg)