✧Bab 39✧

117 23 0
                                    

Third Person P.O.V

"Bos, kenapa kita perlu buat macam tu? Kan Zarith sudah langsaikan hutang bos?" Salah seorang ahli yang memakai kaca mata mula menyoal.

"Buat je apa yang wa suruh. Dia fikir dia boleh berlagak dengan wa? Never!! Wa benci sama itu Zarith!"

"Tapi, bos--"

"Sebab dia si Lin dan Faqiha tidak kerja lagi sama wa. Wa mahu hapuskan girlfriend dia. Ada faham?!" Ah Seng kelihatan sangat marah. Sudah lah tempat persembunyian mereka kini telah diberkas oleh pihak polis! Sekarang, mereka terpaksa menyorok di hutan pula!

"But..."

"Lu orang suruhan wa atau orang suruhan si Zarith? Lu mahu wa tembak lu sampai m*mpus?" Pistol yang sentiasa menjadi peneman mula dinaikkan ke atas. Anak-anak buahnya berada dalam keadaan ketakutan.

"Erk, bos! Tak mahu!" Mereka semua menunduk sambil tangan dilekapkan sesama sendiri.

"Jadi? Ikut sahaja plan wa. Wa kasi bonus sama lu orang kalau plan ini selesai. Faham?" Ah Seng sangat yakin bahawa kesemua anak buahnya mata duitan! Dengar sahaja duit, mereka pasti akan tunaikan hajatnya.

"Baik bos! Kami faham!"

"Huh, banyak cakap sungguh anak buah wa ni!" Ah Seng tersenyum sinis. Selangkah lagi, dia pasti akan jatuhkan Zarith tak guna itu! Dia mahu melihat Zarith terseksa sampai m*ti!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Dia still nak pergi England ke mama?" Amyra melentokkan kepalanya di atas bahu Mama Zahra.

"Ya sayang. Amyra kena redha ya? Mungkin dia bukan yang terbaik untuk Amyra. Ramai lagi pengganti dia untuk anak mama sorang ni" Kepala Amyra digosok perlahan oleh Mama Zahra.

"Apa mama cakap ni?" Amyra terus mengangkat kepalanya. Mama Zahra cuma tersenyum nipis.

"Ya lah, kan kamu suka kat dia. Kalau dia pergi England--"

"Mama! Apa mama merepek ni?" Amyra memuncungkan bibirnya. Dah kenapa Mama Zahra nak merepek pagi-pagi buta macam ni?

"Eh, salah ke mama cakap?" Mama Zahra tergelak kecil melihat telatah Amyra. Dah serupa macam itik sahaja muncung-muncung tu!

"Salah, 100 peratus salah! Mana ada Amyra suka kat dia!" Amyra menafikan hal itu. Kalau dah suka tu, cakap saja lah kan?

"Okay, jadi kenapa kamu risau sangat kalau dia pergi England? Biar lah dia nak pergi England pun, kan?" Mama Zahra sengaja memprovok si Amyra.

"Mama ni, tak supporting langsung!" Makin muncung bibir Amyra selepas Mama Zahra cakap macam tu!

"Okay, Zarith pergi sana for 5 years, right?"

"Ya lah, mama! Kenapa mama tanya soalan macam ni?"

"Jadi? Kalau dia pergi England sekalipun, apa kaitannya dengan kamu?" Mama Zahra tergelak kecil apabila tangan Amyra mula menampar paha kirinya. Nasib baik perlahan sahaja tamparan tu!

"Lama tu! Nanti Amyra nak gaduh dengan siapa?" Amyra kini berpeluk tubuh. Betul juga tu, dia nak gaduh dengan siapa nanti?

"Kau gaduh je lah dengan aku" Rayyan muncul secara tiba-tiba. Amyra dan Mama Zahra memandang wajah Rayyan di tepi pintu bilik itu.

"Kau tak best! Kau lembik sangat, tak kuat melawan!" Amyra pantas menjelirkan lidah. Dia tidak suka berbalah dengan Rayyan. Kuat menangis saja tahu! Nanti siapa nak pujuk?

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now