"wah, papa! Rumah ni lagi besar daripada yang yejin pergi haritu lah!", Jerit yejin di telinga seungcheol.

Seungcheol  tersentak disebabkan jeritan agak lantang di telinganya. Seungcheol hanya ketawa kecil.

Seungcheol membawa yejin di tingkat kedua. "this is your room, sayang", kata seungcheol membuka pintu bilik itu.

Yejin berlari ke dalam bilik baharunya lalu melompat-lompat di atas katil yang empuk itu. Youngmi dan seungcheol melabuhkan punggung.

Seungcheol memandang youngmi. Tangannya diraih. "I'm sorry pasal haritu",  katanya memandang mata youngmi.

Youngmi hanya diam .  Wajah seungcheol ditatapnya. Seungcheol kelihatan lesu harini. "kau okey ke, seungcheol?", Tanya youngmi.

"2/3 hari ni aku rasa tak sedap badan jugak lah. Kenapa?", Tanya seungcheol kepada  youngmi yang kelihatan agak risau.

"uhm.. nothing ", Youngmi melarikan pandangan.

youngmi pov

Dia nampak letih sangat. Patut ke aku masakkan something untuk tambah tenaga dia?

Aku rasa serba salah bila tengok dia minta maaf tadi. Salah aku jugak sebab nak emo tak tentu pasal.

"well, I'm sorry", kataku lalu bangun dari duduk. Aku keluar dari bilik baharu yejin.

Seungcheol mengikuti aku. "kau nak pergi mana?", Katanya.

Getah rambut dikeluarkan.Aku mengikat rambutku.

"aku tengok kau macam tak bermaya. Show me the kitchen. Aku masak apa yang patut", kataku menawarkan diri.

"eh , tak payahlah. Kau bukan bibik nak masakkan untuk aku. Harini aku just nak tunjuk kau rumah ni je. Tak perlu kau masak apa semua", katanya memegang kedua-dua belah bahuku.

"no, seungcheol. Kau kena makan. Aku taknak kahwin dengan lelaki yang nampak lesu", kataku lalu pergi meninggalkannya dan menuju ke dapur.

Peti ais dibuka. Aku meneliti isi perut peti ais tersebut. Bahan-bahan untuk memasak sup ayam aku keluarkan.

Sup ayam bagus untuk kesihatan.

Sedang aku sibuk memotong lobak merah di dapur, datang yejin bersama patung baharunya.

"mama! Mama masak apa tu?", Tanya yejin curiga.

Aku mengusap lembut kepalanya. "this is chicken soup sayang. Bagus untuk kesihatan", kataku.

Dia mengangguk. "dah, pergilah main dengan papa. Nanti siap, panggil papa makan sekali ye?", Yejin mengangguk laju.

Seungcheol yang sedang menonton televisyen kadang ii memandangku. Takut dapur terbakar ke? Eleh, ingat aku tak reti masak ke?

"yejin, seungcheol! Makan", panggilku meletakkan sup ayam itu ke atas meja makan. Mereka berdua menghampiri meja makan.

Kerusi masing ii ditarik lalu diduduk. "wow! Sedapnya bau, mama!", Ujar yejin teruja.

Aku hanya tersenyum kepadanya. Seungcheol di hadapan aku amati. "Makanlah", jemputku.

Sesudu nasi berserta ayam yang dicarik masuk ke dalam mulut seungcheol. "how is it?", Tanyaku.

Mata seungcheol terbeliak. "sedap", ujarnya ringkas. "kalau macamtu makanlah lagi", kataku. Yejin di sebelah aku suap.

Entah mengapa, makan malam kali ini seperti lengkap. Seperti sebuah keluarga yang bahagia.

"ni bilik kau. Aku tahu kau tak selesa nak tidur sebilik dengan aku lepas kita kahwin nanti", kata seungcheol memandang lantai.

"why?", Kataku pelik. Kalau orang dah kahwin , mesti diorang tidur sebilik kan? Kenapa nak asing ii pulak?

"uhm.. kau selesa ke nak share bilik dengan aku?", Tanya seungcheol. "Memang tak selesa pun", jawabku.

Kekecewaan terserlah pada mukanya. "tapi as your wife nanti, kita kena juga tido sebilik", sambungku  lalu meninggalkannya.

"hari dah nak malam. Can you hantar kami pulang?", Kataku mendukung yejin.

Seungcheol mengangguk. Seungcheol hantar aku dan yejin pulang.

"seungcheol", panggilku di hadapan pintu pagar rumah.

Seungcheol memandangku. "I'm sorry sebab emo tak tentu pasal that day. Can you forgive me?", Kataku.

"eh, aku rasa aku yang kena minta maaf sebab tuduh sebarangan", kata seungcheol.

"aku maafkan kau, and aku harap kau pun akan maafkan aku" kataku menggaru leher. Aku memusingkan badan ingin masuk ke dalam rumah.

"youngmi, kejap", panggil seungcheol. Langkahku terhenti. "Yes?", Kataku.

Dia memeluk badanku. "i'm sorry. Aku tahu aku banyak dah lukakan kau, youngmi. Aku tahu aku banyak gila buat silap dengan kau", katanya ingin menangis.

Aku mengusap belakang badannya. Segala penat lelah selama ini seakan-akan hilang sebegitu sahaja.
So warm and cozy.

"seungcheol..", panggilku melonggarkan pelukan. Dia memandang dalam mataku. "let's talk tomorrow again okey?", Kataku. Dia mengangguk.

"bye", lambaiku. Yejin di sebelah juga melambaikan tangannya kepada seungcheol.

Kereta Audi kelabu milik seungcheol memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now