Aku menarik telefon pintarnya daripada tangannya. Apa yang seronok sangat sampai taknak bagi attention dekat aku ni?

wonwoo?

Dia chat dengan wonwoo waktu fitting baju kahwin kitorang? Huh,

Aku mengetap gigiku. Aku memandangnya dengan hati yang panas.

"kenapa kau mesej dengan laki lain waktu fitting baju kahwin kita?", Kataku agak marah.

"kenapa? Tak boleh ke?", Katanya merampas kembali telefon pintar itu.

"mestilah tak boleh! Kau tu bakal bini aku. Hormat aku sebagai bakal suami kau!", Aku meninggikan suaraku.

Dia tersentak. Sebuah senyuman sinis dihadiakan kepadaku. "Kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau?", Katanya mendekatkan dirinya.

Aku terundur ke belakang. "aku kahwin dengan kau pun sebab aku kesian kan yejin. Kau ingat aku sayang kau lagi ke? 6 tahun tau kau tinggalkan aku, seungcheol. 6 TAHUN.

Dalam 6 tahun tu, kau ada tanya khabar aku? Kau ada bagi surat dekat aku? Kau pernah tak fikir apa yang aku lalui semasa mengandung anak kau, yejin? Kau tahu tak betapa sakitnya semasa bertarung nyawa sorang ii tanpa lelaki yang aku cinta dekat sisi aku untuk bagi semangat?" Katanya menunjal-nunjal dadaku.

Air mata yang laju mengalir dilapnya kasar. "aku balik dulu", katanya meragut beg tangannya lalu keluar dari butik dengan air mata.

Aku terduduk.

Rambutku diramas kasar. Apa yang kau dah buat ni seungcheol?

Perasaan cemburu buta aku telah menyakitinya. Kau memang tak guna, seungcheol.

Selepas usai menempah baju di butik itu, aku kembali ke syarikatku. Pintu bilik aku buka.

"papa!", Jerit yejin riang lalu berlari anak ke arahku. Seungkwan yang tadinya menemani yejin bermain mula berdiri.

Aku mendukung yejin. "yejin tak naughty kan waktu papa takde?", Kataku mencuit hidungnya. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak.

"hyung", panggil seungkwan kedengaran sayu. "Kau kenapa ni? Muka macam baru jumpa setan je?", Tanyaku agak pelik sambil meletakkan yejin di sebelahku.

"memang, aku jumpa setan pun tadi", katanya. Aku ketawa kecil. "Siapa?", Kataku. "jane. Dia datang balik", terus senyumanku mati.

"aku dah cakap kan, jangan benarkan dia masuk?", Kataku menggumpalkan tanganku.

"Yes, but Hyung tahu kan. Ayah dia punya pengaruh macam mana", katanya memberikan minuman coklat suam kepada yejin.

Yejin menghirup perlahan-lahan minuman itu.

Aku mengeluh. "papa, tadi ada perempuan tinggi tu datang jumpa yejin dalam bilik ni", kata yejin.

"ha, dia ada buat apa ii ke dekat yejin?", Tanyaku risau. "tak, dia kata dia nak berkenalan dengan mama", katanya selamba.

Aku berasa tidak sedap hati.

Mana mungkin wanita yang menyukai seorang lelaki yang sudahpun mempunyai cinta hatinya akan berbuat baik tanpa sebarang muslihat ke atas wanita yang dicintai lelaki itu.

"yejin..", panggilku. Yejin memandang mukaku. "Yes papa?", Katanya. "if yejin jumpa lagi aunty tu, yejin cepat ii maklum dekat papa eh? Kalau papa takde bagitahu, seungkwan ahjussi? Janji", Kataku membuat pinky promise kepadanya.

Jari kelingking kami bertaut. "janji!", Katanya teruja.

Aku mengusap lembut kepalanya. Energetik macam aku. HAHAHA

end seungcheol pov

Jane pov

Perbualan antara aku dan budak perempuan kecil di dalam bilik pejabat seungcheol tadi aku ingati.

dia memanggil seungcheol "papa",

Seungcheol dah ada anak? Tapi dia belum kahwin?

Siapa ibu budak tu ? Betul ke budak tu anak dia ataupun anak angkat?

Kalau tengok daripada umur budak tu, dia macam baya 5 /6 tahun macamtu.
Tapi, aku baru kenal dengan seungcheol 6 tahun lepas. Dia takde pula kata dia pernah bercinta ataupun dah kahwin?

Peliknya.

"eh, oppa? Awalnya kau balik", kataku perasan abangku baru pulang dari kerjanya.

"ouh, harini aku balik awal sebab esok aku kena tolong kawan aku cari pelamin", katanya. "Pelamin? Siapa kahwin?", Tanyaku tertanya-tanya.

"ouh, seungcheol", jawabnya.

wait, what? Seungcheol? Choi seungcheol?

Dia nak kahwin? Tapi.. bukan ke budak tadi tu anak dia? Aku tak faham.

"boleh aku ikut kau sekali, Josh?", Tanyaku. "ikut kau lah", kata abangku, Hong jisoo aka joshua.

Presiden JS home furniture company. Dia ni anak sulung dan aku anak bongsu. Kami hanya dua adik beradik sahaja. Dan kami selalu bergantung antara satu sama lain sejak kecil lagi.

Hubungan adik beradik kami tak mampu dipisahkan, seperti isi dengan kuku.

Aku nak tahu siapa bini seungcheol. Sebab, aku akan pastikan kalau aku pun tak dapat seungcheol, takde sape boleh dapat dia.

Aku lebih kenal seungcheol luar dan dalam diri dia daripada orang lain.

Wait and see, future mrs. choi






𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon