13; ❤

5 5 0
                                    


Scftjm- 🐣

"Hari ini happy nampak. Apesal? Daddy kau bagi hadiah baru ke?" Soal Bang Chan kepada kawannya.

"Nope! Aku happy lah, kang aku sedih kau cakap muka macam kerang busuk lah apa lah. Bila aku marah cakap aku macam uncle yang–" Jari telunjuk Bang Chan melekat di bibir merah Hyunjin agar berhenti membebel.

"Tak, yang sekarang ni kau active sangat kenapa? Aku tanya satu soalan je. Yang kau bagi aku sepuluh jawapan kenapa?" Ujar Bang Chan sambil menggelengkan kepala.

"Tak nak share? Takpe lah, kalau aku tanya pun bukannya kau nak share pun." Dia soal dia juga jawab, HAHAHAHA kesian kau Chan.

"And kalau aku share bukannya kau nak dengar pun. Bukannya nak sokong member lagi khianat member adalah." Sindir Hyunjin.

"Baru sekarang lah kau nak ungkit? Jahat sangat kah aku ni? Fine!" Ujar Bang Chan pura-pura merajuk.

"Aku dengan Minha getback, eh getback just as friend." Terang Hyunjin.

"Bwo?!" Ujar Bang Chan nada sedikit tinggi.

"See! Aku cakap dah tadi, kau bukannya nak sokong member. Suka sangatlah tengok member sedih dari gembira?" Soal Hyunjin salah faham.

"Wae? Aku cuma terkejut, itu pun dah tak boleh ke? Kau karang aku sumbat kau dalam lubang loji dekat belakang rumah kau kang." Ujar Bang Chan geram.

"HAHAHAH- aku pun melawak lah." Ujar Hyunjin sambil memegang perutnya yang semakin sakit akibat terlalu banyak gelak.

"Tapi, takde lah." Ujar Bang Chan separuh.

"Bukan kah Minha jalinkan hubungan dengan Lee Know? Macam mana Hyunjin boleh berbaik dengan Minha semula? Lee Know tahu ke hal ini?" Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran Bang Chan.

"Kau nak tahu tak siapa yang buatkan aku dapat berbaik dengan Minha?" Soal Hyunjin teruja.

"Nugu?" Soal Bang Chan keliru. Tiada masa sekarang untuk dia fikirkan gerangan itu.

"Lee Know." Ujar Hyunjin, tampak teruja.

"Lee– Lee Know?" Hyunjin mengangguk laju.

"But why? Bukankah Lee Know ada hati dekat Minha? Kenapa dia sanggup berkorban untuk Hyunjin yang dahulu sia-siakan kepercayaan Minha kepada Hyunjin. Adakah Lee Know tidak ada hati dah dekat Minha? Ahh– tak mungkin." Ujar Bang Chan sendiri.

Dia cuma risaukan akan Lee Know yang sanggup berjuang demi Minha. Takkan sedikit pun Minha takda perasaan dekat Lee Know?

Bukannya dia tidak bersetuju dengan hubungan Hyunjin dan Minha tetapi dia rasa Minha deserve better like Lee Know yang sanggup buat apa sahaja untuknya.

"Baiknya Lee Know. Bukan kau pergi merayu dekat Minha agar get back? Beruntung kau dapat berkawan dengan Lee Know." Ujar Bang Chan, memuji Lee Know.

"Haah, ehh– kau ini tak baik tuduh tanpa bukti. Itulah even dulu aku sendiri benci Lee Know sebab dapat berkawan baik dengan Yuna dan Minha sampaikan Minha dan Yuna selalu memuji dia setiap hari. Sekarang baru aku tahu, memang betul apa yang diorang cakap pasal Lee Know." Ujar Hyunjin kesal.

"Sepatutnya kau bersyukur dan janji dengan aku yang kau takkan sia-sia kan hidup mana-mana yeoja yang kau jatuh cinta." Nasihat Bang Chan.

"Ye, aku janji. Aku takkan sia-sia kan Minha. Aku ikhlas sayangkan dia. Kau pun tahu kan aku sayang dia macam mana. Sayang aku dekat dia takpernah berubah walaupun sedikit." Ujar Hyunjin.

"Baguslah kalau kau dah sedar. Aku cuma mampu berdoa agar kau dan pasangan, takkira siapa pun pilihan kau. Asalkan kau bahagia." Ujar Bang Chan sambil menepuk-nepuk bahu kanan Hyunjin.

To be continued...

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now