15. Jiwa yang kacau

Start from the beginning
                                    

-Bilik tamu rumah Cornerludge-

Sekali lagi adengan kejar-mengejar antara Daniel dan Damia. Masing-masing tidak mahu mengalah. Damia mencapai beg tangannya, Daniel pula menarik beg tangan itu daripada Damia.

"Puteri nak pergi mana? Jumpa Okka?" soal Daniel tegas.

Damia mengeluh, mencekak pinggangnya. Matanya dibulatkan. "Abang, Mia kan dah bagi tahu, Makcik Veta nak ajak Mia membeli-belah. Abang ni!" Damia merampas balik beg tangannya dari Daniel. "Abang ni sibuk pasal Okka tu sampai apa-apa yang Damia cakap, abang tak nak dengar betul-betul!" Dia menghentak-hentak kakinya keluar menuju ke ruang tamu meninggalkan abangnya dengan perasaan yang amat geram.

Daniel menyapu rambutnya kebelakang. Menyesal dengan tindakannya yang agak mendesak. Sejak-sejak akhir ini ketenangannya benar-benar terusik gara-gara kewujudan Okka dalam hidup puterinya. Fikirannya jadi tidak terarah, akibatnya puteri kesayangannya marah dengannya.

Bahunya dipaut Marviel, mereka bertukar-tukar pandangan. Marviel menggeleng-geleng kepalanya. "Dan, aku sahkan kau memang jiwa kacau."

Daniel cuma mampu menarik senyuman segaris.

_

-Bilik tamu rumah Cornerludge-

"Serius aku cakap. Kenapa Okka tu asyik nak berkepit dengan adik aku?" Ujar Daniel tidak berpuas hati sambil berjalan ulang-alik di dalam bilik Si kembar.

"Adik kau berkepit dengan Justin je. Kau tak bising" Marvin bersuara

"Okka tu berapa kali je kau nampak dia dengan Damia"

"Lepas tu siap bagi barang dengan adik aku" Daniel bersuara jelas tidak mendengar kata-kata sahabatnya. "Apa tujuan dia bagi barang dengan adik aku? Dia ada apa-apa maksud sesuatu ke?"

"Dia cuma bagi buku je, itupun berapa sangatlah harga dia" sampuk Marviel Lagi.

"Dia pernah juga jumpa aku beberapa kali,"

"Itu sebab korang dua-dua wakil pelajar" giliran Marvin membidas.

Belum sempat Daniel bersuara lagi. Marvin menolaknya ke atas katilnya dengan baik. Sementara Marviel mengurut bahu Daniel yang tegang.

"Bertenang. Kau takkan dapat berfikir kalau kau kelam-kabut macam ni. walaupun ni kali pertama aku tengok kau tak cukup tanah nak jejak. TETAPI ingat! Justin kan ada," Marvin berhujah. "Dia dengan kau hampir serupa je. sama-sama obses dengan Damia. Kau fikir Justin tu akan bagi Si Okka dekat dengan Daia."

Daniel merengus, "Tapi hadiah tu?"

"Kau kena faham juga, Justin tu bukannya sama tahun dengan Damia, dia pun ada kelas yang perlu hadir dan terpaksa berpisah dengan Damia." tambah Marvin lagi. "Mungkin masa tu lah Okka berjumpa dengan Damia dan bagi buku tu"

"Habis tu?" tercuit hati kembar Cornerluge melihat gelagat comel yang pertama kali dipamerkan oleh Daniel. Damia sememangnya mampu membuatkan abangnya jiwa kacau. Sehingga menggugat kebijaksanaannya selama ini.

"Kau tak dapat elak dia berjumpa dengan Okka. Tetapi kau dapat pastikan, dia tak berjumpa dengan Okka berseorangan."

Daniel mengerut dahinya, masih tidak mengerti.

"Kau pastikan kawan Damia takkan tinggalkan Damia. Adik Sconne, bukan dia dengar cakap kau ke?"

Daniel tersenyum. Bersetuju dengan cadangan sahabat-sahabatnya.

_

-Ruang tamu Cornerludge-

Damia duduk menghadap perapian sambil membaca buku yang baru dibelinya bersama puan Veta petang tadi. Dia memang gemar membaca, minatnya dipupuk oleh abangnya sejak dari kecil lagi. Walaupun mereka hidup d dunia manusia biasa, rumah agam mereka tidak dilengkapi dengan televisyen. Lagipun mereka cuma berhimpun dirumah warisan mereka apabila cuti sekolah, jadi masa lebih banyak dihabiskan untuk bersembang dan melakukan aktiviti lain bersama.

Daniel memeluk Damia dari belakang. Mereka berada dalam keadaan senyap untuk seketika. Daniel meletakkan dagunya di atas bahu Damia. "Abang minta maaf"

Damia mengembungkan pipinya. Masih enggan memandang abangnya. Daniel menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

"Abang tahu abang yang bersalah, lagipun bukan Puteri yang minta si Okka tu bagi barang dekat Puteri. Dan abang tahu juga, abang tak sepatutnya selongkar barang Puteri tanpa kebenaran Puteri. Abang tak patut soal Puteri macam-macam, malukan Puteri depan makcik Veta. Abang minta maaf, Puteri maafkan abang?" Soal Daniel dengan nada yang sayu.

Damia menjeling abangnya sebelum dia mengukir senyuman. Satu ciuman dihadiahkan dipipi abangnya.

"Damia maafkan abang." Dia memeluk erat abangnya, dia sendiri tidak gemar untuk berenggang dengan abangnya walaupun atas sebab mereka bergaduh. "Lain kali jangan selongkar barang Damia dan lagi satu, buku tu, Okka bagi sebab Damia yang minta."

Daniel membelai rambut puterinya. "Abang tanya sesuatu boleh?" Damia mengangguk. "Kenapa Puteri tak beritahu abang je setiap kali abang tanya?"

Damia tersengih. "Sebab Damia marah sangat dekat abang sebab selongkar beg Damia. Lepas tu boleh pula soal Damia macam-macam depan makcik Veta, Abang Heus. Malulah Damia, mana nak letak muka comel ni?"

Daniel ketawa kecil. Aduhai, cuma perkara itu je yang membuatkan dia perang dingin dengan puteri kesayangannya. Biarlah, dia tetap akan pastikan Okka tidak akan mendekati puterinya. Curiganya pada Okka masih tak pudar. Sebagai langkah-langkah berjaga-jaga dia tidak boleh memulaukan nalurinya.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now