Chapter 87: Tale of Time

Start from the beginning
                                    

"Jadi...apa yang berlaku di garis masa sana?" Soal Louis.

Serentak itu, Cassandra memetik jarinya. Beberapa biji cawan muncul diatas meja bersama sebiji teko.

"Huh? Huh...? Tunggu." Ujar Viktor yang penuh dengan kekeliruan. "Putera Mahkota Eurasia? Itu bukankah Louis?"

"Mestilah." Jawab mereka berdua serentak.

"Mangkat? Garis masa? Tunggu..." Viktor mula cuba mengingati segala perbualan dia dan sepupunya sebelum ini. Bukankah Louis pernah mengatakan yang dia mahu berjumpa dengan ahli sihir masa? Jadi adakah wanita ini... "Kamu penyihir masa?"

"Yeah...! Tahniah." Ucap Cassandra sambil bertepuk tangan dengan ceria.

Louis agak terhibur melihat riak rupa sepupunya itu. Mahu sahaja dia ketawa namun dia berasa agak kesian pula oleh itu dia mengambil keputusan untuk memberitahu serba sedikit apa yang berlaku. Iaitu masa telah pun diputar kembali.

"Kalau bukan Louis yang mahu putarkan masa, jadi siapa?" Soal Viktor sambil menuangkan air teh ke dalam cawannya.

"Jangan tanya aku. Aku datang ke sini pun untuk tahu siapa yang mahukan perkara itu berlaku." Balas Cassandra.

Louis mengambil sebiji cawan kaca yang disediakan lalu berkata, "Viktor, tuangkan teh."

"Sila buat sendiri."

"Apapun, aku pasti diri aku yang satu lagi mahu kau datang ke sini untuk aku beritahu kau apa yang terjadi selepas kemangkatan kau. Mungkin."

"Oh, betul juga. Mesti ada sesuatu yang buruk berlaku yang membuatkan orang itu memilih untuk putarkan masa."

Sementara itu, Viktor dengan berat hati menuangkan air teh ke dalam cawan Louis.

"Louis, Eurasia menjadi huru-hara selepas kemangkatan kau. Kau tak akan tahu betapa ramai orang bangsawan yang telah rosak dan berpaling tadah kepada pemerintah dan nampaknya mereka semua mula menunjukkan belang selepas sahaja mereka mengetahui yang raja telah pun jatuh sakit." Cassandra menghela nafas dengan wajah tidak senang. "Dan Lucas ketika ini, masih belum lagi sedar. Ya, dia masih hidup tapi sudah dua bulan berlalu dan dia masih dalam keadaan tidur...!"

Louis cuma diam-diam menghirup airnya. Dia tahu benar mengapa Lucas melakukan hal yang demikian.

"Louis, kalau pun kau berubah tak semestinya orang lain pun sama. Kau patut tahu yang keadaan tetap boleh menjadi sama sekiranya kau tidak berbuat apa-apa." Dia merenung seketika putera itu sebelum menyambung, "Aku tak rasakan lagi magik gelap datang dari kau. Ini bermakna kau sudah dapat halang perkara yang tidak diingini berlaku." Dia mengerling sekilas lelaki yang berambut ungu itu. "Betul, bukan?"

"Benar..." Louis meletakkan semula cawannya diatas meja dengan penuh tertib. "Itulah mengapa aku mahu beri mereka kejutan."

Mereka berdua agak keliru dengan pernyataan yang diucapkan oleh Louis. Biarpun begitu, Cassandra berpendapat yang putera itu akan cuba menyelesaikan hal ini atau mungkin membalas dendam manakala bagi Viktor pula, dia berfikir yang kes racun Duke Fortin itu hanyalah permulaan daripada rancangan sepupunya. Serta ini juga menyedarkan dirinya, pada waktu dia bersetuju untuk menyamar ke kasino hari itu, ia telah pun menjadi hari dimana dia akan terlibat dengan hal-hal yang akan berlaku di masa hadapan nanti.

"Dan lagi, orang yang kamu semua perlu berhati-hati sekarang adalah Raja Adoria serta sebab sebenar Teskia menyerang ialah kerana kehilangan cokmar batu Rubellite. Sudah tentulah yang membuatkan mereka melakukan perkara itu adalah Raja Adoria sendiri."

"Hmm, begitu." Louis dengan tenangnya menjawab.

Viktor mengerutkan keningnya. "Tidakkah kau patut marah atau sekurang-kurangnya risau? Ini perkara yang agak serius."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now