Dahi Umaira dicium lama. Semoga tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

***

"Kak Maira! Eii apa akak buat ni?! Ya Allah akak ni kan!" Jerit Liya.

Macam nak luruh jantung dia bila tengok Umaira sedang mengangkat pasu bunga. Ya Allah, kalau Syed Faris tengok ni mahu kena kurung terus bini dia seorang ni.

Lengan Umaira ditampar perlahan. Geram. Umaira sengih tak bersalah.

"Akak ni kan..Liya yang tak pregnant ni pun takut tau nak angkat benda berat macam ni. Turunkan pasu tu. Ya Allah ingatlah baby akak ni. Haish..letak balik." Bebel Liya. Liya yang kurang membebel boleh membebel tengok perangai ibu mengandung ni.

Pasu dipegangan Umaira diambil. Beratnya! Tergeleng kepala Liya apabila dia berjaya meletakkan dengan selamat. Pinggang dia yang sihat ni pun boleh sengal.

"Kenapa ni?!" Terjengul kepala Amir dan Amirul di pintu pantry. Gelabah mereka berdua bola mendengar suara jeritan Liya.

"Tak ada ap-..."

Tak sempat Umaira nak bercakap, Liya memintas.

"Abang Amir, tengok Kak Maira ni! Dia angkat pasu bunga besar ni. Ada ke patut?!" Kata Liya sambil jari telunjuk diarahkan pada pasu yang dia angkat tadi.

Umaira berdecit bila Amir dan Amirul sudah memincingkan biji mata melihatnya.

Amir mengeluh kesal. Kaki diangkat mengatur langkah ke arah Umaira. Umaira sengih tak bersalah. Apa? Dia nampak pasu tu dekat tengah jalan. Dia nak ubahla. Nanti kalau ada orang tersepak jatuh macam mana?

Pak!

"Auch!" Dahi licinnya yang dijentik dengan jari berotot Amir dipegang. Sakit!

Umaira menjeling wajah berpuas hati Liya dan Amirul apabila melihat dia sakit dijentik. Sampai hati!

"Kau ni kan dik, kau jangan sampai aku bagitahu suami kau. Apa yang degil sangat ni? Benda berat macam ni tak payahla buat. Ingat, ada manusia dalam perut kau tu." Bebel Amir.

"Adik nak tolong je.." kata Umaira perlahan. Hatinya terasa. Matanya mula berkaca. Menunduk dia melihat ke bawah.

Amir, Amirul dan Liya menepuk dahi sendiri melihat Umaira yang mula menangis. Hormon orang mengandung ni memang betul-betul complicated.

"Ish buruklah menangis. Dah, dah.." Amir menarik kepala Umaira ke dadanya. Dia redha ja baju dia basah.

"Aku bukan marahkan kau. Aku risau. Kau tu mengandung bukannya tak mengandung. Kalau tak mengandung pun aku tak benarkan kau, Liya dan Mira angkat pun. Aku dengan Amirul ada. Tak payah susah-susah. Kesian anak fruit aku. Nanti kalau kau sakit macam mana?"

Kepala Umaira yang tersedan-sedu di dadanya ditepuk perlahan.

"Ni sakit mana-mana tak ni?" Soal Amir lembut.

Umaira menggeleng kepala tanda tak ada sakit mana-mana. Dia sedih sikit ja. Nak buat macam mana dah mudah touching. Bukan salah dia. Hormon ibu mengandung yang salah.

"Dah..dah.." bahu adiknya ditepuk. Memujuk. Haih..macam mana lah adik ipar dia handle adik manja kasar dia ni.

Mohon tabahla adik ipar. Siapa suruh berkenan dengan Si Umaira manja ni.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now