"Kenapa dengan muka awak Arwa?"
Aku hanya diam tidak bersuara. Naik muak aku dibuatnya apabila disoal soalan yang sama setiap minggu.
"Macamlah kau baru tinggal dengan aku sehari." Suara bernada menyampah. Malas hendak menjawab pertanyaannya. Sudah pasti dia tahu jawapannya.
"Sampai bila awak nak jadi macam ni Arwa? Kenapa awak nak kena kacau orang yang bukan saingan awak. Bahaya tau tak!" Suara Daniyah mula naik seoktaf. Akan tetapi, suaranya yang lembut langsung tidak kedengaran seperti dia sedang marah.
"Diamlah kau." Kaki terus melangkah ke arah bilik meninggalkan Daniyah yang berada di ruang tamu.
Daniyah hanya diam memerhati pemergian aku.
Pintu aku tolak dengan agak kuat sebelum kedengaran ianya tertutup rapat. Beg galas dilemparkan ke bawah sebelum badan menimpa katil.
Tangan diletakkan pada dahi sebelum aku memejamkan mata. Luka pada bibir, dahi dan pipi dibiarkan.
"Sibuk apahal perempuan tu? Biarlah aku nak buat apa pun. Sama naik dengan abang long tu. Bingit telinga aku" Aku menggumam sendiri. Bantal yang berada disebelah diambil lalu dipeluk sebelum aku dibuai mimpi.
.
.
.
Tumbukan bertubi-tubi aku tahan dengan lengan supaya tidak mengenai muka. Aku yang telah tersungkur di atas tanah dikelilingi dengan 5 orang lelaki yang tidak henti-henti memukul. Aku tidak mampu melawan. Hanya mampu menahan diri daripada cedera parah.
" Perché non reagisci? Non sei grande? (Kenapa kau tak lawan balik? Bukan ke kau hebat sangat?) Sinis pertanyaan lelaki yang sedang berdiri teguh disebelahku. Aku mengagak dia adalah ketua kepada lelaki yang lain.
"Deliberatamente. Voglio sentire i colpi di una persona inutile come te.(Saja. Nak rasa pukulan orang tak guna macam kau.)"
Lelaki tersebut seakan-akan terkejut.
"Sei serio? (Kau biar betul?)" Teruja benar nada suaranya. Mungkin tidak menyangka itu yang akan keluar dari mulutku.
"In tal caso, lasciate che vi dia un assaggio del mio famoso colpo. (Kalau macam tu, biar aku bagi kau rasa pukulan tersohor aku.)"
Anak buahnya yang lain berhenti memukul aku sebelum berundur ke belakang. Seolah-olah memberi ruang kepada ketuanya untuk memukulku.
Aku takut? Tak. Semestinya tak. Arwa Nusaybah tidak mengenal erti takut.
"Non vuoi pregarmi di lasciarti andare? (Kau tak nak merayu untuk aku lepaskan kau ke?)"
"Come mai? All'improvviso hai paura di me? (Kenapa? Kau tiba-tiba rasa takut dengan aku?)" Bagaimana sinis pertanyaannya, begitulah sinisnya aku menjawab.
Serentak itu, jejaka berbangsa Italy itu menepuk tangan. Terhibur benar dia dengan ucapanku.
"Sei una grande donna. Sono impressionato da te. Ma piccola, non accetto le donne nella mia banda. Allora... Fammi finire la tua storia. (Kau memang hebat perempuan. Aku kagum dengan kau. Tapi sayang, aku tak terima perempuan dalam geng aku. Jadi... Biar aku tamatkan riwayat kau.)" Habis sahaja bicaranya, dia mula memukul aku bertubi-tubi.
Aku seperti tadi, tidak melawan. Hanya menghalang pukulannya daripada mengenai tepat pada tubuh badanku.
Bunyi sorakan kedengaran. Siapa lagi kalau bukan daripada anak-anak buahnya. Gembira betul mereka melihat ketua mereka sedang memukul aku.
Semakin lama kudrat aku semakin hilang. Tidak mungkin aku mampu bertahan setelah hampir sejam aku dipukul bertubi-tubi. Ditambah pula dengan pukulan ketua kumpulan ini yang jauh lebih kuat berbanding yang lain. Memang selayaknya dia menajdi ketua. Cis. Sempat lagi aku nak memuji?
YOU ARE READING
He's Leo
Romance"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita." Aku bukanlah seperti wanita yang lain, mementingkan kecantikan dan keterampilan yang menawan. Aku adalah wanita yang mahu menjadi singa. Tetap gagah tanpa mem...
