01 : work-day !

42 13 61
                                    

first floor.

pagi yang indah. sinaran matahari menyinari segenap ruang di dalam rumah itu menerusi langsir yang dibuka.

pendahuluan tak sah la kalau tak jiwang.

" nak tolong apa apa tak?" soal sooah yang jarang sekali muncul waktu macam ni. biasanya terbongkang atas katil lagi. " kau tidur berjalan ke sooah?"

yein yang amatlah terkejut melihat sooah menamparnya berkali kali.

" alarm hyerin kuat sangat, dah la lagu thrill ride dia pasang. kau nak masak apa?"

" spaghetti," ujarnya seraya merebus spaghetti. " nak tolong,"

" tak payah, terbakar dapur nanti. pergi bersiap pukul sebelas kau shift kan? DAHH SHUH SHUH DAH LA MANDI LAMBAT!"

daripada sebelas ekor maut rentung, baik kita halau siap siap.

" bagi lah aku tolong sekejapp. aku tak main api lah," sedaya upaya dia cuba pujuk yein. tak layanlah buat muka seposen, kita buat muka seribu ehek.

yein kan mommy sugar * smirk *

" kau tolong potong potong je," ujarnya membuatkan sooah tersenyum kambing. " ai ai kapten!"

sooah menjenguk ke dapur. " kau nak masak ikan ke?" namun yein segera sorokkan ikan. " tah chaerin yang keluarkan letak dalam sinki,"

" lah seram sooah masuk dapur," chaerin turun ke dapur dengan segala beg dan fail di tangan. morning person always masuk kerja on time.

* sticker orang lidi menari black mamba *

pisau yang dipegang tertuju kepada chaerin bila dia berpaling. terkejut chaerin jadinya.

" pisau tu jangan main main la bongok, bahaya," yein menepuk bahu sooah. " entah dia, ingat pisau mainan ke," yeonhee yang masih dalam baju tidur turun ke dapur.

" apahal semua yang selalu berkeruh masa ni dah bangun? dah insaf ke?" chaerin yang mengunyah toast bertanya. hairan sungguh bila anak dara yang bangun pukul lima petang bangun pukul lapan.

selalunya masa ni terbongkang atas katil lagi, dah lewat masuk kerja baru nak gelabah. api ribut taufan mana dorang sedar. ni lah perempuan zaman sekarang.

" alarm hyerin weh, bergegar tingkat atas tadi," terang yeonhee. otak pun naik vibrate pekena dengan alarm hyerin. mana dia beli entahla.

" dah tu? dia bangun tak?"

yeonhee menggeleng. " pelik, korang yang kat tingkat atas bilik dia pun bergegar otak bangun, dia yang dalam bilik tu still tido," ujar yein sambil struggle nak bukak penutup sos spaghetti kimball.

" meh aku bukak," yeonhee beranjak ke yein daripada duduk tercongok kat tangga. pastu terlanggar pulak tangan sooah yang fokus memotong sausage.

" WEH PUTUS PUTUS PUTUSSSSSS!"

" eh woi kenapa kenapa?!" chaerin tinggalkan separuh toast nya dan berlari meninggalkan kaunter.

yein turut pergi ke arah sooah manakala yeonhee dah standby amik kotak kecemasan.

" dah cakap potong elok elok, see kan dah luka- mana lukanya?"

" mana ada luka, yeonhee tu ha langgar tangan aku pastu dah terpotong sausage hm," sooah menayangkan sehiris sausage yang dah pelik bentuknya.

" kau ni kan, aku lipat jugak tangan kau tu," yein mencubit lengan kanan sooah. " over la kau," kena smack pulak dengan chaerin di lengan kiri.

yeonhee pulak dah pandang maut sooah yang baru lepas basuh tangan. dah la salahkan orang pastu buat gelabah risau orang je.

housematesWhere stories live. Discover now