12;❤

6 6 0
                                    


Scftjm- 🐣

"Kau tahu tak Yuna, aku contact balik dengan dia." Ujar Minha gembira.

"Bworago? Sejak bila?" Soal Yuna terkejut.

"Dah sebulan, dia chat aku tanya khabar aku sebelum kita naik flight ke sini. Tapi time tu aku diamkan diri, lepas je seminggu lepas itu aku reply chat dia sampai sekarang." Terang Minha.

Yuna seakan tidak percaya dengan sahabatnya itu, apakah Lee know sudah tahu? Apakah reaksi Lee know jika dia tahu? Yuna tidak berani untuk memberitahu hal ini kepada Lee know kerana dia terhutang budi dengan Lee know sejak sebulan mereka di sini.

Lee know seakan abang sulung mereka untuk menjaga mereka apabila berada jauh dengan family, Lee know dan Minha sudah dianggap seperti pasangan kekasih di kolej mereka disini. Kerana sikap prihatin Lee know terhadap Minha.

"Okay. Sekarang ini Lee know tahu ke tak hal ini? Reaksi dia macam mana?" Soal Yuna risau.

Dia tahu di sudut hati Lee know sudah lama dia sukakan Minha sejak mereka berjumpa di kolej di Korea. Pasti akan hancur hati Lee know apabila dia mendapat tahu bahawa Minha ingin kembali kepada bekas kekasihnya yang dahulu sudah menyakitinya. Dan juga musuh kepadanya.

"Belum, aku tak bagi tahu dia pun." Ujar Minha ringkas, tangannya membelek telefon pintarnya sambil tersenyum sendiri.

Kenapa dirinya terasa sangat bahagia apabila dia dapat kembali semula bersama Hyunjin? Apakah benar Hyunjin adalah jodohnya? Mungkin benar kata mamanya Hyunjin sudah tercipta untuk dirinya. Walaupun Hyunjin atau dirinya cuba melarikan diri di hujung dunia sekali pun pasti akan bertemu semula apabila ia di namakan 'takdir'.

Sekarang dia ingin menelefon mamanya yang berada di Korea untuk memberitahu bahawa dia dan Hyunjin sudah berbaik semula. Dia terlalu gembira.

Lima bulan kemudian,

Hari ini adalah musim panas, Yongbok dan Changbin mengambil keputusan untuk melawat kawan-kawannya dia luar negara sambil-sambil mengambil angin luar. Tepat jam lapan malam mereka tiba.

Setibanya mereka di sana, mereka disambut meriah oleh kawan-kawan mereka di sana sebelum mereka mengisi perut.

"Korang macam mana? Ada khabar apa-apa tak?" Soal Minha.

"Nope. Biasa sahaja, tak ada yang banyak berubah pun." Ujar Yongbok sebelum mendekatkan dirinya ke tempat duduk Yuna, kekasih hatinya.

"Kau okay?" Lee Know sedikit terkejut dengan sapaan Changbin.

"Oh– ah– haa okay. Kau makin besar sekarang ehh." Ujar Lee Know cuba menukar topik.

Changbin yang tahu akan kawannya ini tidak dalam keadaan baik. Pasti ada yang di fikirkannya. Minha seronok berborak dengan Yuna dan Yongbok dengan gelak tawa.

"Kenapa dia macam pelik eh? Takkan lah dia bergaduh dengan Minha?" Soal Changbin sendirian.

Dia kenal akan kawannya ini, lagipula sudah bertahun mereka berkawan. Banyak persoalan bermain di benak fikiran Changbin.

To be continued..

Who's missing him? Raise your eyes🪐😇❣️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Who's missing him? Raise your eyes🪐😇❣️

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now