11;❤

6 3 0
                                    


Scftjm- 🐣

Hari ini Hyunjin akan dilantik sebagai CEO di syarikat papanya. Berpakaian seperti yang lain, bersut hitam dikancing kemas dan tali leher diikat kemas. Hyunjin tidak lagi melanjutkan pelajarannya kerana dia akan mengambil alih semua kerja papanya selama ini.

Hampir enam bulan Lizy menyepi tanpa mendengar khabar, Hyunjin dan Lizy juga sudah lama memutuskan hubungan mereka kerana Hyunjin yang tertekan dengan sikap Lizy yang suka mengarah-arah.

Seusai mereka membuat pelantikan CEO baharu di syarikat tersebut, mereka semua menjamah makanan yang sudah tersedia sejak awal. Meriah satu bangunan dengan suara-suara mereka.

"Tahniah, bro. Lepas ni makin busy lah kau, susah lah nanti  nak ajak lepak." Ucap Bang Chan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan sahabatnya itu.

"Tahniah hyung, nanti kalau kami nak jumpa dengan hyung mesti kami kena buat appointment dulu kan?" Ujar Jeongin dan Seungmin.

"Thankyou bro, thankyou Ean, Min. Nanti nak ajak lepas roger je, hyung boleh ja itupun kalau tak busy lah." Ujar Hyunjin cuba menyakat mereka bertiga.

"Nanti kalau nak cari pekerja, cari Ean.."

"Seungmo pun!" Sampuk Seungmin.

"Kau ini kalut lah, aku minta dulu." Ujar Jeongin muka masam mencuka.

Bang Chan ketawa melihat telatah dua beradik ini. Belum tamat sekolah lagi tetapi sibuk mahu bekerja di tempat Hyunjin.

"Kau macam mana sekarang?" Soal Bang Chan memulakan perbualan mereka.

Jeongin dan Seungmin sudah  berada di meja makan yang sudah siap dihidang.

"Macam biasa lah. Kau tahu kan yang aku sudah putuskan hubungan dengan Lizy dah lama, sejak dari itu hati aku jadi tak tenteram." Luah Hyunjin kepada sahabatnya itu.

"Lizy sekarang buat apa? Lama aku tak dengar khabar dia. Baru-baru ini aku ada terdengar khabar angin pasal Lizy, dia nak langsungkan majlis pernikahan dengan seorang pelukis terkenal dekat Itaewon kan? Betul ke khabar angin tu?" Soal Bang Chan.

"Ha-ah, betul. Itu aku tahu." Ujar Hyunjin sedu.

"Then, apa yang kau fikirkan lagi. Lizy dah nak kahwin jadi dia takkan ganggu kau dah lepas ini." Ujar Bang Chan.

"Hati aku tak tenteram sebab lepas je aku putuskan hubungan aku dengan Lizy, selang dua hari aku mesej Minha tanya khabar. Tapi dia tak balas mesej aku, dia just seen." Ujar Hyunjin dengan nada sedih.

"Kau masi-masih harapkan Minha?" Soal Bang Chan kebingungan.

Hyunjin mengangguk kecil.

"Then, kau dah jumpa dia?" Soal Bang Chan tidak berpuas hati. Malah, Hyunjin sekadar mengangguk tanpa mengungkapkan sepatah perkataan.

"Lee Know bagi tahu aku yang dia dengan Minha.." Tergantung percakapan Hyunjin apabila disampuk Bang Chan.

"Bwo? Lee know? Kawan namja yang selalu dengan dia itu? Dia dengan Minha?" Soal Bang Chan terkejut.

"Ha-ah, dia datang warning aku. Tapi, aku tak percaya selagi aku tak dengar dari pihak Minha sendiri." Ujar Hyunjin tegas.

"Hmm- aku rasa Hyun. Better kau jangan runtuhkan hubungan orang, tak baik. Lagi pula mesti nanti Lee know akan mengamuk kalau kau pergi jumpa dengan girlfriend dia sekarang. Dia dah warning kau, that's mean dia dah serious lah tu." Nasihat Bang Chan.

"Tak, selagi aku tak dengar dari mulut Minha sendiri." Degil Hyunjin.

"Aku takut nanti kau sakit saja bila dah dengar dari mulut Minha sendiri. Better kau move on, bro." Nasihat Bang Chan.

To be continued..

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now