Ikmal dan Delisha ? Alhamdulillah mereka sudah selamat bertunang dan akhir tahun ini akan diijabkabulkan bersama Harith dan Hana . Masing - masing dah ada pasangan hidup . Semoga mereka berbahagia selamanya .

Katrina ? Lepas saja Puan Khalidah atau dikenali sebagai Kelly ditangkap oleh polis kerana membunuh Datin Medina , dia terus membawa diri ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya . Dan dia pun sudah bercerai dengan Emran . Katanya dia ke luar negara bukan saja mahu sambung belajar tapi mahu menyembuhkan luka yang terlampau dalam di hatinya . Luka yang mungkin mengambil masa bertahun - tahun untuk sembuh .

Mata nya dibuka kembali . Perut yang sudah memboyot ke depan itu diusap lembut . Anak pertama nya dengan Rayyan sudah semakin membesar di dalam perutnya . Sudah 6 bulan jangka kandungannya . Dia tersenyum manis . Pengorbanan nya demi anak nya selama berada di penjara Emran membuahkan hasil . Tengok lah , anak nya sihat di dalam perut , tak banyak meragam dan selalu mendengar kata . Dan ya , anak dia lelaki ! Sumpah dia excited , tak sangka kuat juga ye genetik Rayyan HAHAHAHA . Semoga jadi anak yang Soleh , baby boy .

Lingkaran pada pinggang nya mengejutkan dirinya . Matanya turun  melihat tangan yang berurut di pinggang nya . Bau wangian yang menjadi kegemarannya selama dia mengandung menusuk ke dalam rongga hidungnya . Tidak perlu berpaling ke belakang , tahu lah dia siapa ini .

" Sayang , buat apa kat sini ? Tepi laut lagi , nanti kena ombak macam mana ? Kalau sayang sakit , abang juga yang susah . Abang taknak sayang abang dengan baby boy kita sakit . Sebelum datang sini dah janji kan ? Kenapa degil sangat ni , hm ? " Bebel Rayyan . Dagu diletakkan di bahu Qalisha . Mata nya tunak memandang ke depan , melihat ombak laut yang menghempas batu - batu yang berada disitu .

Qalisha tersenyum manis . Ini salah satu perubahan yang terjadi pada Rayyan . Selepas dia mengandung , Rayyan sudah pandai membebel . Itu tak kena , ini tak kena . Jangan buat itu , jangan buat ini . Perangai overprotective dia pun dah menjadi tahap bahaya . Nak naik tangga ke atas pun kena ada dia . Itu tak kisah lah kan sebab macam - macam boleh jadi . Tapi , dari ruang tamu nak ke dapur pun dia nak teman kan ! Ya Allah , susah ye kawan - kawan ada suami yang terlampau overprotective ni . Semakin dilarang , semakin dia buat . Pening kepala dia . Tak sebut tahap cemburu dia lagi , cakap dengan anak sendiri pun dia jealous . Kata nya suara nya untuk dia sorang je , tak ada siapa boleh dengar . Kalau tak dilayan mula lah dia merajuk sampai ke minggu depan . Haih suami aku ni , comel !

Macam mana lah kalau anak aku ni ikut perangai bapak dia , haru hidup aku nanti . Nak layan yang ini , yang sana merajuk . Nak layan yang sana , yang sini pula merajuk . Aduhai .

" Bila masa sayang janji ? Tak ada lah , abang ni dah pandai menipu eh " Kata Qalisha pada Rayyan . Lengan Rayyan dicubit manja . Tergelak kecil Rayyan . Tak berjaya nak kena kan Qalisha ! Kalau selama ni , dia percaya je . Kalau dah mari penyakit polos dia tu , haa teruk - teruk . Tak tahan , habis semua dia ditanya nya .

" Gurau je sayang . Ni kenapa berdiri kat sini ? Kan abang dah pesan tunggu abang kat bangku tadi " Kata Rayyan . Pipi tembam Qalisha dicium sekilas . Haih , sejak mengandung ni , semakin tembam ! Geram betul nak gomol - gomol ! Eeeeee gigit kang , baru tahu !

Qalisha tersengih . " Saja lah , tunggu abang lambat . Abang dah macam siput , siput pun menang lawan abang " kata Qalisha selamba . Membulat mata Rayyan . Disama kan dengan siput ?

" Amboi sedapnya mengata suami sendiri . Depan muka abang pulak tu . Tak keluar bilik balik nanti baru tahu " Ugut Rayyan . Pipi Qalisha dicubit geram dari tepi . Terkekek - kekek Qalisha ketawa . Badan dipusing kan mengadap Rayyan . Tangan Rayyan diambil dan digenggam oleh nya . Wajah nya di dongakkan memandang Rayyan .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now