"Sejak bila seorang Adrian kesah pasal seorang perempuan nerd?" Syaf seolah-olah membaling bom kepada Adrian. Syaf menayangkan senyuman sinis. 

Langkah Adrian terhenti. Sebelah tangannya masuk ke dalam poket seluar. Adrian berpaling memandang Syaf. Dia berjalan menghampiri lelaki itu. 

"You know me better, Syaf"

"Yes, sebab aku kenal la aku tanya. Kenapa? You like her?" tebak Syaf ingin menguji Adrian. Bibirnya mengoyak senyuman sinis. 

"Mind your words, Syaf"

"Kenapa? Betul la apa yang aku cakap. Kalau tak kau takkan melenting bila tengok aku dengan dia semalam"

"Ah— one more, Fekry takkan cakap macam tu dekat aku kalau bukan kau sukakan dia. Betul tak?" tambah Syaf sinis. 

Serentak, Adrian menarik kolar jaket yang tersarung pada badan Syaf kasar. 

"Bukan urusan kau untuk sibuk hal aku. Aku ingatkan kau sekali lagi, kalau kau dah ada Sya'a jangan sesekali kau kacau Aira" kata-kata Adrian berbaur amaran buat Syaf. 

Syaf tersenyum sinis mendengar kata-kata Adrian lalu menepis tangan Adrian dari mencengkam kolar bajunya. 

"Bukan urusan kau juga untuk sibuk hal aku. Even aku dengan Sya'a sekalipun dengan Aira" tutur Syaf bersama senyuman sinis lalu beredar. 

Adrian yang mendengar kata-kata Syaf itu mengetap giginya sekaligus tangan membentuk penumbuk. Baginya kata-kata Syaf sedikit melampau. 

'You won't get what you want. I won't allow it'

"Oh my God Aira! You look so gorgeous" puji Hani setelah melihat Aira yang sudah menukar pakaiannya. 

Aira membetulkan spek matanya sambil tersengih malu. 

"Aira, you tak rimas ke pakai spek tu?" soal Hani tidak mempunyai niat apa-apa.

Pergerakan Aira terhenti. Dia memandang Hani. Jika dia memberitahu hal yang sebenarnya sudah tentu gadis itu akan berasa tertipu dengan dirinya. Dia hanya menggunakan itu untuk mengaburi mata umum. Tiada niat lain. 

"I tanya je. Sokay. Lagipun if you rabun boleh buat lasik" tutur Hani setelah melihat Aira diam tanpa berkata-kata. 

"Hani saya pergi dulu. Mereka dah panggil" Aira cuba untuk menyelamatkan dirinya. Dia tidak mahu terus berasa janggal di situ. 

Hani hanya mengangguk melihat Aira melangkah pergi. Gadis itu terlalu naif baginya. Niatnya hanya mahu membantu Aira untuk keluar dari kelompok tersebut. 

"Morning Syaf" tegur Amalin mengambil tempat duduk di sebelah Syaf lalu meletakkan cawan minuman Starbucks di atas meja di hadapannya. 

"Morning too" balas Syaf dengan mata kekal melihat skrin iPad Pro pada tangannya. 

Fekry yang duduk selang dua kerusi daripada Syaf dan Amalin hanya melihat sahaja kelakuan mereka berdua.

"Kau kenapa? Pandang macam nak bunuh orang" tegur Iqbal yang baru sahaja mengambil tempat duduknya.

"Aku dapat sebilik dengan Syaf lepas jawatankuasa buat rombakan jadi kena tukar roommate la apa lagi" jelas Fekry bersahaja.

"Ni mesti sebab semalam" tebak Iqbal.

"Kenapa dengan semalam?" Muncul Ammsyar yang mengambil tempat duduk di antara Syaf dan Iqbal.

Kedatangan Ammsyar juga membuatkan Syaf menoleh memandang mereka memandangkan lelaki itu duduk di tengah-tengah antar Iqbal dan Amalin.

Amalin juga turut mengalihkan pandangannya ke arah mereka bertiga.

"Nothing" tutur Fekry lalu memandang ke arah pentas utama lalu melihat iPad Pro yang terpapar maklumat semua peserta bagi mereka membuat penilaian.

"Pelik" gumam Amalin perlahan tetapi masih boleh didengari Syaf.

"Apa yang pelik?" Soal Syaf.

"Mereka terlalu concern about Aira" ujar Amalin.

Mendengar jawapan Syaf membuat bibir terangkat pada bahagian hujungnya. Seolah-olah dapat mengagak jawapan daripada Amalin itu.

Adrian naik ke atas pentas selaku pengacara pertandingan yang akan diadakan live melalui beberapa platform media sosial.

Matanya tidak terlepas dari memandang Syaf yang duduk berbual-bual bersama Amalin.

'I won't let it happen'

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu