15

62 19 1
                                    

'It's a sweet wings'

.
.
.
.
.

chapter 15

Gelas kecil berisi minuman keras diteguk lelaki itu lalu cawan itu diletak dengan kasar. Jelas kelihatan rahang mulai timbul.

Apabila mengingati kembali saat Hoon menamparnya kuat tadi membuatkan dirinya bertambah marah.

"Bodoh"

Siapa yang tidak kenal sifat pengarah Seo Hoon yang dingin itu. Tiada sesiapa yang boleh meleburkan hati abangnya itu termasuk ahli keluarganya sendiri. Kecuali dengan seorang pekerja ini. Xu Minghao.

Cemburu? Nampaknya begitulah. Tidak pernah sekali dia lihat abangnya itu rapat dengan pekerjanya.

Sampaikan mereka berdua pernah keluar makan malam bersama. Sedangkan dirinya? Yang sudah beberapa kali cuba mengambil hati abangnya itu tetap juga tidak dihiraukan lelaki itu.

Disebabkan hal itulah dia cukup membenci lelaki bernama Xu Minghao.

Tanpa sedar air matanya keluar dengan perlahan.


━─━────༺༻────━─━

"Biar saya tumpangkan kamu balik"

Pelawa Hoon pada Myungho. Sudah larut malam ni jadi wajarlah dia mempelawa Myungho tumpang bersamanya. Pemuda berkaca mata itu menggeleng laju.

"Tak apa tuan, saya boleh balik sendiri dan terima kasih untuk makan malam"

"Baiklah kalau macam tu. Hati-hati"

Myungho menunduk hormat pada pengarah Seo yang sudah memasuki ke dalam kereta mewah miliknya.

Setelah kereta itu hilang dari pandangannya, terus Myungho mengatur langkahnya perlahan.

"Itu abang lelaki tu kan? Apa nama dia? Hoon?"

"Nampaknya macam tulah"

"Rupa diorang hampir sama tapi perangai tak sama langsung. Woong nampak macam kurang ajar sedangkan abangnya baik je"

Myungho sekadar memasang telinga sahaja mendengar kata-kata yang dilempar oleh Shiwoo.

"Tak pandai nak minta maaf ke? Mak bapak kau tak ajar?"

Myungho yang sedang berjalan mula memberhentikan langkahnya. Dia memandang seorang pemuda yang sedang berdiri di hadapan sekumpulan lelaki. Kelihatan dia berdiri dalam keadaan tidak stabil. Mabuk mungkin.

Nanti kejap. Itu bukan Woong ke? Myungho mengecilkan matanya jikalau dia tersalah lihat.

"Oi bodoh, aku suruh kau minta maaf itu pun susah?"

"Jangan sentuh akulah, jijik tahu tak?"

Ujar Woong. Tangan lelaki yang melekat di pipinya itu ditolak kasar. Lelaki berwajah bengis itu tergelak kecil sambil mencekak pinggangnya.

"S-shiwoo, aku patut tolong dia"

"Siapa?"

"Seo Woong, nampaknya dia tengah mabuk"

Tanpa sempat Shiwoo membalas apa-apa lantas Myungho mendekati mereka.

"Tepilah, batak sangat dengan maaf kau tu"

Woong bergerak melintasi sekumpulan lelaki itu namun hujung rambutnya sempat ditarik kasar sehingga membuatkan dirinya terdorong ke belakang.

Bbuk!

"Nampaknya adab tu kau betul-betul dah campak dalam tong sampah eh"

Bbuk!

Lelaki yang tinggi lampai itu kini rebah akibat ditumbuk oleh beberapa orang lelaki. Sudah tidak ada tenaga lagi mahu melawan beberapa orang itu. Sudahlah dia separa sedar.

"H-hai..?"

Sapa Myungho lalu tersenyum kekok. Takkanlah nak berkasar kan? Hidup ni perlulah bersopan santun. Lelaki berjaket kulit itu mendekati Myungho.

"Apa kau nak?"

"I-itu kawan saya. B-boleh saya ambil dia?"

Lelaki itu ketawa besar. Bahu milik Myungho disentuh.

"Biarlah kawan kau dengan kami, nanti kitorang bagi balik lepas dah puas. Tempat ni tak sesuai untuk kau"

Myungho memandang ke bawah. Kedua irisnya seperti meminta pertolongan dari Shiwoo.

Dan secara tiba-tiba batu yang entah datang dari mana telah mendarat pada wajah lelaki di hadapan Myungho.

Terkejut sungguh nampaknya wajah Myungho tatkala melihat cecair merah yang mulai keluar dari hidung lelaki itu.

Lelaki itu memandang sekeliling. Jelas kelihatan wajahnya seperti bengang.

"Siapa baling?!"

Bbuk!

Sejali lagi batu itu mendarat pada wajah seseorang. Bukan lelaki tadi yang kena tetapi orang suruhannya juga turut terkena balingan batu itu.

Batu itu cukup besar seperti tapak tangan seorang perempuan. Kalau terkena mesti lebam tak pun berdarah sehari semalam.

Dan beberapa biji batu kini menyerang sekumpulan lelaki tadi. Terus mereka lari ingin mengelak dari balingan batu-batu itu.

Dan yang peliknya hanya Myungho dan juga Woong sahaja tidak terkena balingan batu-batuan tersebut.

"Shiwoo? K-kau yang buat..?

"Haah, kau yang minta tolong bukan? Cara tu jelah yang aku boleh tolong pun"

Kini pandangan Myungho beralih pada susuk tubuh Woong yang terbaring di atas jalan tar. Dia ni masih hidup lagi ke?

Macam mana nak bawa dia pulang? Nampaknya dia mabuk teruk ni.

"Maaf sunbae"

Dia menyeluk kocek seluar Woong mencari dompet lelaki itu. Dah dapat! Kad pengenalan.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Keep vote dan comment ya sayang ii saya! Terima kasih ! Dan jangan lupa saya sentiasa sayang anda semua hehe❤️❤️❤️

[✓] 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐢𝐫𝐫𝐨𝐫-서명호Where stories live. Discover now