Chapter 80: Camellia Flower

Start from the beginning
                                    

Sementara itu, kawasan yang hampir dipenuhi dengan bunga-bunga dan tumbuhan hijau menjadi pemandangan Joshua pada waktu ini. Mulutnya mengeluarkan bunyi siulan dengan wajahnya terlihat tenang berjalan-jalan disitu.

*

*

*

Dia mengeluarkan kakinya selepas sahaja pintu dibuka dan kereta kuda itu telah diberhentikan dihadapan tangga sebuah istana. Pakaiannya yang megah itu langsung menunjukkan siapakah dirinya dalam sekali imbas sahaja. Tanpa membuang masa, Charles menaiki tangga batu tersebut bersama beberapa orang dibelakang.

Seorang wanita berambut putih dengan mata berwarna biru bagaikan langit yang jelas tiada awan, memandang kosong diri Charles. "Selamat datang, Raja Charles. Sudah sekian lama kita tidak berjumpa." Ucap wanita itu sejurus raja tersebut tiba dihadapannya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Charles menyambut kembali tangan wanita itu tanpa ragu-ragu. "Ya, terima kasih kerana menjemput saya ke sini." Balasnya dengan nada suara yang mendatar.

"Selamat sejahtera patik ucapkan pada Ratu Arlanta." Ucap seseorang dari sebelah raja itu.

"Ah, penyihir menara. Selamat datang kepada kamu juga." Balas Ratu itu atau nama yang telah diberi adalah Meira Oswald.

Dengan rambut panjang yang dibiarkan lepas serta baju kelihatan lebih formal berbanding pakaian-pakaiannya yang lain, Lucas kembali menegakkan tubuhnya.

"Mari, silalah masuk. Ianya mesti perjalanan yang agak sukar buat kamu semua bukan? Dengan suhu yang sejuk jika mahu dibandingkan dengan Eurasia pada waktu ini..." Meira tersenyum sopan sambil melangkah masuk ke dalam istananya bersama Charles disebelah sementara Lucas berada dibelakang mereka. "Saya fikirkan kamu semua akan tiba dua hari lagi, jadi saya agak terkejut apabila mendengar berita yang kamu semua telah pun sampai."

"Ah..." Charles mengerling Lucas. "...itu semua berkat kemuliaan hati penyihir menara yang membuatkan kami tiba lebih awal dari yang dijangkakan. Jadi saya berterima kasih dengannya" Senyuman sinis bermain seketika dibibirnya.

"Hohoho, baik sungguh hati kamu, penyihir menara."

Lucas tertawa kecil sambil cuba menahan perasaannya. "Terima kasih, Yang Mulia Ratu." Bukannya dia tidak tahu apa yang diberitahu oleh raja itu hanyalah sindiran semata-mata.

Semasa kereta kuda mereka telah pun tiba di kawasan pelabuhan, Lucas secara tidak sengaja mengatakan bahawa dia seseorang yang mudah mabuk laut. Jadi untuk menutup rasa malu dan membuatkan mereka tiba ke Arlanta tanpa menaiki kapal, Lucas segera menggunakan sihir teleportasi ke sana.

"Kalau difikirkan semula, saya dengar dari pakar magik yang kamu jarang berada di menara." Kata Meira.

Lucas terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Tidak mungkinlah dia akan kata bahawa selama ini dia berpura-pura menjadi seorang budak dan menjadi playmate anak kepada Raja Eurasia serta membesar bersama mereka. Tidak mungkin. Lagi-lagi bila Charles sudah sedia maklum akan perkara ini beberapa minggu lepas.

"Oh, ya dan lagi bukankah kamu pergi ke pohon kehidupan tak lama dulu?"

"Ya, benar itu." Lucas menjawab sambil matanya mengerling Raja Eurasia. "Hasil daripada pohon itu sangat mujarab untuk menyembuhkan orang yang 'sakit'." Dia berharap ratu itu segera melupakan hal yang dia tanya sebentar tadi.

**•**

Setelah Louis tiba diistana, dia terus diberitahu yang Duke Gregorios dan Duke Fortin ingin berjumpa dengannya. Tiada apa-apa yang penting, cuma Samuel mahu melawat dirinya manakala Ghislain melaporkan yang ekonomi ditempatnya semakin merudum dan terdapat khabar angin tentang seseorang akan membawa kejatuhan empayar ini.

Ghislain meluahkan betapa dia berasa geram terhadap khabar angin tersebut. Ia secara tiba-tiba muncul dan apabila dia dimaklumkan, hampir semua orang di bandar-bandar utama tahu akan perkara tersebut.

Louis tidak tahu apa yang telah berlaku di Dukedom Fortin namun dia dapat merasakan bahawa hal itu berkaitan dengan ramalan yang diterima oleh penyihir cahaya di Arlanta. Walaupun begitu, ianya agak mustahil yang ramalan itu telah pun dibocorkan tanpa pengetahuan ratu, tambahan lagi raja-raja belum lagi diberitahu tentang ramalan tersebut.

"Memandangkan cuaca agak panas, adakah tuanku ingin saya bawakan persalinan yang nipis?" Soal Theodore.

Dan sekarang ini, Louis sedang berpakaian selepas sahaja kedua duke tadi meminta diri untuk pulang.

"Sure."

Rambutnya yang sedikit basah, ditolak ke belakang sedikit dan dia memakai baju putih yang berkain lembut. "Theo, kau boleh pergi sekarang jikalau kau mahu." Kata Louis lalu dia pun berjalan kearah katilnya.

"Baiklah, tuanku." Theodore melangkah keluar dengan tertib.

Louis yang pada waktu ini bersendirian didalam biliknya, menghela nafas dan membaringkan tubuhnya diatas tilam.

Selepas sahaja Theodore telah pergi dari situ, bilik itu sunyi sehingga bunyi jarum terjatuh pun boleh kedengaran.

Meskipun begitu, mata Louis cuma merenung ke atas. Entah apa yang difikirkannya atau lebih tepat lagi, dia sendiri pun tidak pasti apa yang difikirkannya. Kemudian sekali lagi dia menghela nafas.

"Semuanya akan menjadi sia-sia, jikalau aku menyukai patung yang cantik..." Tanpa sedar, dia berkata. "Apa yang aku mahukan adalah..." Dia mengeluh. Dia tak pasti apa yang dibicarakan olehnya sekarang namun muncul cahaya halus berwarna keemasan serta merah jambu bertebangan diatas dan tatkala tangannya ingin menggapai cahaya tersebut, ia perlahan-lahan hilang. Meninggalkan diri Louis untuk berfikir sejenak.

"I miss him..." Louis terdiam. Fikirnya, dungu sekali kata-kata itu bila mana dia sendiri yang pergi meninggalkan orang tersebut. Apa yang perlu dia katakan lagi, dia tidak fikir yang dia layak mengatakan yang dia merindukan orang itu selepas bermain cinta dengan orang lain. Lagipun, sudah bertahun-tahun berlalu, dia sepatutnya sudah melupakan orang itu namun apabila semua memorinya diingat semula, hal yang telah lama berlalu seperti baru sahaja berlaku semalam. 'Mungkin aku cuma mahu 'menghiburkan' perasaan aku sendiri...' Fikiran itu kedengaran sedikit angkuh jika dilihat disisi lain tetapi Louis hanya tertawa pahit oleh kerana ayat itu sememangnya menerangkan dirinya.

Tok. Tok.

Bunyi ketukan yang secara tiba-tiba itu membuatkan apa yang difikirkan oleh Louis hilang dalam sekelip mata.

Angin lembut yang bertiup masuk ke dalam biliknya membuatkan langsir dipintu balkoni berkibaran untuk sementara waktu dan pada masa yang sama dia terlihat seorang lelaki sedang berdiri disitu.

"Hello, Louis de Reinhold." Ucap Joshua dengan sebentuk senyuman sinis.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

25.10.2021

1395

1395

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now