"Penawar? Kamu terkena Lily Poison?" Terkejut Prof Andrew mendengarnya. Siapa pula yang tidak puas hati kepada Putera kegelapan ini?

"Nampaknya begitulah," balas Raikarl, pendek.

"Bila kamu berdua mahu pergi kesana?" soal Prof Andrew.

"Besok."

To reach the target,
The Legend must be strong,
They might run,
But you're not.

"KAMU biar betul?" soal Rayana dengan terkejut. Hampir tercabut jantungnya apabila mendengar yang Irene mahu ke bumi.

"Rin tak main-main kan?" soal Darwin pula. Rayana dan Darwin berpandangan.

"Dah kenapa Rin yang kena kesana? Tahu tak bahaya? Ke ni mesti sebab Raikarl tu? Perlu ke Rin buat semua ni untuk dia? Macam mana dengan keadaan diri Rin? Tak fikir ke, Rin?" bebel Daryan. Walaupun ayatnya agak kasar untuk Raikarl, Daryan sangat kecewa dengan Irene.

Raikarl yang berdiri disebalik dinding hanya senyap. Tidak mahu bersemuka dengan kawan-kawan Irene yang melemaskan pandangan matanya. Dia dengar kata-kata mereka.

"I told you, aku menyusahkan orang." Raikarl berbisik.

"Yan! Rin bukan budak kecil lagi lah. Lagipun Yan dengan Win tahu kan apa yang akan terjadi di masa hadapan nanti? Tak fikir ke tentang hidup anak cucu nanti?"

Irene membidas. Di masa depan, perang yang lagi memusnahkan akan berlaku. Pertama kali Irene mendengar dan melihatnya, dia sudah takut. Kenapa?

Because she will end it.

With him.

Daryan mengeluh berat. Walaupun Irene tu sangat lah menjengkelkan baginya, dia masih sayangkan puteri tunggal itu. Begitu juga dengan Darwin.

Raikarl semakin tidak faham mendengar perbualan mereka. Apa yang memusnahkan sangat tu?

"Okay, baik. Kalau Rin perlukan apa-apa terus bagitahu. Jangan simpan seorang diri. Rin tu masih lemah dengan kuasa Rin." Daryan mengalah. Darwin pula menepuk-nepuk belakang abang kembarnya untuk menenangkan Daryan.

"Rayana pun. Rin jangan lupa minta bantuan Rayana." Gadis itu tersenyum nipis.

"Daryan... Macam mana dengan Elf tu? Memang hilang khabar terus ke apa." Irene menyakat.

"Sudah la tu Rin. Sebab kan dia dah muncul, hidup Yan jadi kucar-kacir balik." Daryan mengeluh. Manakala Darwin pula ketawa kecil. Kesian.

"Berterima kasih dekat Rin tau sebab temukan kau orang berdua."

Semakin kuat Daryan mengeluh. Betul la tu. Irene yang jumpa si Elf tu dulu.

"Thankyou."

Tidak lama kemudian Permaisuri Luna tiba ke tempat mereka. Sebelum memasuki ruangan tersebut dia berhenti di muka pintu memandang Raikarl yang berdiri dari tadi.

"Take care, prince." Permaisuri Luna berkata. Raikarl menunduk kepalanya sedikit memberi hormat.

"Sure,"

Permaisuri Luna memandang satu persatu wajah yang selalu dilihatnya. Nampaknya ada berita tergempar.

"Rin dah tanya Prof Andrew ke?" soalnya. Irene mengangguk.

"Dia setuju je. Tapi kenapa Bonda tak buat sendiri? Bonda kan lagi kuat," ujar Irene.

"Sebab Bonda tak boleh buat portal ke bumi."

Irene mengerutkan dahinya. Apa yang tak boleh? Kan keturunan mereka lagi hebat. Semua benda dikuasai disini.

"Dekat sana nanti, Rin kena cari seseorang ni dulu," pinta Permaisuri Luna sambil tersenyum manis. Sudah lama dia mahu menyebut nama seseorang ini dimulutnya.

"Siapa tu?" soal Irene penuh tanda tanya. Bonda ada kenal orang bumi?

Daryan, Darwin dan Rayana hanya memerhati dua beranak tersebut bercakap. Tidak ada yang mahu mencelah perbualan mereka.

"Amy. Please find her."

Sekali lagi Permaisuri Luna tersenyum. Amy... Kawan lamanya sewaktu di bumi. Apa khabar dia sekarang? Mesti dia risau sangat selepas dirinya menghilang beberapa tahun dahulu.

"Amy? Kawan bonda yang bonda selalu ceritakan tu?" Lupa pula Irene bahawa bondanya pernah hidup disana sebelum tiba ke Querna.

Sadis juga hidup bondanya dahulu. Seperti yang Prof Andrew kata, tekanan keatas kuasa disana sangat tinggi. Sebab itu lah Permaisuri Luna dahulu hilang kuasanya seketika selepas kembali ke Querna.

"Dan cari seseorang yang boleh beri penawar itu kepada Rin."

"Siapa?" soal Irene.

"Louise Hilton."

♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Haii. Sihat tak?





(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now