"Uyoo abang kita dah kahwin lah ril, tak sangka aku dia kahwin dengan perempuan" sakat Zahiril adik kepada Zafran.

"Bagus lah tu. Kang tak pasal-pasal Kita dapat 'abang ipar' instead of 'kakak ipar' lahhhh ghisauuu lahhh" ujar Zairil kembar kepada Zahiril.

Zafran yang mendengar perbualan adiknya menggulingkan mata ke atas. Zafran semestinya tidak setuju dengan keputusan Ibu bapanya untuk berkahwin tetapi oleh kerana ugutan daripada Tuan Zaqwan, terpaksalah dia ikutkan juga.

"Zafran, apa lagi yang kamu buat dekat sini? Pergi naik atas. Kesian Eshal tu sorang-sorang dekat atas" kata Puan Farihah.

Zafran mengeluh. Majlis baru sahaja selesai, badannya sedikit penat ditambah lagi selalu memikirkan keputusan Ibu bapanya yang secara tiba-tiba ini.

Tanpa banyak bunyi, dia menaiki tangga dan menuju ke biliknya.

Tok tok tok

Pintu bilik diketuk beberapa kali tetapi tiada jawapan. Dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Kosong...

Kelibat Eshal tidak kelihatan. Senyuman terukir di bibirnya.

'perempuan tu dah blah ke? Uish baguslah macam ni!'

Omelnya dalam hati kemudian berlari menghempaskan badan ke atas katil yang empuknya itu. Dia menyangkakan yang Eshal pun tidak setuju dengan perkahwinan ini dan melarikan diri.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi pintu biliknya terbuka. Zafran berpaling ke pintu dan kelibat Eshal muncul. Dia mendengus perlahan sebelum menyembakan mukanya ke bantal. 

'Memang tak lah perempuan alim ni nak blah Zafran oi... Kau ni mimpi ke apa?' Omelnya dalam hati. Eshal hanya membiarkan Zafran di situ dan berjalan masuk ke dalam bilik air air untuk menyegarkan badan. Setelah dia selesai, dia membuka pintu bilik air. Zafran nampaknya sudah terlentang di atas katil dan lena dibuai mimpi. 

Eshal mengeluh. 'Dahlah tak mandi lagi, boleh pula dia tidur atas katil dengan badan melekit gitu' katanya dalam hati. 

Bahu kekar Zafran dicuit perlahan. 

"Awak, tak elok tidur kotor kotor macam ni. Pergilah mandi dulu" Katanya perlahan. Zafran masih lagi lena. 

'Lah.. penat betul mamat ni' 

Tiba-tiba, satu idea nakal terbit di minda Eshal. Kedua-dua bahu Zafran dipegang lembut. Dia membetulkan suaranya supaya kedengaran sedikit garau seperti lelaki.

"Tuan Zafran, awak kena mandi. Kesian katil ni kena tahan bau badan awak yang busuk tu" Kata Eshal dengan suaranya yang garau walaupun tak berapa jadi. 

Zafran bergerak. Eshal menahan tawanya apabila mendengar suara manja Zafran. 

"Sabarlah baby, I mengantuk ni" Kata Zafran dengan suara mamainya. Eshal cuba menahan tawa. Kalau Zafran dah mula menggunakan perkataan 'baby' maksudnya dia menganggap yang dia sedang bersama lelaki lain. Macam mana Eshal tahu? Dia pernah nampak sebelum ini. 

Eshal menaikkan lagi permainannya dengan merapatkan wajah ke Zafran. 

"Tuan Zafran sayang, kalau awak taknak saya terkam awak dekat sini better awak bangun" Kata Eshal dengan masih lagi bersuara garau. Zafran mebuka matanya dan menjerit apabila melihat Eshal yang rapat dengannya. 

MY GAY HUSBAND ZAFRAN FUHAID ⒸWhere stories live. Discover now