Ar-Rum, 54

1K 111 2
                                    

Hannah memandang sekeliling bilik itu. Rak-rak buku yang tinggi amat menarik perhatiannya. Tangannya mula gatal menyentuh buku-buku yang tersusun itu.

Buku-buku itu kelihatan seperti buku-buku lama. Usang namun tidak pula ternampak sarang labah-labah di antara celah-celah rak itu.

Buku-buku yang tersusun dalam rak di hadapannya di pandang.

Dia diam seketika.

'Al-Quran'

Dia punya kitab suci itu semasa di khisfere. Namun sayangnya, langsung tidak disentuh kerana dia tidak reti membacanya. Sejujurnya, dia teringin mahu mengetahui isi dalamnya.

Teringin namun tiada usaha.

Mungkin ada usaha, namun usaha sekadar keinginan.

Malu.

Dia malu.

" اَللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَكُمۡ مِّنۡ ضُعۡفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۡۢ بَعۡدِ ضُعۡفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۡۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ ضُعۡفًا وَّشَيۡبَةً  ​ؕ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُ ​ۚ وَهُوَ الۡعَلِيۡمُ الۡقَدِيۡرُ‏"

Hannah dan Adrien tersentak. Tersentak apabila bacaan merdu menghiasi keheningan bilik itu. Mereka menoleh. Wanita tua itu tersenyum.

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

"Ar Rum, ayat 54"

"Jemputlah tengok-tengok. Mak cik nampak kamu berdua macam suka dengan buku-buku dekat dalam bilik ni " Dia bersuara lembut.

Hannah perlahan-lahan mengangguk.

' Ar Rum ayat 54 '

Hannah mula melangkah ke arah rak buku di sebelah kanannya. Sebuah buku berkulit mud oak menarik perhatiannya.

Perlahan-lahan tangannya mencapai buku itu.

Dia mula terkedu apabila membaca tajuk yang terukir di pada kulit hadapan buku itu.

RATU ALAM

buku yang di jumpainya di perpustakaan Black Lions berada di sini?





***





REGINA

"How.. how can she be there? "

"Atas misi menyelamatkan Lady Miranda, Tuanku "

"Dia tak sepatutnya berada di sana! " Meja di hentak kuat.

Lelaki tua itu menunduk.

Gerun.

"Prepare everything " arahnya tegas.

Lelaki tua itu mengangkat wajah. "Kelengkapan untuk apa tuanku? " Soalnya ingin tahu.

"Untuk ke Oswald dan Berlin "beliau bersuara tanpa memandang lelaki tua di hadapannya.

"Sampaikan surat buat Raja Adam, bagitahu dia bahawa kita akan kesana dalam masa yang singkat " perintahnya tegas.

Lelaki tua di hadapannya mengangguk.



***





Kulit buku diselak.

Hannah terdiam.

Jikalau semasa di Oswald, buku itu tiada isi. Namun di sini, buku itu lengkap. Jari jemarinya menyentuh helaian muka surat hadapan buku itu

"Siapa ni? "

Wajah seorang wanita yang cukup indah di matanya berada di muka paling hadapan. Gambar itu tidak berwarna, namun masih terserlah kejelitaannya.

Adrien dan Hannah terpukau.

Setitis air matanya mula jatuh membasahi gambar di hadapannya.

Hannah menyentuh bawah matanya.

Rasa sakit itu kembali.

Wanita tua di belakangnya perlahan-lahan menghampiri. Kedua-dua bahunya di sentuh dari belakang.

"Khawsar"

"Ratu Khawsar Amara "

" Eternal beauty "

Hannah menoleh.

"Ra..ratu Khawsar? Ratu dari kerajaan mana? Berlin?"

Bibir wanita tua itu melahirkan senyuman pahit.

"Ratu pertama Oswald "

Jawapan daripadanya membuatkan mereka berdua tertanya-tanya dan mula musykil.

"Bukan.. Ratu Olivia ke ratu Oswald yang pertama? " Adrien menyoal.

"Ratu Olivia isteri kedua Raja Henry "

Mereka berdua buntu dan tergamam. Terasa seperti sesuatu menghentak pengetahuan mereka selama ini.

Jadi Ratu Olivia..

Bukan Ratu Oswald yang pertama.

Jadi selama ini mereka semua di tipu?

Tangan Hannah ditarik membawanya duduk sekali di atas kerusi yang mengelilingi meja kayu bulat. Cahaya daripada luar tingkap membuatkan separuh daripada kawasan bilik itu terang

Perlahan-lahan tangan Hannah di lepaskan. Adrien tidak duduk, tetapi dia berdiri di belakang gadis itu.

Kedua-dua tangannya di semat ke dalam poket seluar.

"This is a secret between us "

Tingkap berhampiran di tutup.





P/s: next update lusa, sebab chap lepas ni panjang.

Muah!

HANNAH RAFELLA: The DauntlessWhere stories live. Discover now