Namun matanya terasa panas. Cecair putih mengalir secara tiba-tiba jatuh membasahi pipi. Hannah bangun.

Jiwanya terasa sebak.

Sebak tanpa sebab.

Terasa sesuatu yang amat tajam mencucuk-cucuk sekeping hatinya.

Air mata di seka.

"Why.. am i crying? " Kedua-dua telapak tangannya ditatap.

Air mata mengalir deras tanpa henti. Matanya cuba di pejamkan.

Wajah seorang wanita yang amat tidak di kenalinya menziarahi ingatan. Rasa sebak mencucuk semakin dalam.

Kepalanya mula memberat dan pening.

Sakit.

Hannah tidak tahan.

Tangannya laju mengambil hud putih yang tersangkut pada tingkap lalu di sarung pada tubuhnya.  Kakinya melangkah keluar dari rumah kayu itu. Wanita tua sebentar tadi dia cuba cari semula.

Air mata yang tidak henti dari mengalir dari tadi, dibiarkan.

Kakinya terus melangkah laju meninggalkan rumah itu.

Tanpa di sedari, seseorang sedang memerhatikannya dengan pandangan tajam.

Bibir itu mengukir senyuman penuh makna.

Hannah menunduk. Dia tidak mahu ada orang salah faham tentang air matanya ini. Sepasang kaki berhenti betul-betul dihadapannya. Langkah gadis itu terhenti.

Hannah mengangkat wajah.

Adrien.

Lelaki ini selalu muncul secara tiba-tiba.

"Fella? " Adrien menghampirinya.

Hud yang menutupi rambut Hannah ditariknya ke belakang. Air mata mengalir lagi laju apabila sepasang mata hazel itu menatap mata gadis di hadapannya. Wajah kabur wanita sebentar tadi muncul kembali.

Tidak sampai beberapa saat, hilang kembali.

Adrien terkedu.

"Aku.. tak tahu "balas Hannah.

Air matanya di seka dengan kasar.

"Kau tahu mana mak cik tadi tu? " Hannah menyoal.

"Rumah dia? "

Dia mengangguk.

"Aku tak tahu, tapi tadi aku nampak dia lalu belakang rumah korang "

"Wanna find her together? " Adrien menyoal.

Sapu tangan putih di keluarkan dari kocek seluar. Air mata pada wajah Hannah di lap. Hannah tersentak. Saat matanya menatapi wajah di hadapannya, rasa sakit dan sebak seolah-olah semakin merobek ke dalam.

Seperti sesuatu memori berulang tayang dalam ingatannya.

Namun bukan memori miliknya.

Hannah ke belakang sedikit.

"Jom " Dia berpaling dan meneruskan langkah.

Adrien di belakang mengangkat sebelah kening. Pelik dengan sikap gadis itu.

***

Kakinya terpasak.

Sebuah rumah kayu yang lebih kecil dari rumah yang di tumpangi mereka kini di hadapan.

"Are you serious? This is her house? " Hannah menoleh sebelah memandang Adrien.

"Pretty sure "

Pintu kayu itu diketuk.

Klak!

Wajah seorang kanak-kanak lelaki kelihatan di sebalik pintu.

"Akak abang cari siapa? Cari nenda eh? " Soalnya ramah. Kelihatan gigi arnabnya semasa mulut kecil itu berbicara.

Mereka berdua mengangguk.

"Masuk la, nenek tengah solat. Nanti dia keluar! " Pintu dibuka luas.

'solat'

"Fella "

"Huh? "

"Nak duduk luar ke? " Adrien berura-ura ingin menutup pintu. Tombol ditarik.

"Tak payah la tutup! " Hannah cuba menahan pintu daripada ditutup oleh lelaki itu.

Adrien ketawa.

Akhirnya mereka berdua masuk ke dalam rumah kayu itu.

Kecil, tapi menarik.

Hannah memandang sekeliling. Cermin dihadapan wajahnya di tatap. Air matanya sudah berhenti mengalir, tapi wajahnya kini kelihatan sembap.

Jari jemarinya menyentuh lembut tepi mata. Pandangannya kabur. Hannah cuba fokus kembali. Dia tersentak.

Wajah seorang wanita yang sedang menangis bersatu dengan pantulannya di cermin. Hannah menapak kebelakang.

Wajahnya pucat.

Si- siapa perempuan tu?

"Fella? "

Dia laju berpusing.

"Kau okay tak ni? You look pale " soal Adrien. Jelas kerisauan pada wajahnya.

"Aku- aku okay. Aku cuma penat sikit " tipu Hannah.

"Rest if you tired. Don't hurt yourself "

Hannah hanya mengangguk. Adrien melangkah pergi.

Dia kembali memandang cermin. Tiada wajah wanita itu lagi. Hannah menggeleng. Pasti itu hanya imaginasi. Kakinya melangkah meronda sekitar ruang tamu rumah.

Klak!

Hannah dan Adrien berpaling.

Seeorang wanita tua dengan pakaian putih labuh memandang mereka dengan senyuman manis. Hannah sendiri tidak tahu apa yang di pakainya. Namun masih terserlah seri pada wajah itu.

Wajahnya kelihatan bercahaya.

Tombol pintu bilik di tariknya bagi membuka luas pintu itu.

"Mari masuk "

























HANNAH RAFELLA: The DauntlessWhere stories live. Discover now