" Astaghfirullahalhazim ! Maksiat apakah ini ?! " Jerit Azreen sedikit kuat . Suara nya pula dibuat sedikit garau supaya Qalisha tidak dapat mengencamnya . Berkerut kening Qalisha . Maksiat ? Apa benda ni ?

" Allahuakbar ! Kita bawa mereka ni ke pejabat agama ! Kahwin kan saja perempuan ini dengan lelaki yang dia tidur bersama itu ! " Sambung Azreen lagi . Terbuntang biji mata Qalisha saat perkataan 'pejabat agama' disebut oleh suara garau itu . Habis gelabah dia dibuatnya .

" Tuan ! Saya tak salah tuan ! Saya diperangkap ! Tolong , jangan kahwin kan saya dengan lelaki itu . Saya tak kenal dia . Saya dah ada suami ! " Rayu Qalisha . Matanya dipejam rapat sambil tangannya di buat gaya memohon maaf . Azreen mengemam bibir nya kuat . Sedaya upaya ketawanya di tahan .

" Apa maksud kamu diperangkap ? Berduan dengan lelaki yang mahram bagi kamu di satu bilik berdosa hukumnya ! Ikut saya ke pejabat agama ! " Lakonan diteruskan lagi apabila Qalisha masih lagi tidak perasan . Qalisha sudah menggelabah . Matanya dibuka , baru saja dia ingin bersuara lagi , matanya terlihat abang sulong nya yang berada di depannya . Wajah Azreen yang menahan tawa itu dipandang . Terkebil - kebil dirinya saat hanya ada Azreen saja disitu . Tidak pula kelihatan orang lain ataupun orang yang berjubah .

satu saat ...

dua saat ...

tiga saat ...

" Along ! " Jerit Qalisha geram . Tersembur jua ketawa nya yang ditahan dari tadi . Perut yang senak dipegang olehnya . Qalisha menghentakkan kakinya ke lantai . Azreen dihampiri sebelum badan alongnya dipukul geram . Terbongkok - bongkok Azreen menahan pukul itu . Tawa nya masih lagi belum berhenti .

" Ish tak baik lah gurau macam tu ! Nak terkeluar jantung adik ni tau ! Benci along ! "

Qalisha sudah mencebikkan bibir nya . Sakit betul dia dengan Azreen . Ada pulak kena kan dia kat hospital ni ! Pejabat agama konon ! Erghhh ! Kerusi yang berada di sebelah katil Rayyan diduduk . Wajah Rayyan yang masih pucat dan tidak bergerak itu dipandang sayu . Hatinya mulai sebak . Azreen yang tidak mendengar akan suara Qalisha mula hentikan tawanya . Dia memandang Qalisha yang termenung memandang wajah kaku Rayyan itu .

Qalisha dihampirinya . Bahu Qalisha diusap lembut . " Adik dah jangan nangis - nangis . In Sya Allah Rayyan okay . Dia akan sedar adik . Along percaya " Pujuk Azreen pada adiknya . Qalisha mengangkat wajah nya memandang Azreen yang berdiri disebelahnya . Senyuman cuba diukur tidak mahu buat alongnya risau .

" Adik dah okay sikit along . Jangan risau tau . Cuma adik rindukan Rayyan je " Luah Qalisha . Wajah Rayyan dipandang kembali . Wajah yang tak pernah dia jemu untuk melihat walaupun setiap saat . Azreen tersenyum .

" Adik jom makan . Mama ada masakkannya makanan kegemaran adik " Ajak Azreen . Tangan Qalisha di ambil di tarik . Namun Qalisha mengeraskan badanya . Kepala di gelengkan . Dia tiada selera nak makan . Mood nya punah bila melihat Rayyan yang terlantar ni . Azreen mengeluh lemah .

" Adik jom lah makan . Adik kena juga jaga kesihatan adik . Adik kan nak jaga Rayyan . Makan sikit " Pujuk Azreen lagi . Kedua belah bahu adiknya di pegang . Qalisha sudah sepenuhnya mengadap Rayyan . Qalisha menggeleng lagi . Sumpah memang dia tiada selera nak makan . Tekaknya terasa loya sahaja .

" Adik , adik kena makan tau . Kesian baby nanti . Adik tak kesian kan baby ke ? Dia mesti lapar tu " Kata Azreen . Senyuman manis terlakar di bibirnya . Qalisha mencebikkan bibir nya . Baby mana pulak ni ?

" Along mengarut apa ni ? Baby mana ni ? " Tanya Qalisha hairan . Semakin melebar senyuman Azreen .

" Baby yang ada dalam perut adik tu lah " Kata Azreen lagi . Semakin berkerut dahi Qalisha . Baby ? Dalam perut ? Sejak bila pula dia ada bela baby dalam perut ni ?

Matanya memandang Azreen keliru . Azreen sudah mengeluh . Susah jugakkan dapat adik yang sedikit lambab ni . Dah terang lagi bersuluh dia dah bagi hint , tetap jugak tak dapat tangkap .

" Adik , dengar sini "

Qalisha mengangguk . Matanya memfokuskan pada Azreen . Menunggu ayat yang akan terkeluar dari mulut di abang sulongnya itu .

" You're pregnant " Kata Azreen berterus terang . Wajah adik nya dipandang . Berharap Qalisha faham lah . Kalau tidak , haih mahu mati dia .

Qalisha mengangguk - ngangguk . Oooo aku pregnant . Tak lama selepas itu , matanya membulat terkejut . Laju saja dia memandang Azreen kembali . Kejap dia...

" Adik...pregnant ? Mengandung ? Adik mengandung anak Rayyan ? " Tanya Qalisha teruja . Azreen mengangguk yakin sambil tersenyum manis . Qalisha mula mengukirkan senyuman lebarnya . Sungguh , langsung dia tidak sangka bahawa dia akan mengandungkan zuriat Rayyan secepat ini . Sungguh dia rasa bahagia . Bahagia yang tak terhingga . Rasa macam nak menjerit je sekarang ni harap hospital saja . Perut yang masih tidak berbentuk itu dipegang olehnya .

Ada anak nya dan Rayyan disini . Bukti cinta antara dia dan suami .





























wahhh ! Qalisha mengandung lah ! hehe dah nak dapat Rayyan's junior ! Yeayyyy !

jangan lupa vote . thank you :)

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now