04;❤

17 5 0
                                    


Scftjm- 🐣

Hari ini adalah hari di mana, Minha dan Yuna mendapat anugerah students terbaik di kampus mereka. Semua pelajar di berikan pelepasan dan kelonggaran, ada yang datang bersama teman wanita, teman lelaki dan ada yang datang bersama parents mereka.

Yuna datang bersama Minha dan kawannya yang lain. Orang tua mereka tidak dapat hadirkan diri kerana hal tertentu, parents Changbin dan parents Yongbok juga menyertai mereka.

Ketika Yuna dan Minha ke pentas untuk menerima hadiah, mama Changbin dan Yongbok menemani mereka. Memberi semangat kepada kedua anak mereka.

"Tahniah Minha, tahniah Yuna." Ucap mama Changbin dan Mama Yongbok serentak.

"Gomawo." Ujar mereka serentak menunduk hormat.

"Kau nak makan apa-apa tak? Ke kau nak tengok sendiri?" Soal Changbin.

"Nanti lah kami pergi ambil. Kau lapar dah ka?" Soal Yuna.

"Aikk- tadi sebelum kita datang kan baru makan." Ujar mama Yongbok.

"Tapi itu makan pagi. Ini dah tengah hari, ma. Lix lapar lagi." Ujar Yongbok sambil menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

Lee Yongbok Felix, lebih dikenali sebagai Yongbok di kampus dengan ketampanannya dan kesopanannya apabila berbicara. Lix adalah nama singkatannya dan nama panggilannya apabila berada di rumah.

Mama Yongbok dan mama Changbin telah pulang kerana ada hal.

"Ehh- kau kenapa?" Soal Lee Know sedikit terkejut.

"Janganlah tarik-tarik, sakitlah!" Ujar Minha.

Terkejut dengan sikap Hyunjin yang datang menerpa lalu menariknya tetapi sempat di tahan oleh Yuna.

"Kau memang tak reti cakap baik-baik ke? Kalau kau rasa dia tak sesuai untuk kau, better lepaskan. Masih banyaklah namja yang nakkan dia, bukannya kau seorang sahaja yang rasa diri kau tak sesuai untuk dia. Semua orang dah cakap benda tu sejak first time kau jadi kekasih dia." Ujar Yuna lebar. Lalu menarik lengan Minha ke belakangnya.

"Diam lah kau. Kau tak tahu apa yang jadi." Ujar Hyunjin keras.

"Aku tahu, semua aku dah tahu. Kau je yang taktahu. Dasar tak tahu malu." Ujar berani.

"Diam lah! Sebelum ada yang kena..." Belum sempat, dipotong Yongbok.

"Sebelum apa? Kalau kau taknak rasa tidur dalam hospital hari ni better kau blah." Ugut Yongbok, mara ke hadapan.

"Awak, jom balik!" Ujar Hyunjin.

Changbin menarik hujung baju milik Minha agar mengekorinya. Changbin membawa Minha pergi jauh dari Hyunjin dan bertemu dengan kawan sekelas Hyunjin, Bang Chan.

"Hi, tahniah Minha." Ucap Bang Chan.

"Nae, gomawo." Sahut Minha, menunduk tanda hormat.

"Hmm- Yuna mana? Mana yang lain? Hyunjin?" Soal Bang Chan, sambil menjengketkan kakinya seolah mencari seseorang.

"Ada dekat depan stage tu. Minha dengan Changbin nak ambilkan makanan untuk diorang. By the way, ni Changbin kawan sekelas Minha. Ini Bang Chan kawan Hyunjin." Ujar Minha. Memperkenalkan mereka antara satu sama lain.

"Hi." Tegur Changbin ringkas.

"Hi, ohh inilah Changbin. Hyunjin selalu juga borak pasal Changbin dengan Minha, dan satu lagi nama dia hmm Lee.. " Ujar Bang Chan cuba mengingati nama.

"Lee Know?" Sampuk Minha.

Bang Chan mengangguk, lalu mengukirkan senyuman manis kepada mereka berdua.

"Hyung, lambatnya ambilkan air." Ujar Jeong In menerpa ke arah abangnya.

"Ahhh mianhae. Hyung terserempak dengan kawan hyung. Kenalkan ini maknae saya, Jeong In dan itu kawannya Seungmin." Ujar Bang Chan memperkenalkan adiknya.

"Ean." Ujar Jeong In ringkas.

"Seungmo lah." Sambung Seungmin.

"Ahh- HAHAHAHA hi Ean, hi Seungmo." Sapa Minha.

"Korang gred berapa?" Soal Changbin memecahkan kesunyian.

"Satu!" Ujar mereka serentak.

"Okay lah, kami tak boleh lama. Kami minta diri dulu. See you again." Pinta Changbin.

"Ahh- okay okay. See you again." Ujar Bang Chan sambil tersenyum.

"Apa yang kau tahu?" Soal Hyunjin.

"Aku tahu segalanya, kau curangi dia banyak kali. Kau memang tak reti hargai orang kan, kau bukannya sayangkan dia. Kau pergunakan dia, kau gunakan dia supaya kau lebih terkenal. Am I right? Lelaki macam kau bukannya seorang saja, sudah bersepah dekat luar sana aku jumpa." Ujar Yuna geram dengan sikap Hyunjin yang asyik hendak menang.

To be continued..

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now