Part 7

0 0 0
                                    

Suasana di Expo sangat riuh. Apatah lagi ia adalah acara celebriti festival. Ramai pengunjung yang datang, ramai peminat yang hadir untuk bertemu dengan penyanyi dan pelakon favorit mereka. Hari sudah malam tetapi kemeriahan itu masih terasa. Ini dikeranakan ada pelakon popular kegemaran orang ramai pada malam hari ini iaitu Rifqi Syahputra.

Nadira adalah salah satu darinya. Dia memakai airpod, mendengar lagu. Meskipun begitu, matanya tetap berkeliaran mencari Mr Dimple nya. Mana lah tahu dia ada di booth atau gerai mana-mana.

Rifqi masih belum lagi membalas kiriman Nadira sejak tempoh hari. Bohong lah kalau Nadira tak rasa terkilan, tapi Nadira selalu pesan pada diri sendiri - untuk berpijak di bumi yang nyata. Rifqi tak akan mungkin terpikat padanya.

"Oh my god! Oh my god! Oh my god! Rifqi Syahputra lah."

"Rifqi!"

Tanpa sedar, Rifqi didatangi bersama bodyguard. Mereka berjalan melintasi pengunjung-pengunjung di sana. Nadira kebetulan ada disitu. Dia terdengar peminat-peminat memanggil nama Rifqi.

Nadira menoleh dan ketika itu juga Rifqi ternampak Nadira. Dia mengukirkan senyuman. Nadira mengalih pandangan dan lalu kembali memandangi Rifqi.

Dia di bawa ke belakang pentas untuk bersiap sedia.

"Handsomenya Rifqi."

"Dimples dia tak boleh blah lah. Cute semacam sia."

"Nanti kita amik gambar eh. Tak kesah lah kalau queue panjang ke apa ke."

"Of course!"

Nadira memasang saja telinga, mendengar pembicaraan peminat tegar Rifqi Syahputra. Kalau nak bandingkan Nadira dengan mereka, memanglah jauh beza. Mereka dah lah lawa, peramah, pandai bawa diri. Sedangkan Nadira? Banyak perkara yang Nadira tak suka. Banyak benda yang Nadira tak mengerti. Nadira berlalu dari situ.

Nadira berdiri di belakang. Dia membiarkan saja peminat tegar, peminat sejati Rifqi berdiri di depan.

"Mari kita sambut kedatangan Rifqi Syahputra!" Ucap emcee saat berada di atas pentas.

Ramai yang bersorak tetapi kelibat Rifqi tak kelihatan.

"Okay okay. Mungkin tak berapa kuat sebab tu Rifqi tak nak naik." Emcee kemudian menjenguk ke belakang lalu dia kembali menapak ke tengah pentas.

"Ada permintaan dari Rifqi. Kalau dia nak anda semua untuk jerit nama Rifqi dengan kuat. Baru lah dia semangat untuk ke pentas dan bertemu anda semua. Boleh tak semua?"

Respond diberikan pada emcee.

"Saya kira sampai tiga, kita panggil Rifqi sama-sama. Okay? Satu, dua tiga. Rifqi, Rifqi."

Semua yang ada di situ memanggil nama Rifqi bersama-sama. Nadira cuba mengawal diri kerana aslinya, Nadira ni memang pemalu orangnya. Sebab tu tempoh hari ketika nombornya dipanggil, Nadira merasa terkejut.

Terlanjur MencintaWhere stories live. Discover now