Bab 5

2 0 0
                                    

Nadira sedang menonton drama yang dibintangi Rifqi. Elly datang dan duduk bersama.

"Citer baru Rifqi ke?" Tanya Elly ketika muka Rifqi tonjol dalam tivi.

"Tak lah. Citer lama. Ulangan." Balas Nadira dengan malas.

Elly menoleh pada sahabatnya. "Kau dah kenapa? Selalu aku tengok, kau khusyuk je bile ada Mr Dimple kau? Sekarang layu semacam. Ke.. Kau rindu dia?" Elly mengusik Nadira.

"Apa kau nih merepek." Jawab Nadira seraya menegakkan tubuhnya.

"Tak de lah. Aku tengok korang dua macam serasi je.. Macam pinang dibelah dua." Sambung Elly lagi. Kali ini dia serius dengan kata-katanya. Apakan tidak, di Bali, Nadira kebanyakkan meluang waktu bersama Rifqi. Hari-hari terakhir Nadira dan Elly di Bali, mereka keluar bersama dengan Rifqi, Abang Man dan Pak Wahid.

Keduanya juga sangat dekat seakan sudah lama kenal, padahal baru beberapa hari.

"Aku dengan Mr Dimple tu tak ada apa-apa k? Kita cuma sebatas idola dan peminat. Kalau lebih pun, setakat kawan je."

"Kawan. Ok. Kawan. Apa arti kawan eh sampai sanggup duduk kat Economy Class, dan biarkan aku duduk dekat Business Class? Ada ke artis macam tu?" Soal Elly.

"So kau nak cakap apa? Yang Mr Dimple tu suka kat aku? Oh please lah. Aku ni siapa, dia tu siapa."

Walaupun Nadira meminati Rifqi, dia menyedari diri. Tak mungkin Rifqi menyukainya. Rifqi banyak teman wanita, rakan kerja wanita. Semestinya Rifqi kalau nak dating, dia boleh saja pergi dengan rakan kerja wanitanya itu. Siapalah dia dibandingkan teman-teman Rifqi yang cantik, seksi, tinggi. Ada yang model, ada yang pelakon, ada yang penyanyi. Rifqi petik jari, sepuluh beratur depan nak date dengan dia. Memang Nadira tak akan ada chance punya lah.

Elly memetik jari didepan Nadira. "Kau dah kenapa? Berangan lah tu."

"Tak lah. Aku tu sedar diri lah, Elly. Rifqi tak akan suka aku. Apalagi orang macam aku."

"Orang macam kau tu maksud nya apa eh?" Soal Elly. Dia mengangkat keningnya.

"Kau pun manusia tau, Dira. Kau tetap bernafas, berpijak pada bumi. So? Apa beza dia? Rifqi pun manusia biasa, Dira. Perbezaannya cuma satu - title. Dia pelakon and kau orang biasa. Korang sama-sama boleh jatuh cinta." Jelas Elly.

"Tak. Kau nak kenenkan aku dengan Rifqi ke apa nih? Asal kau beriya sangat, confident sangat pasal aku dengan Rifqi nih? Aku dengan dia cuma kawan biasa je lah."

"Memang lah cuma kawan biasa. Mulanya berkawan, lama-lama jadi deman kan?"

"Ah? Apa tu? Ish kau nih. Baru berapa hari kat Bali, kau dah belajar loghat diaorang." Nadira menukar topik. Elly gelak kecil.

Elly memeluk bantal. "Terserah kau lah, Dira. Aku ni cuma nak nasihatkan kau je. Tak ada istilah nak berkawan kalau dah sampai sanggup tukar class, tukar IG." Elly memerli Nadira. Bukan dia tak tau kalau kemarin Rifqi meminta Instagram Nadira. Nadira menjelingnya. Elly tersimpul senyum.

Nadira&Rifqi

"Okay take five." Beritahu director kepada para pelakonnya.

Rifqi mengambil tuala lalu mengelap mukanya yang berpeluh itu. Dia mengambil telefon bimbit lalu duduk di kerusi yang disediakan untuknya. Dia membuka Instagram Nadira.

Nadira telah menerima sebagai followersnya. Tangan Rifqi skrol profile Nadira. Dia melihat gambar-gambar yang di post oleh Nadira. Senyuman terukir di bibir.

Satu post menarik perhatian Rifqi iaitu video mereka berduet bersama. Rifqi menonton rakaman tersebut. Jari jemari Rifqi mengetik sesuatu di post Nadira.

Satu notification masuk ke telefon bimbit Nadira. Nadira tak percaya saat melihat nama Instagram Rifqi muncul di skrinnya. Nadira melirik pada Elly sebelum membuka notification itu.

'Sedap suara.'

Nadira senyum sembunyi membaca comment Rifqi. Ada-ada je Mr Dimple nih.

Rifqi berkerut. Kenapa Nadira tak 'like' commentnya? Dia dah baca atau belum?

Hati kecil Rifqi tergerak untuk DM Nadira. Dia pun melakukan sedemikian.

Nadira membaca DM dari Rifqi.

'Tengah tengok video kita duet ke?'

Nadira berkerut.

Rifqi sadari Nadira telah membaca mesejnya tetapi tak membalas. Dia kemudian menghantar lagi.

'Insya Allah, bulan depan I datang Singapore lagi. Maybe kita boleh jumpa?'

Jantung Nadira macam nak tercabut bila baca ayat Rifqi. Boleh jumpa?

'Heii Mr Dimple. Kenapa you ajak jumpa pula?' Ucap Nadira di dalam hati.

'Maksud you event kat Expo nanti ke? Insya Allah, I datang.'

Rifqi tersenyum membaca kiriman Nadira.

'Expo tu kalau you tak datang pun tak pe. Tapi kalau boleh memang I nak you datang lah. Maksud I.. Kita jumpa kat luar. Maybe you boleh bawa I jalan-jalan keliling Singapore.'

Nadira terkelu lidah membacanya. Hati Nadira berbunga-bunga tapi dia cuba mengawal. Dia tak mahu kalau nanti ini semua hanyalah harapan palsu. Mungkin Rifqi cuma menganggapnya sebagai kawan. Elly tak mungkin benar.

'Bukan you selalu juga ke datang SG? Kenapa I kena bawa you jalan keliling?'

Rifqi bersandar pada sofa. Dia sedang memikir jawapan untuk Nadira. Namun belum sempat dia nak balas, dia sudah dipanggil oleh pembantu pengarah untuk kembali shooting. Rifqi meletak telefon bimbitnya lalu pergi.

Sementara itu, Nadira masih menanti kiriman balas dari Rifqi. Ditunggu dan ditunggu tapi Rifqi tak membalasnya. Apatah lagi, Rifqi sudah pun membaca. Lalu, kenapa Rifqi tak balas?

Nadira jadi hampa. Seakan-akan tadi dia merasakan ada kesempatan untuknya tapi ternyata Nadira yang berharapan tinggi.

Mana mungkin Rifqi ingin berbalas kiriman dengannya.

'Ingat Nadira. Ingat. Mr Dimple kau tu artis. Kau tu orang biasa je. Kau ingat kau siapa nak Mr Dimple layan 24 jam?' Kata hati kecil Nadira. Dia melemparkan telefon ke tepi.

Terlanjur MencintaWhere stories live. Discover now