02;❤

27 7 2
                                    


Scftjm-🐣

"Siapa? Namja chingu kau ke?" Soal Yongbok selamba.

Minha mengangguk kecil.

"Ajak lah dia join kalau tak percaya." Sinis Yuna.

"Ha-ah, betul!" Sokong Lee Know.

Siapa sahaja tidak kenal Hyunjin, teman lelaki kepada Minha. Baru sebulan mereka menjalinkan hubungan istimewa, tetapi Hyunjin seakan menggongkong kehidupan  Minha agar tidak boleh berinteraksi dengan orang lain jika dia tiada.

Yuna yang dahulunya menyokong hubungan Hyunjin dan Minha, tapi kini tidak menyukainya kerana terlalu menggongkong kehidupan temannya.

"Dah, tapi katanya dia ada hal." Ujar Minha serentak mematikan telefonnya.

"Hal apa? Lepak?" Perli Yuna.

"Biarkan dia lah. Nanti kalau dia marahkan kau juga, cakap aku ajak." Sambung Yuna.

"Cakap je kami semua yang ajak. Kalau berani datanglah hadap Lee Yongbok.." Ujar Yongbok berani sebelum dipotong oleh Yuna.

"Keding, berbadan papan. Jangan nak perasan yang kau akan ada ketul-ketul dekat badan. Berangan je lah kau." Ujar Yuna serious.

Meletus ketawa mereka.

💐

"Bin, tak ajak kawan-kawan Bin sekali?" Soal papanya.

"Tak, pa. Diorang semua tengah study sebab exam dah nak dekat." Jawab Changbin selamba serentak melabuhkan punggung bersebelahan papanya.

"Kenapa tak ajak saja. Boleh datang study sini, lagi pula Bin ada bagitahu kan yang papa balik hari ini?" Sampuk mamanya, gelas dihulurkan kepada dua beranak itu.

"Ada, ma. Tak apa lah, esok diorang memang nak datang pun. Nak study plus nak claim souvenirs diorang yang papa janji tempoh hari." Ujar Changbin sambil menghirup air.

Meletus ketawa kedua ibu bapanya apabila mendengar celoteh anak-anak mereka. Mereka mempunyai dua cahaya mata, sepasang. Kakak kepada Changbin telah ke luar negara melanjutkan pelajaran di Brunei. Sekarang hanya tinggal anak bongsunya sahaja.Mereka menganggap kawan-kawan Changbin seperti anak-anak mereka.

"Lee Know bila nak datang tidur sini? Mamanya kata nak ke luar negeri ada hal perlu diuruskan." Soal mamanya, memecah kesunyian.

"Maybe next week, ma. Tak tahu lah dia, haritu ada juga dia bagitahu Bin. Tak ingat pula Bin bila dia nak tidur sini." Jawab Changbin.

"Bukan Lee Know seorang je tau, ma, pa. Minha, Yuna dengan Yongbok pun datang, macam biasalah diorang." Sambung Changbin lagi.

"Datang lah. Dah lama diorang tak datang spend time dekat sini. Mama rindu Minha dengan Yuna, lama diorang tak datang." Ujar mamanya.

"Minha macam mana?" Soal papanya, yang dari tadi diamkan diri.

"Macam itu lah, pa. Mama dia sihat macam itu lah, cumanya ayahnya kebelakangan ni agak busy and selalu pulang lewat." Ujar Changbin.

Bukannya ayahnya tidak tahu, anaknya ini sukakan Minha. Tetapi tiada peluang untuk anaknya, Minha sudah pun mempunyai teman lelaki.

Tidak pernah Minha membawa Hyunjin ke rumah ibu bapa Changbin kerana Hyunjin tidak pernah bersetuju apabila Minha berkawan rapat dengan Changbin, Yongbok dan Lee know.

Pada awalnya, papa dan mama Changbin tidak percaya bahwa Minha mempunyai teman lelaki. Apabila Minha bercerita tentang Hyunjin kepada mamanya tempoh hari, baru lah mereka percaya. Dan tidak bersetuju dengan sikap Hyunjin yang menggongkong kehidupan Minha lebih dari keluarganya.

Pernah Minha meminta putus kerana terlalu tertekan dengan sikap Hyunjin yang selalu menyalahkannya tetapi tidak di setujui oleh Hyunjin. Hyunjin begitu sayangkan Minha, dalam masa yang sama Hyunjin mempunyai kekasih di belakang Minha.

To be continued...

(520 words only.)🌷

Baru je sebut namanya dah teringatkan dia, hmm sudah makankah? Sihatkah?

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now