Kenapa kawan dia ni, kuat sangat rasa cemburu tu? Pelik betul lama-lama kalau diperhatikan.
"Air?" Jimin yang sedang membersihkan lumpur di rambutnya terkejut dengan huluran tersebut dan baru dia perasan yeoja ni ikut camp ni sekali. Dah hari kedua baru dia perasan.
"Tak baik tolak pemberian orang." Katanya.
Jimin menghembus nafasnya kasar lalu menerima huluran tersebut. Bukannya diminum, dia malam mencuci rambutnya pakai air tersebut.
"Awak nampak hebat tadi.."
"Thanks.." jawab Jimin nak tak nak.
"Harap lepas ni team awak lawan team saya pulak.." kata Hyewon.
Disebabkan malas nak layan, Jimin terus pergi dari tempat itu dan berkumpul dengan yang lain. Ini kalau Tzuyu nampak, ada juga pertandingan tarik rambut diadakan.
***
.Malam.
Aktiviti malam ini adalah aktiviti burung hantu. Bayangkan main aktiviti ni di tengah hutan dan setiap pelajar dibekalkan satu lampu suluh sahaja. Apa akan jadi dekat pelajar yang penakut?
"Bodohlah game ni!"
Jin membebel seorang diri sambil terduduk di tanah mengikat tali kasutnya yang tercabut
"Buat game malam-malam. Malam untuk tidur bukan main game seram ni." Bebelnya lagi.
Sedang dia sibuk mengikat tali kasut dan membersihkan seluarnya yang sedikit kotor, tiba-tiba suara kayu patah kedengaran. Pantas dia menoleh kebelakang untuk melihat.
Matanya membulat sempurna apabila melihat Jhope lari melepasinya begitu sahaja. Dah kenapa namja tu? Nampak hantu ke?
Dia hanya menjongketkan bahunya dan bersiap untuk keluar dari hutan yang gelap ni. Nak kejar Jhope pun macam tak boleh sebab namja tu lari macam tak cukup tanah je.
"BOO!"
"Omma!!!!"
Jin menjerit apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang. Lututnya terasa longgar dan dia jatuh ke tanah begitu sahaja.
Tzuyu, Nayeon dan Momo ketawa semahunya melihat riak muka Jin sekarang. Nampak betul namja ni sedang dalam ketakutan.
"Bodoh ke?" Jeritnya kuat.
Hampir sahaja jantungnya gugur sebab terlalu terkejut. 3 sahabat ni lagi menakutkan dari hantu.
"Nasib aku anak jantan. Kalau tidak, pengsan aku kat tempat ni. Korang nak tolong ke?" Bebelnya.
"Sudahlah..jom..sejuk pulak.." Momo merangkul lengan Tzuyu.
Mereka berempat keluar dari kawasan hutan dengan selamat dan bergabung dengan pelajar yang lain.
"Gwenchana?" Jinyoung melihat keadaan Chorong.
Semasa dia cuba untuk keluar dari kawasan hutan, entah macam mana dia boleh terjatuh disebabkan terlanggar batu dan mengakibatkan kakinya terkehel dan ada beberapa luka dia tangan Chorong.
"Eoh.." balas Chorong lemah.
"Jom saya tolong awak jumpa petugas camp ni untuk minta bantuan.."
Jinyoung menolong Chorong bangun lalu membawa Chorong untuk mengubati lukanya itu. Dari jauh V melihat mereka berdua pergi. Nak sergah tapi dia cukup malas sebab takut timbul pergaduhan pulak.
"Mata awak selalu kearah dia. Minat ke?" Soal Heejin tiba-tiba.
V hanya diam. Airnya diminum sehingga habis.
"Habis camp ni, kita dapat cuti sehari lagi. Kita live stream lagi sekali? Itu pun kalau awak nak lah.." kata Heejin.
"Aku busy..aku dah janji dengan seseorang." Balasnya.
Heejin hanya mengangguk kecil.
"Tapi aku rasa janji tu terbatal. Mungkin kita boleh live stream." Kata V tiba-tiba.
Heejin tersenyum lalu mengangguk kecil. Akhirnya live stream dengan orang dia minat akan berlaku tidak lama lagi. Mesti peminat mereka akan terkejut nanti.
"Aku pergi dulu.." V bangun dari tempatnya lalu pergi ke sesuatu tempat meninggalkan yang lain.
.V pov.
Aku berdiri di belakang Jinyoung yang sibuk mengubati kaki Chorong. Mereka berdua masih tak perasan aku ada dekat sini sebab Chorong sendiri menunduk ke bawah melihat kakinya sambil meringis kesakitan.
Macam mana dia boleh jatuh? Tapi itu tak penting. Yang penting sekarang ni, mana petugas hutan? Mana lect yang lain? Kenapa mangkuk ayun ni juga yang kena beri bantuan?
Nampak tak cool lah pulak kalau aku terus tarik rambut belah tengah dia ni kan sebab sentuh-sentuh hak milik aku?
"Ehem.." aku hanya terbatuk.
Kepala Chorong terdongak memandang wajah dingin aku manakala Jinyoung masih membalut kakinya.
"Dia jatuh sebab kau ke?" Soalku tanpa buang masa.
"Aniy.." jawabnya tanpa menoleh memandang kearah aku.
Eh namja ni buat aku naik marah lah pulak. Sengaja nak cetus pergaduhan.
"Okey, terima kasih sebab tolong dia captain.." kataku lalu pergi begitu sahaja dan tak mungkin Chorong akan mengejar sebab kaki dia sakit.
Takpelah. Biar aku yang pergi. Jinyoung captain camp ni, dia lebih tahu apa yang perlu di buat. Cepatlah habis camp..aku dah malas dengan semua ni.
-TBC-
Here a new chapter..
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me
Part 11
Start from the beginning
