Bab 8

4.8K 122 3
                                    

Danial Zhafran's POV

Aku membuka mataku dan dijamu dengan bintang bintang yang berada di siling kapal terbang. Bahuku terasa lenguh dan berat. Aku menoleh. Eh? Kenapa Hana baring dekat bahu aku ni. Aduh, nak kejutkan rasa bersalah pula. Ah, daripada bersentuhan dengan yang bukan mahram, baik kejutkan je.

"Hana," aku memanggil lembut. Hana membuka matanya dan kelihatan terkejut dengan posisinya sekarang. Dia terus duduk dengan tegak. Dia membetulkan tudungnya yang sedikit senget dan memalingkan muka, malu semestinya. Aku dapat melihat pipinya kemerah-merahan. Aduh, boleh gugur iman aku ni, kenapa awak comel sangat Hana?

"S-saya minta maaf," dia berkata. 

"Takpe, awak tak sengaja kan, cuma lain kali hati-hati sikit. Takut apa pula pandangan orang lain," aku menegur lembut. Dia cuma mampu mengangguk kecil.

"Dah, takpayah fikir dah. Awak nak makan?" aku memegang perutku dan dia juga memegang perutnya. Kami ketawa lalu serentak membuat bahasa isyarat untuk diam. Kami sambung ketawa kecil. Semestinya lawak. Mana tidaknya, serentak membuat perkara yang sama.

"Nak makan, lapar," dia membalas.

"Excuse me, miss. Can you please bring my meal?"

"How about your wife?" Wife? Aduh, tak pasal-pasal dia ingat aku dan Hana ni husband and wife, terpaksalah Hana menanggung malu sekali lagi.

"Er, sure. Two set meals for both of us," aku membalas teragak-agak. Aku menjeling sekilas ke arah Hana. Dia tunduk, menahan malu yang rasanya boleh mencapai tahap langit ketujuh.

"So, Hana. Lepas SPM, awak buat apa?" aku bertanya untuk menghilangkan rasa kekok.

"Saya belajar selok belok perniagaan dekat syarikat papa, sambil tu saya jadi babysitter Ayish hehehe," dia tersengih. "Awak pula?"

"Saya bekerja part-time dekat Dominos pizza. Nak cari duit lebih katakan, daripada tak buat apa-apa sebelum ambil result, baik tambah duit simpanan," aku menerangkan. "Lepas dapat result, saya dapat tawaran future study dekat Melbourne. Tu yang terus tinggal dekat sana tu, sebab senang dapat kerja bila study dekat sana," sambungku lagi. Hana terangguk-angguk mendengar.

"Saya study dekat Malaysia je. Ikutkan hati, memang nak study dekat oversea tapi mama dan papa nak saya dengan Rania study dekat sana je, takut rindu anak kembar diorang ni hehe."

"Ohh, so sekarang ni awak kerja dekat syarikat penerbangan papa awak lah kan? Sebab saya dengar yang Rania jadi model sekarang ni, mesti awak yang kerja dekat sana," aku mengagak. Tiba-tiba teringat tentang Rania, adik kembar Hana. Rania memang have a big crush dekat aku masa aku suka Hana dulu. Aku pergi memana je mesti ada dia, boleh kata hari-hari stalk aku.  Rasanya kalau dia tahu yang aku suka dekat kakak dia, macam mana lah kan?

"Haa, pandai awak teka. Saya lebih minat kerja indoor daripada outdoor ni. Lagipun saya tak minat nak jadi model apa semua, tak sesuai sebab bandingkan saya dengan Rania, dia lagi pandai bergaya. Saya simple je, tak cantik pun," Hana merendah diri. Aduh, cik Hana sayang, awak kerja salesgirl pun saya tetap suka awak. Yang penting awak baik hati, lemah lembut, jaga aurat, pandai memasak, memang sesuai jadi calon menantu umi saya lah. Aku bermonolog.

"Apa awak kata? Saya tak dengar lah," eh, boleh dengar ke? Pergh, nasib baik dia tak dengar jelas, kalau tak memang aku nak tanam muka aku dekat simen ni aduhai.

"Tak ada apalah, abaikan je," Tiba-tiba pramugari meletakkan makanan kami di atas meja. "Dahlah, kita sambung cerita nanti. Makan dulu eh?" Aku mengimamkan bacaan doa. Dan kami menikmati hidangan yang tersedia dengan penuh selera. Tak tahu hanya sekadar perasaan aku ataupun memang betul, tapi aku dapat rasakan yang Hana asyik mencuri pandang ke arahku. 

Hana, andai awak tahu isi hati ni, agaknya sudi tak awak balas cinta saya yang lama terpendam. Saya nak je lamar awak sekarang tapi rasanya terlalu terburu-buru memandangkan kali ini merupakan pertemuan kedua setelah habis sekolah dahulu. Aku memutuskan untuk melupakan hasratku itu dan menanti masa yang cukup sesuai untuk meluahkan isi hatiku.

Farisha Raihanah's POV

Aku harap Zhaf tak perasan lah yang aku ni pandang dia terus. Entah kenapa namun apabila berada di sisinya, aku merasakan sesuatu yang tidak dapat kurasa apabila bersama Adam. Aku seolah-olah terlupa semua masalah yang menimpa diriku. Agaknya macam manalah perasaan orang-orang dekat rumah ya? Cemas? Risau? Takut sesuatu telah terjadi?

Aku cuma berharap yang Adam tidak akan kembali lagi menganggu hidupku. Cukuplah apa yang dia telah lakukan. Aku rasa seperti dipermainkan. Dia yang memulakan semuanya, melamarku kemudian merisik malah dia yang beriya-iya. Tetapi akhirnya, dia meninggalkanku tanpa jawapan. Aku benci kau, Adam Miqail. Jangan kau berani ganggu aku dan keluargaku lagi.

Bersambung.....

Dia Yang TerbaikTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang