"Dah dah, lemas pula si Zarith tu" suara Mak Jah menghentikan perbuatan Haikal.

Haikal tersengih macam kerang busuk.
Aku pula rasa nak maki dia sekarang ni!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Biasa hari minggu aku kena beli barang dapur. Tapi kali ni aku merayau dalam mall sahaja. Barang dapur masih berlambak, Mak Jah tak suruh beli pun!

Eh, aku nampak budak perempuan tu lah!
Tapi, nak buat apa pun kalau nampak dia.

Aku tak nak usik dia dah, nanti dia mati sebab aku, habis aku masuk penjara!

Masuk penjara je tak apalah juga, ni kena hukuman gantung sampai mati! I'm dead!

"Woi!" Aku tak sedar pula dia dah ada depan mata aku. Dia boleh sergah aku?!

"Apa kau nak?" Sikap selamba aku pamerkan. Aku terus berjalan tanpa melihat ke arahnya.

"Saja. Kau datang mall ni sorang-sorang ke?" Dia tanya sebab nak sakitkan hati aku ke apa ni?

"Eh, tak lah. Ada ni malaikat kiri kanan. Kau tak nampak ke? Oh, lupa! Kau kan syaitan?" Senyuman sinis aku pamerkan pula.

"Oh, disebabkan kau dah buat nyawa aku hampir-hampir melayang... kau kena belanja aku!!" Aku menoleh ke arahnya.

Aku tak silap dengar kan?
Dia suruh aku belanja dia?

"Apahal diam. Tak ada duit lah tu" Dia ni, sengaja sakitkan hati aku. Ada juga aku bertumbuk kat sini!

Aku mula berfikir. Duit yang aku bawa tak sampai seratus ringgit. Kalau dia nak pakaian mahal-mahal, mampus aku!

"Kau nak aku belanja apa?" Aku nampak dia mula tersenyum.

"Belanja makanlah! Aku lapar. Kat kedai tu je" Dia memuncungkan bibir ke arah Restoran KFC.

Okay lah, dah dia nak sangat kan.
Aku mula mengikut langkahnya.

"Thank you!!" Dah kenyang baru nak ucap terima kasih? Dah kenapa aku sibuk hal dia?

"Kau tak nak makan ke?" Aku menggeleng kepala. Aku kena berjimat. Aku pun nak cari kerja setiap kali cuti.

"Nah" Dia menghulurkan french fries kepadaku.

"Dah kenapa? Nak suruh aku suap kau?" Aku tersenyum sinis. Kalau dengan dia ni, tak pernah aku berlemah lembut!

"Bukanlah, aku suruh kau makan! Makan, tahu tak makan macam mana? Macam ni" Dia mula mengambil satu french fries lalu memakannya.

"Aku tahu lah" Aku tidak bergerak walau seinci. Nak ambil kentang tu pun aku malas.

"Eyyy dia ni" Dia mula menyua kentang tersebut ke mulutku.

"Apa masalah kau ni? Aku cuma belanja kau makan je. Aku tak nak makan!" Dia membuat muka; mengajuk cakapku.

"Nah lah... tak baik tolak rezeki woi!" Aku menggigit kentang sekali dengan jari dia.

Baru padan muka!

"Sakitlah, mangkuk!" Aku cuma tersenyum sinis.

"Dah tak ada apa kan? Aku nak balik" Aku terus keluar dari restoran itu.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Nak jalan mall pun susah! Aku fikir dapatlah beli seluar sehelai dua. Last last kena belanja minah tu!

Kalau makan sikit je tak apalah, ni sampai order tiga set! Pastu makan sorang-sorang. Giloo!

Aku mengikut sahaja kakiku hendak ke mana. Akhirnya, aku tiba di sebuah taman mini di persekitaran rumahku.

"Eh, kau duduk sini juga ke?" Aku menoleh ke belakang. Dia ni lagi?! Tak ada orang lain ke?!

"Nampaknya, kita berdua ni jodoh kan? Kuat sungguh lah sampai aku rasa nak termuntah" Dia mula ketawa mengejek.

"Jodoh hotak kau! Ni semua b*doh!" Aku nampak Amyra masih tidak henti-henti ketawa.

"Kau buat apa kat sini?" Aku memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

"Saja, tak nak balik lagi. Nah" Dia menghulurkan beg plastik kepadaku.

"Kau letak racun ke dalam tu?" Aku mengherotkan bibir. Amyra membuat muka pelik.

"Kenapa aku kena letak racun kalau aku boleh letak bom nuklear terus dalam beg plastik ni?" Haha. Nada sarkastik.

"Hmm" aku mengambil beg plastik itu. Ada baju-- no... Seluar?! Dia bagi aku seluar?!

"Aku saja belanja. Tadikan aku makan banyak sangat. So, aku bayar balik dengan seluar ni"

"Hmmm" Aku terus beredar dari situ.

"Zarith Haziq! Kau tak cakap terima kasih pun!" Dia mesti bengang sekarang ni.

"Sama-sama!" Sengaja aku balas macam tu.

"Zarith Haziq anak b*bi!"

Kisah pula aku?!

✧ To Be Continued ✧

Makin panas situasi di sini😂

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now