AWFIYAH (PART 1)

262 26 5
                                    

Batu nisan yang terukir nama Nurul Hayati ditatap sayu. Sudah sebulan pemergian anak itu, namun tangisannya seakan masih terasa di telinga. Tangisan kesakitan menahan peritnya penyakit yang di tanggung.

Nurul Hayati, perginya dia membawa seribu makna tersendiri. Hilangnya dia, dalam hidup seorang Uwais Afkar, membawa kegelapan dalam dunia yang hampir keseluruhannya di simbah cahaya.

"Aku tak sangka dia pergi secepat ni," Keluh Uwais Afkar. Nurul Hayati satu-satunya anak saudara yang di kasihnya seperti anak sendiri. Tapi, Allah lebih menyayanginya. Di ambil Nurul Hayati dari mereka. Namun diganti dengan kembar yang masih berada di dalam kandungan Si adik iparnya.

"Sudahlah tu Bang, dia tak ada." Nasihat Adam Haikal. Anaknya yang pergi, Abangnya pula lebih-lebih. Ini pelik.

"Baru semalam rasanya aku pasang niat nak bawa dia jalan-jalan." Buku Surah Yasin ditutup. Memang tiap hujung minggu dia akan melawat ke kawasan perkuburan ini. Itu pun dengan tujuan mahu melepas rindu.

"Nak buat macam mana, Allah lagi sayangkan dia." Air daun pandan di tuang di kuburan anaknya. Adam Haikal tayang senyuman nipis. Anak Papa tunggu papa ya! Tunggu Mama juga! Di sana.

Uwais Afkar mengangguk setuju. Baru tahun ni dia merasa kehilangan itu. Selama ini tak terasa pula.

"Jom balik. Aku ada hal lagi ni," Ajak Adam Haikal. Isteri di rumah tu hah, siapa yang nak jaga? Tengah sarat mengandung jugak tu.

"Kau baliklah dulu. Aku nak singgah dekat taska Yati kejap lagi," Ujar Uwais Afkar. Senyuman pahit terlakar. Berita pemergian Nurul Hayati belum di sampaikan pada taska yang menjaga anak saudaranya itu. Jadi sebagai abang yang baik, dia nak tolong ringankan sikit beban Adam Haikal.

"Hati-hati jalan tu dan terima kasih." Adam Haikal membalas senyuman abangnya itu. Bahu Uwais Afkar di tepuk perlahan sebelum beredar.

Uwais Afkar mengangguk lagi. Mujurlah mereka ke sini dengan kenderaan yang berasingan. Jadi tidaklah dia kesusahan untuk mencari tumpangan nanti.

"Pak Long pergi dulu ya, Yati." Gumam Uwais Afkar perlahan.

Langkah di atur menuju ke luar kawasan perkuburan. Meninggalkan Nurul Hayati yang telah pergi ketika masih berusia empat tahun lagi. Benarlah kata orang, mati itu tidak kenal umur, darjat dan pangkat. Bila Allah sudah arahkan malaikatNya untuk mencabut, maka tiada belas bagi mu wahai hamba yang alpa. Kerana dunia hanyalah tempat untuk mengumpul pahala dan bukannya untuk mencipta fatamorgana semata.

Enjin kereta di hidupkan, sebelum meluncur laju di atas jalan raya yang telah legang pada waktu tengah hari begini.

Panas terik terasa mencucuk kulit. Menghadirkan bahang yang luar biasa hangatnya. Dalam ketika pemanduan, Uwais Afkar melontar tatapannya ke luar tingkap kenderaan. Memerhati teriknya panas mentari dan dalam masa yang sama memikirkan neraka Allah yang hangatnya berkali-kali ganda dari dunia yang sementara.

Kepala di geleng perlahan. Membayangkan saja dia tidak berani, sungguh ngeri dengan api hitam yang membaham manusia.

"Astaghfirullah halazim." Ucap lelaki itu spontan. Wajah di raup perlahan. Apalah dia fikirkan ini! Meremang bulu roma di buatnya.

***

"Awfiyah aku ceraikan kau dengan talak tiga." Ketika lafaz itu meniti di bibir Sang Suami, Awfiyah tahu. Peluangnya sudah tiada. Tetapi dia tidak tahu. Atas tujuan apa dia diceraikan. Dengan keadaan yang sarat pada ketika itu. Dia hendak ke mana? Membawa perut yang menanti masa. Peritnya penderitaan dia hanya Allah saja yang tahu.

Awfiyah ketap bibir. Memori hitam itu agak likat di benak. Susah mahu di hilangkan. Dia menghela nafas berat. Kepala yang terasa pening, di urut perlahan.

CERPEN Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα