"Psst psst Amyra. Amyra kau dengar tak?" Aku menoleh ke arah Naura. Naura berbisik sebentar tadi.

Nasib Naura duduk sebelah aku sahaja. Aku menaikkan kening; bertanya kenapa.

"Kau tahu Zarith pergi mana tak?" Biar betul dia ni. Aku yang baru masuk tak sampai dua minggu boleh tahu tempat lepak Zarith, tak kan dua yang dah tiga tahun belajar sama-sama dengan Zarith tak tahu Zarith kat mana?

"Entah lah. Buat apa aku nak tahu pula?" Malas aku perbesarkan hal ni. Naura hanya mengangguk lemah.

Bakal suami kau kan, asal tanya aku pula? Aku bukan ibu dia nak kena ambil tahu pasal mamat tu!

"Dia nampak macam tertarik kepada seseorang lah" Naura tersenyum kecil.

"Maksud kau?" Biarlah kalau dia nak tertarik pun, ada kaitan dengan kau ke?

Oh, mesti Naura sedih.. sebab dia sayang sangat kat si Zarith aka mamat poyo tu!!

"Tak ada apa. Dia sebenarnya ada awek. Kau percaya tak?" Pfftt mamat poyo tu ada awek? Kawan pun tak ada!!

"Bukan kau kata dia gay ke? Sekarang kau cakap dia ada awek pula?" Naura mula termalu sendiri. Ingat memori aku ni sekecil semut ke?

Memori aku sebesar gajah okay! Cerita lima tahun lepas pun aku boleh ingat lagi!

"Hehe, tak lah!! Aku gurau je. Sebenarnya isu tu dah lama terhapus lepas Zarith keluar dengan seorang perempuan ni. Cantik!! Kau dengan dia sama-sama lawa tau!" Aku hanya mengangguk kepala. Malas nak masuk campur.

Untuk apa aku sibuk-sibuk hal dia? Lantaklah dia nak buat apa pun. Macam yang aku cakap tadi...

Aku bukan ibu dia!!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Eh, Amyra... Amyra... Dengarlah kawan kau panggil ni" Naura mencuit bahuku setelah habis sesi persekolahan.

Aku dah lah nak balik cepat, malaslah nak lama-lama dalam sekolah! Menyakitkan hati!

"Apa dia? Kau nak apa pula kali ni?" Aku mengemas alat tulis lalu meletakkannya di dalam beg.

"Aku nak tanya something sebenarnya..." Aku memandang sebelah kiri. Naura tersenyum kecil.

"Apa dia? Aku nak balik dah ni. Mama aku mesti dah tunggu lama. Cepat sikit cakap tu!" aku lihat pula ke kelas 3 Pandai. Mereka mesti dah balik 30 minit yang lalu!

Mesti Mama Zahra dah tunggu aku lama. Rayyan okaylah, masuk kelas 3 Pandai!

"Amyra? Kau dengar tak apa yang aku cakap? Hello?!"

Aku memandang Naura semula. Itulah, Amyra!! Suka sangat mengelamun.

"Tak dengar lah. Kau cakap apa?" Aku ni jenis yang jujur orangnya. Haha!!

"Kau tahu ke mama papa Zarith mati sebab apa?" Naura sudah menggalas beg sekolahnya.

"Wait, siapa yang mati?" Aku tidak dapat menangkap dengan jelas butir bicara Naura. Ada pelajar mati ke?

"Kau tak tahu mama papa Zarith dah mati?" Naura membuat muka terkejut. Begitu juga dengan aku.

Mama papa Zarith dah mati? Kesian dia!!
Patutlah dia jadi pembuli...

Dia betul-betul kekurangan kasih sayang.
Perlu ke aku bantu dia?

Tapi aku pun pembuli dekat sekolah lama. Aku rasa kami macam ni pun dah okay.

Pembuli handalan.

"Kau termenung apa pula tu? Haihh Amyra... Amyra..." Naura menggoyangkan tangannya ke mukaku.

"Err..." Aku hanya tersengih. Aku tak tahu nak balas apa.

"Aku fikir kau kawan dia? Tak kan kau tak tahu pula? Pelik ni" Naura mula memeluk tubuh sendiri.

"Aku? Kawan dia? Kau merepek apa ni? Aku tak akan pernah jadi kawan dia lah" Sejurus itu, kami terdengar pintu dihempas kuat.

Zarith masuk dengan wajah yang merah.
Dia baru lepas marah orang ke?

Elehh mesti baru lepas buli orang. Tu yang muka masam je tu!!

Dia mengambil beg sekolahnya lalu keluar daripada kelas. Macam itu sahaja dia pergi?

"Weh!! Aku rasa dia dengar apa yang kita cakap tadi lah" Aku tertelan air liur.

Dia.... dengar?

Jadi dia marahkan aku ke...

Oh sh*t!!

✧ To Be Continued ✧

Selamat ber-PDPR semua!!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now