Sejak dia tahu Shazriq telah mencemarkan maruah Annur, hubungan mereka seakan-akan dingin.

"Kau tak nak tengok pengantin baru ke?" Shafika tersenyum manis. Dia memandang wajah Adam dan Zahra dari jauh.

Annur masih diam. Dia takut, dia tak nak tengok wajah pengantin. Dia tak kuat, dia lemah.

"Hey, kenapa kesayangan Is ni menangis hmm?" Iskandar merangkul pinggang Annur.

Kejap, kalau Iskandar berada di sisinya, siapa yang berkahwin dengan -- Zahra?

"Adam yang berkahwin dengan Zahra. Tu lah kau, dah tahu tak kuat ada hati suruh laki kahwin lain juga! Kan dah mendapat! Meleleh air mata takut Iskandar kahwin lain!" Shafika sempat mengusik Annur. Annur menampar lengan kanannya.

"Ha, dengar cakap Fika tu" Iskandar mencuit hidung mancung Annur.

"Jadi... selama sebulan ni?" Annur mengerutkan keningnya. Dia kurang jelas.

Kenapa Iskandar macam larikan diri daripadanya kalau Iskandar tak berkahwin dengan Zahra?

"Sorry Nur, diorang ni nak sangat berlakon bagai. Menyampah pula aku! Is tinggal kat rumah Adam" Zahra mencubit pinggang milik suaminya, Adam Arfan.

Tiada kata-kata mampu keluar daripada dua ulas bibir Annur. Dia sememangnya bersyukur kerana Iskandar tidak jadi berkahwin dengan Zahra!

Nak cakap depan-depan, dia malu.
Ya lah, dia yang beria-ria suruh Iskandar berkahwin dengan Zahra!

🍃🍃🍃

"Dia patutnya bersama aku! Bukan dengan Annur" Atiqah menjerit-jerit di dalam Hospital Indah Permata.

Ya, dia kini berada di dalam sebuah hospital sakit jiwa. Dia disahkan menghidapi penyakit itu setelah tidak berjaya melaksanakan perancangannya untuk mengenakan Iskandar!

"Is... you milik I. Selama-lamanya you akan jadi milik I. Tak ada sesiapa yang mampu memiliki you melainkan I! Hahahah!" Atiqah tergelak puas. Dia sesekali menoleh ke kiri dan kanan.

Dia seperti tidak keruan apabila duduk di tempat itu. Dengan 'kawan-kawan' yang serupa dengannya. Dia rimas, sungguh rimas!

"Atiqah..." Vivie menghembuskan nafas. Tidak sangka pengakhiran Atiqah berada di dalam hospital itu.

"Vivie.. you datang nak selamatkan I kan? You bawalah I keluar dari tempat kotor ni. I janji, I tak kan sakitkan hati you lagi" Atiqah meluru ke arah Vivie. Dia kemudian melutut di hadapan Vivie.

"Hey, bangun lah!" Vivie menarik Atiqah supaya berdiri.

"You maafkan I kan?" Atiqah membuat puppy eyes di hadapan Vivie.

'Dah gila pun masih macam ni' Vivie merungut di dalam hati.

Dia sedikit sebanyak berasa lega apabila Atiqah telah dimasukkan ke dalam hospital itu.

Tiadalah Atiqah yang mahu merosakkan rumah tangga orang. Tiadalah Atiqah yang sentiasa mendera dan melakukan perbuatan jahat.

"Vivie! You dengar cakap I kan? Vie? Vie?" Atiqah merengek-rengek seperti anak kecil pula.

"Ha?" Vivie tersedar daripada mengelamun. Dia perlu segera beredar.

Dia akui, dia mempunyai sifat belas kasihan di dalam diri. Kalau dia berlama-lama di dalam wad itu, pasti dia akan membantu Atiqah!

"Aku balik dulu. Jaga diri kat sini. Makan, mandi, buat apa-apa yang patut tau. Bye!" Sempat Vivie menitipkan pesan sebelum berlalu pergi.

"Vivie!!! You tak boleh buat I macam ni!!" Atiqah terasa kerongkongnya tersekat. Dia tercungap-cungap.

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now