Bab 8

214 75 13
                                    

I'm trying my best to
stop being sad

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Tak guna punya perempuan!" Puan Farwah membuka pintu bilik Annur tanpa amaran.

"Ibu buat apa dalam bilik Nur?" Annur sedang membaca artikel dalam phone untuk mencari peluang pekerjaan.

"Aku nak cari duit aku! Mana duit aku?!"

"Kenapa ibu cari dalam bilik Nur pula? Duit ibu boleh berjalan ke?" Annur tidak jelas dengan ayat Puan Farwah. Puan Farwah tersenyum sinis.

"Kau yang curi duit aku kan?! Mana duit aku?! Mana kau sorok duit aku ha perempuan giler?! Aku penat layan kerenah kau ni!!!" Puan Farwah menggeledah almari milik Annur. Annur cuma duduk di atas kerusi yang terletak di dalam biliknya.

"Duit apa ibu? Nur tak faham lah. Macam mana duit ibu boleh ada dalam bilik Nur pula? Nur tak curi pun duit ibu" Annur menutup telefonnya. Dia kemudian berdiri di sisi Puan Farwah.

"Duit tiga ribu aku lah! Itu duit aku dapat hasil jual perfume tau! Mana kau letak duit tu?! Kau jangan nak pura-pura baik sangatlah, perempuan! Bagi balik duit aku, sekarang!!!!" Puan Farwah mencari duit tersebut di atas katil pula.

Puan Farwah tersenyum sinis. Dia menjumpai sampul surat yang berisi duit itu. Dia kemudian menggoyangkan sampul surat itu di hadapan Annur.

"Ibu.. itu bukan Annur punya" Annur tidak tahu pula ada sampul surat di atas katilnya.

"Memanglah bukan kau punya! Sebab duit ni, duit aku hasil kerja keras! Tak guna punya perempuan. Dah la laki aku mati sebab kau, kau boleh curi duit hasil titik peluh aku pula ya?! Makin lama kau ni makin melampau kan?!" Puan Farwah menarik rambut Annur.

"Ya Allah, ibu! Sakit" Annur mengaduh kesakitan. Puan Farwah menarik Annur sehingga ke pintu utama.

"Kau keluar dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau dah! Aku rasa sakit hati je nampak muka hodoh kau ni! Blah sekarang!" Puan Farwah mengunci pintu.

"Ibu... Nur tak tahu nak pergi mana dah. Ibu tolonglah Nur. Jangan halau Nur, ibu. Nur janji Nur tak buat macam tu dah" Annur mengetuk pintu berkali-kali. Malangnya, Puan Farwah hanya memekakkan telinga.

'Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Aku tidak ada tempat bergantung lagi, Ya Allah' Annur bangkit daripada duduk. Dia terus keluar dari rumah itu.

Di tangannya sekarang ini hanya ada phone dan dompetnya. Dia membuka dompet itu. Hanya ada sepuluh ringgit. Phone juga sudah mahu kehabisan bateri.

'Ya Allah, bantulah aku, Ya Allah' Annur berjalan di dalam hujan. Dia kebasahan. Sekurang-kurangnya, orang tak tahu dia sedang menangis.

How can I feel happy when
my life story was sad?

🍃🍃🍃

"Assalamualaikum!" Akhirnya, setelah seribu dua ratus lima puluh tiga kali Shafika mengajak Shazriq datang ke rumah Annur, barulah Shazriq setuju mahu ke rumah Annur.

"Waalaikumussalam, kau siapa pula?" Kaylie membuka pintu. Dia melirik matanya ke arah Shazriq.

'Hensem' Kaylie menaikkan keningnya.

"Annur ada?" Shazriq bertanya. Terus mati senyuman di bibir Kaylie.

"Buat apa cari perempuan tu? Korang ni siapa? Kenapa nak sibuk-sibuk pasal dia?" Kaylie memandang Shazriq dan Shafika silih berganti.

"Saya Fika, kawan Annur. Dia ada tak?" Shafika terjengah ke arah dalam rumah tersebut.

"Dia tak ada. Korang datang lain kali je lah ya? Aku tak ada masa nak layan korang. Bye!" Kaylie terus menutup pintu.

"Aik, Nur tak ada? Dia nak pergi mana pula?" Shafika menggaru kepalanya.

"Tak apalah. Nak buat macam mana dah dia tak ada. Jom kita balik" Shazriq berasa lega kerana tidak perlu melihat Annur.

"Abang ni kenapa eh? Abang macam ada sorok something daripada adik. Abang cakap sekarang!" Shafika tidak berpuas hati dengan abangnya.

"Nanti-nanti je lah aku cerita. Jom balik dulu" Shazriq sudah selamat masuk ke dalam perut kereta.

"Hish, semua orang creepy. Seram betul aku!" Shafika kemudiannya masuk ke dalam kereta.

🍃🍃🍃

"Hish, kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni?" Syirhan jadi tidak tentu arah. Kejap-kejap dia menyusun gambar di dalam biliknya, kejap-kejap dia membetulkan cadar. Padahal cadar tu dah sedia elok dah!

"Ada apa-apa jadi kat Nur ke? Lebih baik aku pergi tengok dia sekarang. Lagipun, aku dah start cuti seminggu. Bolehlah spend time dekat sana. Naylie pun dah masuk kolej tiga hari lepas. Kesian Annur sorang-sorang tanpa sesiapa di sisi. Mesti ibu dengan Kaylie asyik sakitkan hati dia" Syirhan mengangguk perlahan. Dia kemudian menyusun pakaiannya untuk di bawa ke rumah Puan Farwah.

Enjin kereta dihidupkan. Dengan lafaz basmalah, dia memandu kereta dengan cermat.

Tok! Tok! Pintu rumah Puan Farwah diketuk oleh Syirhan.

"Aik, lamanya nak buka pintu? Ada orang ke tak ada ni?" Syirhan masih mengetuk pintu itu. Setelah beberapa minit, barulah Kaylie membuka pintu.

"Kan aku kata, dia tak ada? Kenapa korang..." Kaylie terdiam. Dia tidak menyangka orang di hadapannya ialah, Syirhan!

"Siapa tak ada? Mana Annur? Korang buat apa kat dia?!" Syirhan terus meluru ke bilik Annur. Kosong, tapi pakaian, barang-barang keperluan masih terletak elok di dalam bilik itu.

"Mana Annur?!" Syirhan menjerkah ke arah Kaylie. Terkulat-kulat Kaylie mahu menjawabnya.

"M-mana lah Kaylie tahu! Carilah Nur tu dalam bilik" Kaylie berura-ura mahu pergi, namun tangannya direntap oleh Syirhan.

"Aku tanya ni, mana Annur?! Jangan sampai aku patahkan tangan kau pula!" Syirhan menarik tangan Kaylie.

"Sakitlah! Kaylie tak tahu dia kat mana! Tanyalah ibu" Kaylie berusaha melepaskan diri daripada Syirhan.

"Ni dah kenapa? Syirhan tarik-tarik tangan Kaylie. Ada apa ni?" Puan Farwah menghampiri anak-anaknya.

"Ibu, mana Annur?"

"Ibu dah halau" Puan Farwah berkata tanpa nada.

"Ibu halau? Sebab apa?"

"Sebab dia curi duit ibu! Tiga ribu ringgit tu bukannya sikit, dia nak buat apa duit banyak-banyak macam tu?!" Puan Farwah meninggikan suaranya.

"Dia curi? Ibu betul-betul pasti?"

"Ya, ibu jumpa duit tu dalam bilik dia! Kenapa Syirhan sibuk-sibuk nak back-up dia? Ibu tak fahamlah dengan kamu ni!"

"Sebab Syirhan sayang dia! Dialah satu-satunya adik yang Syirhan ada. Kenapa ibu buat dia macam tu? Ibu ingat dia tunggul kayu ke? Sesuka hati ibu sakitkan hati dia?" Syirhan memandang wajah Puan Farwah.

"Abang memang macam tu, suka sangat bela perempuan tak guna tu!"

"Jaga sikit kata-kata kau tu! Aku potong lidah kau dengan pisau nanti" Syirhan memberi amaran kepada Kaylie. Terdiam terus budak tu! Nak marah lebih-lebih pun tak jadi!

"Kenapa kamu pertahankan Annur? Dia dah bagi kamu ubat guna-guna ke? Atau dia dah serahkan tubuh dia kat kamu?!"

"Astaghfirullah hal adzim, ibu! Ibu jangan nak hina Nur sampai macam tu sekali!" Syirhan terasa dengan kutukan Puan Farwah.

"Jadi, kalau dia tak buat macam tu, kenapa kamu berani nak melawan kata ibu? Cuba bagitahu sikit?" Puan Farwah memeluk tubuh. Dia sangat-sangat mahu tahu kenapa Syirhan terlampau sayangkan Annur.

"Sebab, dia tak bunuh ayah pun"

~ B E R S A M B U N G ~

Jeng jeng jeng.
Apa sudah jadi?

1 || ANNUR ✓Where stories live. Discover now