Aku menggeleng kecil. Dia kembali makan.
"Eh ayam aku!" Momo terkejut bila ayamnya dimakan oleh Nayeon tanpa izin.
Apakah?
"Yah! Ayam aku!" Rengek Momo.
"Kau kan diet. Takpe aku tolong habiskan." Kata Nayeon.
"Kepala hotak kau!" Momo menarik ayamnya dari mulut Nayeon.
Aku hanya geleng kepala melihat tingah laku mereka berdua. Ayam je kot. Ada banyak lagi. Tengok dorang dua bergaduh, rindu pulak dekat Naeun. Apalah yeoja cantik tu buat sekarang.
"Hey.."
Tegur seseorang. Aku menoleh dan melihat Jinyoung menghulur segelas air dekat aku. Aku menerimanya tanpa banyak bunyi dan dia mengambil tempat duduk disebelah aku. Kami satu kumpulan jadi takpelah.
"Takkan duduk sebelah pun dia nak jeles?" Soalnya seakan faham dengan apa yang aku fikirkan.
"Takdelah. Duduk je lah." Kataku lalu melihat kearah tempat V.
Dia masih bergelak ketawa disana. Happy betul aku tengok. Cerita tentang game ke? Takkan tentang game sampai happy macam tu? Lain macam betul.
"Lepas ni ada aktiviti lagi ke?" Soalku.
"Lepas ni dah masuk khemah dan berehat. Esok pagi ada hiking untuk tengok matahari terbit. Kenapa?" Katanya di akhiri dengan soalan.
"Saya masuk khemah dulu kalau macam tu." Kataku lalu bangun. Rasa macam badan ni nak terbelah dua dah.
Penat betul.
"Momo, aku masuk khemah dulu.." kataku.
"Oh okey.." balasnya.
Aku jalan melintasi mereka semua untuk masuk ke khemah dan sengaja lalu dibelakang kumpulan V dan tepat masa tu jugak Jhope tegur buatkan langkah aku terhenti.
"Chorong, nak pergi mana?" Soalnya.
"Masuk khemah.." balasku.
"Arraseo..selamat tidur.." katanya.
Aku mengangguk dan kembali jalan.
. Pov End .
V menatap Jhope tajam tetapi hanya dibalas dengan senyuman. Dia tahu V takkan buka cerita di depan orang tentang hubungannya.
"Awak kenal dia?" Soal Heejin
"Kami satu kelas."
"Eoh. Yeoja chingu awak ke?" Soal Heejin lagi.
"Nae? Aniya..kawan satu kelas je. Lagi pun kami berkawan dari sekolah. Betul tak V?"
"Eoh..." balas V sepatah.
"Lagi pun dia dah ada namja chingu.." kata Jhope lagi.
"Siapa?"
"Molla.." jawab Jhope sepatah.
Drt drt drt
Tiba-tiba telefon V bergetar tanda pesanan masuk. Fonnya dikeluarkan lalu melihat siapa yang chat dia sekarang.
"Come here Kim. I give you 1 minute." -Princess💜
"Waeyo?"
"55 seconds.." -Princess💜
"Kenapa?"
"50 seconds.." -Princess💜
"Arraseo."
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me
Part 10
Start from the beginning
