bab 16

3.6K 245 11
                                    

So memandangkan semua orang mintak author
buat ayat diorang dalam bahasa melayu maka
author akan buat. Start bab ni ayat diorang
akan ditukarkan kepada bahasa melayu.tapi tak semua. (。♡‿♡。)

_

________________________________

6 tahun sebelumnya

  Laila yang berada di perpustakaan itu sedang membaca buku psychology nya dengan tekun. Tiba-tiba dia terdengar bunyi derapan kasut yang menghampirinya. Lantas itu dia mengangkat wajahnya untuk melihat siapa yang datang menghampiri itu.

Jacob yang sedang berjalan menghampiri Laila itu tersenyum sambil menghulurkan sebotol jus strawberi kepada gadis dihadapannya itu. Lantas itu dia mengambil tempat dihadapan Laila.

  "Ha... Terima kasih" kata Laila dengan nada yang tersekat akibat malu. Jacob hanya mengangguk sahaja sambil matanya leka memandang seraut wajah bersih milik Laila itu. Dia akui bahawa gadis dihadapannya kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan apa-apa make up.

  "Ha apa yang awak buat dekat sini?" Tanya Laila cuba untuk menghilangkan rasa akward. Jacob yang mendengar soalan tersebut hanya ketawa sahaja.

  "Kenapa? Saya tak boleh ke duduk sini?" Tanya Jacob yang ingin bergurau dengan Laila. Laila pula dengan rasa bersalahnya menggelengkan kepala tanda tidak.

  "Bu..bukan tu maksud saya. Awak kan selalu dengan Alex" kata Laila menerangkan maksudnya itu tadi. Ayat terakhirnya diperlahankan kerana dia tak ingin menyebut nama lelaki itu.

  "Awak pelajar psyc ke?" Tanya Jacob ramah. Menghiraukan pernyataan Laila itu tadi. Laila yang perasan dengan bukunya itu lantas tersenyum ramah pada Jacob.

  "Yup" kata Laila sepatah. "Awak sorang je yang sebut dengan betul aliran kami, yang lain semuanya sebut aliran yang kitaorang ambik ni sebagai student psycho" terang Laila pada Jacob sambil matanya fokus pada buku yang dipegangnya itu.

  "Kenapa awak ambik aliran tu?" Tanya Jacob ingin tahu sambil matanya tepat memandang ke arah Laila. Laila yang mengangkat wajahnya ingin melihat Jacob itu terkejut apabila mereka bertentangan mata. Tiba-tiba dia terasa jantungnya berdegup kencang.

  "Ha .. sebab saya suka dengar masalah orang, pada saya bila orang tu menceritakan masalah diorang pada saya, itu bermaksud diorang dah memberi kepercayaan yang tinggi pada saya" jelas Laila sambil tersenyum sorang-sorang. Jacob yang melihat senyuman itu turut tersenyum sama. Laila yang perasan Jacob tersenyum padanya itu terus mematikan senyuman. Mereka yang memandang sesama sendiri itu terus meletuskan ketawa.

  Manakala di kejauhan pula terlihat seorang lelaki yang sedang ralit memandang ke arah mereka dengan gigi yang diketap tanda marah.

  "Tak guna betullah Jacob tu" kata Alex sambil mengepal penumbuknya. Matanya pula setia memandang dua manusia yang boleh dikatakan sebagai sepasang kekasih itu.

  "Kau nak buat apa?" Tanya Christ pada Alex sambil matanya turut memandang arah yang sama. Michael hanya mendiamkan diri sahaja. Dia hanya menjadi pendengar sahaja.

  "Mungkin berbincang cara lelaki" kata Alex sambil tersenyum sinis. Lantas itu mereka bertiga pun beredar meninggalkan perpustakaan itu.

................................................................

  Semasa Laila dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya dia terlihat sebuah kereta mewah yang berjenama Lamborghini Gallardo berhenti dihadapannya. Laila yang terkejut itu terus mematikan langkahnya. Tanpa disangka-sangka keluar seorang lelaki yang segak mengenakan leather jacket. Lelaki tersebut tak lain tak bukan ialah Alex.

  Alex memaparkan senyuman sinisnya pada Laila sambil berjalan menghampiri gadis tersebut. Apabila dia sampai sahaja betul-betul dihadapan Laila. Tangan gadis tersebut direntap kuat untuk mengikutinya.

  "Apa yang awak buat ni?" Kata Laila dengan nada yang marah sambil cuba untuk merentap tangannya yang dipegang oleh Alex itu. Alex yang geram dengan tindakan Laila itu pantas memusingkan badannya sambil menghadap gadis tersebut dengan memberikan pandangan tajamnya.

  "Better you shut your mouth before I kiss it"  kata Alex sambil merapatkan wajahnya pada Laila berura-ura ingin mengucup bibir gadis tersebut. Laila dengan pantasnya menjauhkan mukanya dari Alex.

  Sampai sahaja mereka dihadapan kereta Alex itu. Dia menolak Laila dengan kasar untuk masuk ke dalam keretanya. Lalu dia menuju ke tempat pemandu dan terus menghidupkan enjinnya untuk berlalu pergi.

**********************************
   "Alex stop it!"  Kata Laila dengan nada yang marah. Alex hanya mengendahkan sahaja kata Laila, dia terus mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk terus memukul Jacob.

  "Alex please stop it!" Kata Laila lagi merayu supaya lelaki dihadapannya itu hentikan segala perbuatannya. Alex dengan muka bengisnya memandang tepat ke arah Laila dengan pandangan tajam.

  "Why? Kenapa aku perlu dengar kata kau?" Kata Alex dengan nada yang sinis. Gadis dihadapannya hanya menangis sahaja melihat lelaki yang dipukul teruk itu.

   Sejujurnya, dia sebenarnya tak nak pun memukul sahabatnya sendiri tetapi bila dia nampak je gadisnya dan sahabatnya itu berseronok seperti sepasang kekasih itu membuatkan dia bertambah marah.

  "Please" kata Laila lagi pada Alex. Alex mengarahkan rakan-rakannya itu untuk berhenti memukul Jacob. Lantas itu dia memberi senyuman sinis pada Jacob lalu tanpa diduga dia mengucup bibir Laila di hadapan Jacob. Laila dengan riak terkejutnya memukul dada bidang Alex berulang kali.

  Jacob dengan perasaan marahnya berlari ke arah Alex. Disebabkan tindakan drastik Jacob itu, mereka yang lain tidak sempat untuk menghalangnya. Satu tumbukan diberikan ke arah Alex menyebabkan lelaki tersebut melangkah beberapa tapak ke belakang.

  Alex memandang Jacob dengan riak wajah yang tegang lalu dia membalas semula tumbukan Jacob itu. Tumbukan tersebut melayang ke arah rahang Jacob. Dengan pantasnya Alex terus menyepak badan Jacob menyebabkan lelaki tersebut terbaring di atas lantai. Lantas itu Alex menyepak Jacob bertalu-talu sehingga meninggalkan kesan lebam.

  Laila yang terkejut melihat perubahan drastik Alex itu melangkah setapak kebelakang. Dia tak menyangka yang lelaki dihadapannya itu sanggup membuat sesuatu tanpa belas kasihan terhadap rakannya sendiri. Kini Laila tidak berani untuk bersuara lagi apabila melihat sisi Alex yang satu itu.

 

 

 

 

 

 
 
 

 

DONE!!!
JANGAN LUPA VOTE! SORRY KALAU BAB NI MACAM BORING SIKIT.
BTW STAY SAFE GUYS, I HOPE YOU GUYS HAVE A NICE DAY!!!
BYE( ˘ ³˘)♥

mafia psychoWhere stories live. Discover now