Chorong? Dia lebih memilih untuk jalan bersama Momo. Kesian sebab partner dia takde dekat sini dan tak boleh menunjuk. Lagi pun dia tak suka menjadi tontonan umum.
"Kenapalah ais kutub tu pilih kerja dari belajar. Sendu aku.." kata Momo.
Chorong tersenyum kecil lalu mengusap rambut Momo. " kalau dia tak mula dari sekarang, macam mana dia nak tunjuk kat keluarga kau yang dia betul-betul nak kahwin dengan kau?"
"Yaa, tapi enjoy lah dulu.." balas Momo.
"Enjoy? Kau tengok V tu, terlebih enjoy. Duit semua habis dekat benda tak guna.."
"Dia orang kaya..takpelah.."
"Yang kaya keluarga dia..bukan dia.."
"Arh! Jom lah..aku nak tarik dua ekor cacing tu.."
Katanya lalu melajukan langkah menuju ke arah Tzuyu dan Nayeon. Pantas dia menarik tangan ke dua-dua kawan dia tu jauh dari BTS. Hari-hari melekat, tak bosan ke? Nanti kat bas duduk sama jugak.
"Kat bas duduk dengan aku!" Arah Momo.
Chorong menggeleng kecil. Tak boleh nak tunaikan sebab dari semalam lagi V dah bagitahu yang dia nak duduk sebelah Chorong.
"Habis aku nak duduk dengan siapa?" Soalnya.
"Dengan kitaorang lah!" Jawab Tzuyu dan Momo serentak.
"Mwo?"
"Waeyo? Tak nak ke? Kalau tak nak aku ajak Jimin duduk sebelah aku." Kata Tzuyu.
"Nak!"
"Selamat pagi semua. Dalam 10 minit lagi bas akan sampai. Saya cuma nak bagitahu perjalanan kita mengambil masa selama 3 jam dan saya harap kamu semua jaga diri dan jaga mulut. Kita pergi tempat orang jadi jangan buat hal." Kata Mr Siwon.
"Yes sir!" Serentak mereka semua.
"Sementara menunggu, kita lantik ketua dan penolong. Ada yang nak tawar diri?" Soal Mrs Taeyeon pulak.
Satu orang dari mereka tidak ada yang mengangkat tangan. Mata Mr Minho meliar mencari mangsa. Dah besar pun tak nak belajar pikul tanggungjawab.
"Ketua untuk perkhemahan ni adalah kamu, yang pakai jaket biru laut tu. Siapa nama kamu?" Soal Mr Minho.
"Jinyoung imnida.." jawabnya penuh sopan.
"Kamu ketua perkhemahan ni dan di belakang kamu adalah penolong."
Kata Mr Minho lagi dan semua mata memandang kearah yeoja yang bersembunyi dibelakang Jinyoung. Paras rupa cantik dengan rambut yang sedikit gelombang.
"Kenalkan diri.." kata Mrs Taeyeon.
"Jeon Heejin imnida.."
Katanya dengan suara khas membuatkan pelajar namja jatuh hati. Suara serak basah namun memikat sebab terlalu unik untuk seorang yeoja berparas cantik.
Dari sudut lain, Chorong melihat Heejin dari jauh. Macam familiar sangat dengan nama dan muka tu. Sedangkan Jimin sudah memetik tangan, dia kenal siapa Heejin. Yeoja yang jalan dengan V masa malam tu. Tak sangka satu kolej.
"Kamu berdua bertanggungjawab untuk memimpin rakan-rakan yang lain. Kalau ada masalah terus lapor kepada saya. Boleh?" Ucap Mr Siwon.
"Boleh sir." Serentak mereka berdua.
"Bagus. Kalau macam tu, siap sedia untuk naik bas." Katanya lagi.
Mereka semua bersiap sedia. Belum sempat Tzuyu ingin merangkul lengan Nayeon, tangannya sudah digenggam erat oleh Jimin membuatkan dia sedikit terkejut.
"Duduk sama-sama?" Soal Jimin.
"Tak boleh. Saya duduk dengan Nayeon dan Momo." Jawabnya..
"Ah wae??" Soal Jimin sedikit manja. Macam nak lempang je rasanya. Manja tak bertempat.
"Awak pergi lah duduk dengan geng awak. Saya dengan geng saya. Kita pergi camp bukan pergi dating." Bebel Tzuyu.
"Tapi V.."
"Itu dia.."
"Arraseo."
"Lepas tangan ni.." arah Tzuyu..
Jimin menggeleng. "Sampai bas je..janji.."
"Ye lah.."
Mereka pun jalan bersama sehingga ke bas lalu duduk di kerusi masing-masing. BTS mengambil tempat duduk paling belakang manakala V dan Chorong di depan mereka. Begitu juga dengan Nayeon, Tzuyu dan Momo. Masing-masing ambil tempat duduk dibahagian belakang.
"Yah, sebelah kau siapa nama?" Tiba-tiba Jin datang lalu berbisik ditelinga Tzuyu.
"Doyeon ah, dia nak kenal dengan kau.." kata Tzuyu langsung ke tuan punya badan.
Doyeon yang sedang sibuk mencari lagu di playlist menoleh melihat wajah Jin lalu tersenyum kecil.
"Kim Doyeon imnida.." kata Doyeon.
Jin tersenyum kekok. " Kim Seok Jin imnida.." katanya lalu pergi begitu sahaja dan pantas menyembunyikan mukanya dibelakang Jungkook.
"Muka handsome, bahu lebar, badan tinggi tapi pemalu dengan yeoja. Dasar bocah!"
"Yah!" Bahu Jungkook dipukul kuat. Apa tadi dia cakap? Bocah? Biar betul budak gigi bunny ni..main pakai lepas je.
"Kau tak faham love first sigh Kookie.."
"Faham. Selalunya yang first sigh ni lah yang tak kekal.."
"Pabo!"
Kepalanya terus diketuk oleh Jimin. Cakap main pakai lepas je.
"Baik sikit bercakap tu, V dengan Chorong kekal je sampai sekarang." Kata Jimin..
"Lah love first sigh ke? Baru aku tahu.." balasnya sambil tersengeh.
Balum sempat Chorong memperbetulkan kedudukannya, V terus melentokkan kepala dibahunya sambil memeluk lengan Chorong.
"Dia ketua perkhemahan ni, kalau dia suruh awak buat macam-macam, jangan halang saya untuk pukul dia.."
Kata V dan siap sedia untuk menutup mata tetapi kembali terbuka apabila nama seseorang disebut oleh Chorong.
"Heejin kawan streamer awak kan?" Soal Chorong santai.
"Eoh" jawab V tenang.
"Cantik.."
"Cantik lagi awak.."
Chorong diam. Jadi sekarang dia kenal siapa E.Jin_ yang selalu teman kekasihnya ini main game dan tak sangka pulak satu kolej..
Disebabkan malas nak tanya lebih dan timbulkan pergaduhan, Chorong lebih memilih untuk melelapkan mata sahaja dan berharap perkhemahan ni berjalan dengan lancar.
..tbc..
Wait for the next chapter..
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me
Part 9
Start from the beginning
