Y/n menoleh. Baru sahaja dia menoleh, satu baldi air dicurahkan ke atasnya.

Habis basah bajunya.

Dia yang terkejut itu terjatuh disebabkan terlepas kan tongkat ditangannya.

Matanya yang tertutup itu tidak dapat tahu siapa dalang yang mencurahkan air ke atasnya.

Namun dia tahu siapa yang buat sebaik sahaja terdengar suara gadis itu tergelak gelak melihat y/n.

Keiko.

Mukanya yang basah itu dilapnya. Tangannya perlahan lahan mencapai tongkat yang berada agak jauh darinya.

Setelah dia berdiri dia melihat orang yang berada di sekeliling masing masing menggelakkan dirinya.

Tiba tiba seseorang menutup badannya dengan tuala.

Dia menoleh.

Kelihatan mikey menutup bahagian badannya dengan tuala terutama bahagian dadanya yang terdedah kerana baju putih sekolah yang basah.

" apahal korang ni tengok tengok?" kata mikey memandang orang orang yang pada mulanya tergelak gelak melihat y/n itu.

Setelah dimarahi mikey, masing masing terus melarikan diri dan menyambung buat kerja masing masing.

" daijoubu, y/n?" mikey terus bertanya kepada y/n yang basah kuyup itu.

Y/n hanya mengangguk. " arigatou" katanya menunduk tanpa memandang mikey.

Dengan kuat dia memegang tongkat lalu berjalan meninggalkan mikey.

_____________

Y/n berjalan perlahan lahan menuju ke kelas dengan baju sukan yang dipinjamnya dari bilik guru.

Dia agak suka dengan baju sukan yang dipakainya. Seluar dan baju masing masing besar. Terasa selesa.

Dia terus masuk dalam kelas setelah mengetuk pintu meminta keizinan.

Beberapa pelajar dalam kelas menutup hidung tatkala dia memasuki ruang kelas itu.

Y/n hanya mengeluh menunduk.

Setelah duduk, sachiko disebelah dipandangnya sekilas.

Sachiko yang berwajah sedih itu membuatkan dia rasa bersalah.

__________

Dia terus mencari pemadam di dalam Pencil box nya. Namun sesuatu yang hilang membuatkan dia tak tentu arah.

Keychain yang mempunyai gambar dirinya serta ibubapanya masa kecil telahpun hilang.

Aduh sapa yang ambil ni, tak lawakla.

Katanya dalam hati. Classmate di sekeliling ditenungnya setiap sorang

Tiba sahaja di meja keiko, keiko hanya tersenyum sinis sambil menjongket kening.

" y/n? Kamu ada masalah?" tanya sensei melihat y/n yang sedari tadi memandang sekeliling daripada menyalin kerja sekolah itu.

Y/n tersentak. Dia mengangguk perlahan sebelum terus menyambung kerjanya.

Tamat sahaja kelas, y/n terus menggeledah bag sekolahnya.

Mana keychain kesayangan aku ni..

Bukan apa, keychain itula bukti dia pernah having the best life,

Gambar ibu dan ayahnya memeluk dirinya erat sambil tersenyum penuh ikhlas ada di dalam keychain itu

Di bahagian belakang pula ada gambar dia, mikey, draken, baji, pah chin dan mitsuya semasa mereka masih kecil

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant