"Entahlah aku nampak kau macam sedih sikit, kenapa?"

"Aku pun tak tau nak cakap macam mana, lepas satu-satu masalah datang."

"Care to share with me?"

Sebelum Nuryn sempat menjawab, bunyi nada dering telefon Nuryn mengganggu perbualan mereka. Nombor yang tidak dikenali tetapi Nuryn jawab juga takut ada perkara penting yang hendak disampaikan.

Salam diberi dan Nuryn bertanyakan nama pemanggil itu.

"Hello Yin takkan tak kenal suara Rul kut." suara pemanggil itu kedengaran amat ceria.

Nasrul anak maklong Hamidah. Muda tiga tahun daripada Nuryn. Rakan sepermainan ketika mereka kecil dahulu. Sekarang hendak dijodohkan dengannya pula. Dah pupuskah lelaki yang sebaya atau tua sedikit daripadanya yang hendak dijadikan pasangannya.

"Hai, dulu elok ja panggil kak Yin kenapa hari ni panggil nama saja." Nuryn bengang tiba-tiba Nasrul tukar panggilannya.

"Dah nak jadi isteri Rul kan,mesti panggil nama ja. Nanti Rul panggil sayang okey."

Dasar budak tak cukup umur. Dia ingat kahwin ni main pondok-pondok ka macam mereka pernah main masa kecil dulu. Nuryn mengutuk dalam hati.

"Yin jom kita keluar dating."

"NO!! Kak Yin tak mau dating dengan Rul. Kak Yin tak mau kahwin pun dengan Rul. Rul dah macam adik kak Yin. Tolong jangan rumitkan lagi fikiran kak Yin yang dah serabut ni."

"Tapi Yin dah janji.."

"Tak..kak Yin tak janji apa-apa dengan maklong."

"Tapi.."

"Dengar sini Rul..maklong bagi tempoh seminggu kat kak Yin..kalau tak ada apa-apa dalam masa seminggu ni baru kita boleh proceed. Jadi dalam masa seminggu ni, Rul jangan kacau kak Yin
okey."

"Okey..tapi Yin cari orang lain pulak
dalam masa seminggu ni. Jangan duk upah orang jadi tunang olok-olok pula."

Nuryn tepuk dahi. Banyak baca novel gamaknya budak ni. Fikirkan yang pelik-pelik pula tapi macam best ja idea ni. Nuryn senyum sumbing. Jangan Nuryn.. tau kat tok Pah mau dia tak mengaku cucu. Heee seram.

"Rul ingat drama? Boleh duk upah orang sembarangan macam Teman Lelaki Upahan tu ka?" Suara Nuryn naik seoktaf.

Staf yang sedang makan di kafe itu berpaling setelah mendengar suara Nuryn yang meninggi. Janganlah dia mengamuk kat sini. Doa mereka. Qaid dah mula cemas. Tanpa sengaja dia memegang lengan Nuryn. Nasib baik berlapik. Kalau tak Nuryn akan mengamuk dua kali ganda kat situ.

Nuryn angkat tangan tanda dia okey.
Segera dia mengakhiri perbualannya dengan Nasrul. Kalau lama-lama boleh pecah telefon dia. Kepala dia dah berasap. Kalau cerita kartun dah nampak api keluar kat kepala.

"Kenapa? Siapa pula yang meminang kali ni?"

"Sepupu bapak. Anak saudara paksu Hamdi."

"So?"

"Please.. dia muda dari aku kut. Lagipun aku dah anggap dia dah macam adik dah. Kami dulu main masak-masak bersama kut. Eee tak kuasa aku nak buat laki."

"Sebenarnya kau tak cintakan dia kan."

Nuryn tidak menggeleng atau mengangguk. Memang dia tidak cintakan sesiapapun kecuali...

"Apa kata aku pergi meminang kau." Qaid beri cadangan luar kotak.

Nuryn hanya memandang sinis idea Qaid. Mengapa Qaid perlu berkorban diri untuk menyelamatkannya. Qaid bukan cintakan dia pun.

"Tak perlu korbankan diri Qaid. Perkahwinan bukannya satu mainan. Aku kalau dah kahwin aku nak terus sampai ke jannah. Aku tak mau macam dalam drama tu..kahwin paksa lepas tu bercerai bila tak serasi."

"Kita bukan kahwin paksa Nuryn. Aku yang rela nak kahwin dengan kau. Tak timbul pun kahwin sekejap lepas tu cerai. Aku juga nak perkahwinan aku kekal hingga jannah." Qaid cuba meyakinkan Nuryn.

"Tapi kita perlukan cinta untuk kekal. Kau tak cintakan aku pun."

"Cinta boleh dipupuk Nuryn. Lebih baik kita bercinta lepas kahwin, itu yang lebih manis kan."

Nuryn bangun dari tempat duduk dan ingin segera pergi dari situ.

"Aku okey Qaid. Jika ditakdirkan jodoh aku dengan Nasrul, aku terima. Mungkin ini ketentuan jodoh aku. Terima kasih kerana sudi tolong aku. Kau tak perlu paksa diri kau untuk cintakan aku walaupun..."

Nuryn tidak mahu meluahkan isi hatinya kepada Qaid kerana dia yakin Qaid tidak tahu perasaan sebenarnya kepada Qaid. Dia terus berlalu dari situ
membawa hati yang resah.

Qaid hanya memerhati Nuryn sehingga hilang dari pandangannya.

"Aku tahu Nuryn, kau dah lama cintakan aku dan aku juga dah mula sayangkan kau."

Apa yang perlu Qaid buat sekarang?



 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now